Salam you alls,
Sedang aku ( aku=mamat ) melepak di kedai mamak depan rumah pekena roti canai untuk breakfast, ternampak seorang awek lalu.
Cantik. Gadis paling cantik yang aku pernah jumpa. Kulitnya putih gebu. Kurus. Tinggi, kaki panjang. Kaki dia cantik. Mungkin sebab itu dia pakai skirt pendek supaya semua orang yang memandang tahu dia punya sepasang kaki yang cantik. Rambut sedikit ikal, panjang dan diwarnakan perang, sesuai dengan kulitnya yang cerah. Rugilah kalau pakai tudung, orang tak kan tahu dia punya rambut yang cantik dan panjang. Dari tempat duduk, aku dapat melihat sepasang matanya yang tajam dan galak, dihias cantik dengan alat make up. Kalau tak pakai make up tebal di situ, pasti orang tak perasan cantiknya mata dia. Indahnya ciptaan tuhan, Subhanallah.
Tanpa diketahui oleh 'aku', si gadis cantik bernama Marissa ( bukan nama sebenar ), baru pulang dari rumah kawannya. Semalam keluar rumah selepas bergaduh dengan kakak. Berpunca dari perasaan cemburunya dengan kakak sebab lelaki yang dalam diam dia suka, cintakan kakaknya. Tambahan pula Marissa memang tak suka kan kakak yang lebih disayangi oleh mama dan papa. Bermalam di rumah kawan satu kolej, Mimi. Budak miskin tak pandai bergaya yang cuma berguna bila Marissa susah. Sekarang ini Marissa nak berjumpa Sham, lelaki kaya yang dia belum puas menggunakan duitnya untuk kepentingan diri.
Kalau lah 'aku' tahu tentang ini, adakah Marissa masih lagi dilabel sebagai gadis paling cantik?
45 ulasan:
rupa bukan segala-galanya..yg penting hati dan perwatakan..rupa tu bonus shj :)
luar je cntik xgune..dalam bapak ehh mcm betik busuk huhh~
salah guna kecantikan yang di anugerah Allah ni..
aiyooo.. cantik buleh kat dia. tak baik aa camtu..
orang cantik slalu lupa diri tu la dunia sekarang..ingat kita ni sementara ja..
tu la orang kat,,cantik luaran tak semestinya cantik dalaman..;)
cantik itu perkara subjektif, penilaian berbeza mengikut pandangan dan ilmu setiap orang.
tapi, isteri saya cantik huhu.
luar cantik dalam buruk tak guna gak..
kesian..catik tak beerti bahagia..
alaa mis red pon cantik jugak lah huhuu :)
Cantik kot...
Cantik untuk hiasan je..
Sebagai simpanan untuk hati adalah tidak sesuAi
cantik tu memang tapi cantik dunia jela.hmmm..rugi je cantik luar semata2 tp dalam hodoh.mnta dijauhkan.biar kte cantik sgala2 nya.
setakat cantik luaran je buat apa..haishh
setuju ngan mizzkechique
Xcntik lngsg
cantik yang disalahguna...
yang memandang pun selalu dibutakan dengan yang zahir tu...
cantik diluar, didalam hipikrik buat apa....tak cantik lah...heee
tak cntek dh laa bile tau pernagai dye mcm tuuu =_=
mesti la luar dan dalam cantik
ni novel ke apa? hahahha
hehe, overall, rupa paras tidak menjamin kecantikan dan sikap dalaman. iya kan sis?
cantik...tapi luaran sahaja....dalaman tidak...
tak! tapi ai pun mmg suke tgk pmpn2 cntik ni...heee
mungkin tak..huu..
apa la gunanya luaran cantik jelita tp dalamannyaa..
rupa takkan kekal..:)
aah ni novel ke apa?
jangan sekali2 menilai dari luaran sahaja huhu...
p/s: yg close up tu mmg warna dia, kalau yang ambil dari jauh tu memang nampak extra cahaya sebab ada lampu...
canti..memang canti,tapi atas paras rupa tak kemana,kerana dah tua pasti berkedut juga..
Betul tak sis?ehhee
cntik ni 1st impression jugak~
org llki,tgk muke je tau -.-
kekeke
perangai tak cantik..ruginya
harap muka jek cantik, tapi perangai tak secantik muka :P
laaa.. cantik ke kalau cmtu kak? cantik tu tak ke mana kan.. huhu harap "aku" tu sedar la kan kak ;)
Tak semua apa yang dilihat itu cantik, dan tak semestinya yang jelik itu pelik. kan? :)
kalau cntik muka, biarlah cantik sekali dgn dalaman kan..
baca dua kali..hehehe..
cantik luaran je..nak buat apa kan
pss : thanks kak..:)..tu pon still terkilan juga xdpt 1st class..tp dpt 2nd class upper pon dah alhamdulillah kan..heeee...
nt posting gaji sama juga...;p
lau takat cantik luar je tak gune kak.. dalam pun mesti cantik gak..
lagi cantik jika keindahahn tu smua dismbunyikn .. hehe
ermm kdang2 rupa cntik blm ckup utk membuatkan dia cntik luar dn dlm ..
slmt pagi sis... bz ea?eheh
Seeloknya kenl hati budi dulu bru rupa. :)
dia dah buat lagi dahhhh..gagagagaga
Rupa luaran tak mengambarkan tuan sebenar...
tak guna kalu muka cantik , tp hati asyik dengki dgn org jee :)
hehehehe
ssh nak jwb tu
hehee
nak jadi budak baik+comel la..bole x kak?
kikiki
sebab tu xboleh label orang sbelum kite kenal die. :)
Canti ada 2 jenis,
cantik yang ada erti
dan cantik yang sia2 :)
Latest Post:
1. Adam Adli Mahasiswa UPSI | Love or Hate | All About Your Choice
2. Manusia suka cerita yang buruk-buruk??
Catat Ulasan