Assalamualaikum.....
Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan iu sahaja, beliau juga cacat penlihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir. Salah satu soalannya, " Bagaimana tuan dapt hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya kecacatan ini?"
" Ini buka kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya idak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki. "
" Tapi tuan juga tidak mampu melihat."
" Ya betul itu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk dengan mereka."
" Tapi apa yang tuan ada?"
" Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al-quran dan berzikir. Alhamdulillah."
Credit : Majalah Solusi bil 35
Pengajaran : Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia boleh menjadi satu kelebihan, insyaAllah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
12 ulasan:
insyaallah
Terhindar dr segala kemaksiatan..alhamdulillah
stiap yg trjdi ad hikmahnya
Tu sebab kita takleh pandang rendah dengan orang yang serba kekurangan kan?:)
assalamualaikum msred...alhamdullilah semuanya dpt dihindarkan...:)
subhanallah...semua tu ada sebab kenapa seseorg tu lahir dgn tidak sempurna kan msred... mekasih share :)
setiap kekurangan ada kelebihan
kita sering terlepas pandang kan isu sebegini.. tp realitinya mrk lebih bertuah berbanding kita..
betul..setiap kekurangan ade kelebihannye..
Dia mmg layak menjadi pakar motivasi kan kak..
love this entry =')
setiap yg berlaku tu ada hikmahnya kan...kita tak boleh la pandang rendah golongan yg macam ni...sepatutnya kita bersyukur sbb kita dilahirkan sempurna...:D
Catat Ulasan