Assalamualaikum.....
Ciri-ciri BFF yang tak berapa nak best.
1. Mementingkan diri sendiri.
Dia terlalu banyak minta itu ini tapi liat pulak nak memberi. Pentingkan diri sendiri, kedekut pulak tu. Apa yang enting pada dia, cuma kehendak dan keinginan dia saja sebab tamak dengan kemewahan dunia.
2. Pengampu.
Setiap kali kita buat apa saja dia mesti setuju. Kita derma duit kat orang dia sokong. Kita kutuk bos dia sokong. Kita mengata orang dia sokong. Kita menipu un dia sokong. Bila depan kita dia puji melangit, bila belakang kita dia kutuk kita serendah-rendahnya.
3. Pemboros dan suka hiburan.
Bila kita nak berseronok, nak lepak tempat hiburan yang melalaikan, laju saja dia nak ikut. Setia dia ikut kuta kehulu kehilir. Lebih-lebih lagi kalau kita kata nak belanja dia. Tapi kalau kta cakap nak pergi library nak study, laju je dia mengelak. Silap-silap hilang terus.
4. Membuat kita semakin jauh daripada Allah.
Kalau kita sesat, dia tak pernah tegur sebab dia sendiri pun hidup dalam kesesatan. Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain, hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.
5. Suka berbantah-bantah.
Jenis manusia yang suka perang mulut, ashik nak menang dan suka menegakkan benang yang basah langsung tak mahu mengalah dan menerima pandangan orang lain. Selalu perasan dia bijak dan betul setiap masa.
Kalaulah bakal BFF atau BFF ada ciri-ciri macam ini, apa kata kita beralih arah berpaling dari dia. Kalau mampu nasihat dan tegur dia berubah. Kalau dia tak sudi nak dengar, tinggalkan saja dia.
26 ulasan:
setuju
tinggalkan saja
sepenuh tenaga cuba mengelakkan diri dr org2 tersebut di atas :)
memang elok tinggalkan orang camni..
tinggalkan dan cari org yg lebih baik
yang sedihnya...jiwa tak tetap....baru je kata nak tinggal....kena pujuk rayu...cair balik....
Kan....setuju!
Tp...kalo da mabuk bercinta..x inagt da...
buang masa je boyfriend camni..
uji dan berkawan2 dulu..
bukan setakat boyfren aje.. dalam berkawan dgn sesiapa pun kena ambil berat akan semua yg di atas.. tp tula msred.. zaman skrg org lbih suka berkwn dgn org yg suka lakukan perkara2 di atas.. lbg suka berhibur dari mengingati Allah.. waallahualam
yg no 4 tu mmg kita patut terus tinggalkan dia...
Betul2, setuju sgt!
lbh bek tade bff dri ada lau depa ada ciri2 kt atas tuh .
lbh bek tade bff dri ada lau depa ada ciri2 kt atas tuh .
jgn tinggalkan dakuuuuu..hahahahha
setuju sgt2...sbb ada jumpa org yg mcm gitu...
setuju! cari la BFF yg mendekat kan kita kpd Allah...
BFF stand for?best fren forever atau boifren forever?hehehehee
tak nak bff yang macam ni.. huhuhu
yew CK stuju!!!
klu CK takdo pikir 2,3 kali da nGee~
SETUJU!!!!! ignorekan terus dia tu...
hahahaha...remove daripada fb..hahaha :P
hahah paham sgt ciri ciri BFF ni...sabar aje laa... >_<
memang patut tinggalkan org mcm tu...
macam ni bff??? huhu.. ni lawan..
btol2..:)
drpd kita terikut n merana kan kak..
wuuuu
tinggal kan je. selamat tinggal! hehhe
Catat Ulasan