Mac 26, 2012

SAYA BENCI NAIK LIF

Assalamualaikum.....

Saya kerja tingkat 20. Sampai saja kat banggunan pejabat, saya tunggu lif. Lif kat building ni agak slow. So, biasanya kena tunggu lama sikit.

Bila dah lif dah sampai, saya terpaksa berebut dengan pengguna lif yang lain. Yang baru sampai sama saja lajunya berebut dan tolak-tolak dengan yang dah lama menunggu lif.

Lif dah penuh, pintu pun dah nak tutup. Ada pulak lagi yang tekan button lif nak jugak masuk lif yang dah penuh ni macam tak kan ada lif lain. Kadang-kadang siap tekan button open untuk tunggu kawan dia terhegeh-hegeh nak juga naik lif penuh ni. Lambatlah sampai tingkat 20.

Dalam lif sesak tak usah ceritalah. Pagi memang jarang dapat naik lif kosong. Boleh dikatakan semua floor ada orang tekan buttonnya. Lambatlah saya sampai ke tingkat 20. Orang yang turun tingkat 1 atau 2 buat saya lagi lambat sampai tingkat 20. Tak larat naik tangga ke tingkat 1 ke? Muda lagi.

Ada pulak yang bercakap dengan kawan atau handphone dalam lif yang ramai pengguna ni. Cerita merepek-repek pulak tu.

Bila ada yang nak turun di tingkat pilihan, yang duduk si depan pintu lif tak nak berganjak sesikit pun bagi laluan pada yang dibelakang ni nak keluar. Lambat lagi. Ada pulak yang turun tu sempat meninggalkan gas.

Lepas berhenti dihampir setiap tingkat menurunkan pengguna lif, akhirnya sampailah di tingkat 20. Belum start kerja dah stress dengan macam-macam kerenah pengguna lif.

Kalau saya kerja tingkat satu mau saya naik tangga saja.

Published with Blogger-droid v2.0.4

13 ulasan:

cik fadh berkata...

kalo fadh pown keje tingkat 1 sanggup nek tangga kalo da keadaannyer sesak cenggitu..

fuhh bace je da stress..

Anum berkata...

ye la
kalau keja tingkat satu leh la naik tangga kan

LubLy berkata...

humakkkkkaiii..akak punya lg mcabar dr lebly nak msk ofis..terbaeekkk la kak..

Sunah Sakura berkata...

yang paling tak leh tahan tu, ada jugak buang tebiat tekan butang lif kat luar lif tu banyak2 kali, kunun2 lif tu leh cepat2 naik or turun kalo tekan banyak kali..hahahahah

*saja nak buat akak hilang stress*

Aine Ainun berkata...

Heheee...
Sy bole byangkan walopun x mengalaminya...

Kayu Manis berkata...

hari2 le ..aduh saya tak suka juga naik lif ni..setakat 1/2 boleh le..

gayat.

Munn Jaafar berkata...

alahai..yg keluar tinggalkan gas yg tak tahan tu...hurmm

kocix! berkata...

amboih tggi benor bangunan opis nye!
sabor ye mis..ce sabor..ce sabor.. haha

Falling . berkata...

hhaah sabor jelah sis .. gugu ni mabuk lif, tataw la cmne lau kje nti -.-''

Pondok Usang berkata...

itu belum lagi kisah melepaskan angin didalam lift.. =)

Azzah berkata...

belum buat kerja dah letih kat lif kan?

aReLaN berkata...

apa punya pemalas la yang dok tingkat 1 n 2 tu.saya dulu tingkat 8 pon naik turun tangga.hahaha..letih sket la tapi

Jαnnαhツ do not dwell on the past (hazan) and never worry about the future (hamm) - just concentrate on the present moment and be happy! berkata...

wah.... dasatnya keadaan lif tu. macam penah alami je kesesakan mcm nie. tp masa berebut naik bas. memang havoc mcm nak runtuh bas. haha

ALL TIME FAVOURITE