Januari 25, 2018

CATATAN MEMORI DI DALAM TRAVELERS NOTEBOOK

Assalamualaikum,

Kebanyakan kita sibuk kerja 9 to 5 five day a week. Cuti weekend buat kerja rumah pulak. Seminggu tu adalah sehari quality time dengan family. Itu pun nasib baik ada. Pagi petang pagi petang tup tup anak dah besar dah ada kehidupan sendiri dah tak nak lepak dengan kita. Masa tu barulah kita terhegeh-hegeh nak lepak dengan dia orang sebab kita dah pencen bosan kat rumah sunyi anak-anak dah takde. 

Selalu juga dengar orang tua bersungut anak-anak busy takde masa nak jumpa dia orang. Kesian. Tapi tak terfikir ke kita muda-muda dulu pun busy takde masa untuk anak-anak. 

Sekarang ni Msred SAHM, so masa dengan anak-anak kat rumah lebih banyak dari dulu masa Msred bekerja. Kalau dulu tak sempat nak lepak ke ngajar dia orang ngaji ke. Sekarang ni dapatlah tolong dia orang buat kerja rumah, ajar ngaji, lepak tengok TV sama-sama. Penat tapi puas. 

Setiap apa yang terjadi, important moment family Msred, Msred suka rekod, supaya ingat. Msred guna Travelers Notebook ni untuk rekod moment-moment best. Ini Travelers Notebook, keluaran Traveler's Company. Dia punya cover original leather. Lepas hampir setahun Msred pakai, bau leather dia masih ada. Sedap bau leather dia. Dia punya permukaan pun lembut sedap dipegang. Semua scratch kat leather ni add character kat covernya buatkan dia lebih istimewa dan unik. 


The leather is so nice to touch....


Dalam dia ada dua notebook atau dipanggil insert. Satu yang warna oren ni dipanggil Diary Weekly Vertical. Notebook inilah Msred guna untuk memory keeping, macam daily log.

the cover


the title page


First dia ada kalender untuk 2018 dan 2019 dan yearly plan untuk setahun dimana kita boleh rekod birthday ke, yearly plan secara ringkas ke atau apa-apa ikut keperluan dan kreativiti kita.





Second dia ada weekly vertical spread dimana Msred rekod important moment. Dua mukasurat untuk seminggu dari Isnin hingga Ahad. Yang best selain daripada merekod memori, ialah bila nak decorate page tersebut guna sticker, washi tape yang cute-cute. Ada orang yang guna notebook ni sebagai planner. 

Weekly yang masih kosong








Ini notebook atau insert yang kedua dimana Msred guna untuk Journal dan Art Journal. Msred suka quotes so ada banyak quotes dalam ni. Samalah, Msred akan guna sticker, washi tape, stamp dan water colour untuk decorate sebelum Msred journal. 

For art journal












Selain daripada merekod memori dan journal, aktiviti ini sebagai creative outlet untuk Msred berkarya. Tak sehebat mana tapi memberi kepuasan pada Msred. Msred suka aktiviti kreatif sejak dari kecil. Sampai ketua masih suka. Being creative is my passion, Msred tak ada cita-cita nak berhenti dan mungkin akan teruskan aktiviti ini selagi releven dan munasabah. Lepas tu nak pengaruh anak-anak menulis journal jugak. Kalau tak suka nak decorate, just journal. Pengaruh, tak paksa. 




1 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

menariknye...sama la, kita suka craft juga....

ALL TIME FAVOURITE