Mei 08, 2012

ANGLE IN THE DEVIL'S SUIT

Assalamualaikum.....
Novel ini dah lebih dua bulan msred beli. Lepas sebulan baru msred baca dan akhirnya berjaya habiskan lepas dua bulan. Bukan sebab novel ini tak best, tapi sebab masa untuk baca novel kurang menyebelahi msred.
Sinopsis novel ini.
Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.
Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.
Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.
Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.
Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?
My opinin.
" Permulaan ceritanya agak lambat. Cerita permulaan cinta monyet antara watak utamanya, Dew dan Camie. Lepas separuh cerita baru masuk bab suspens, misteri hubungan Dew si kekasih baru dan Jeremy si kekasih lama Camie. Satu persatu rahsia terbongkar. Sedikit mengejutkan. Pengakhiran yang agak klise dan boleh diduga. Quite intertaining, sesuai untuk bacaan ringan terutamanya untuk remaja yang suka cerita cinta remaja yang tak terlalu serius."
*** 1/2 out of 5.
Note : New project, 670 pages The Lost Symbol by Dan Brown.

23 ulasan:

Unknown berkata...

Okey thnks

mjur xbeli hehe

Camy Alya berkata...

tapi macam interested je nak tahu ending dia macam mana.

Anum berkata...

ada part best gak nie

anak ayah berkata...

da lama da tak baca novel. bab skunk nie otak ngah progress ngan buku2 ilmiah..errghhh..nextweek exam da ~.~

Nyamuk Terbang berkata...

kiter pn mnat bca novel ^^

maszull berkata...

assalamualaikum msred....mcm x menarik je isi cite nyer mungkin remaja suka kot...:)

tasnimsahaja :) berkata...

hampir terbeli novel ne dulu, tp tak beli. haha

Mizz ErMa berkata...

0o0o, maksudnya novel tu xbest sangatlah yer? nsib baek sy xsempat beli sebab ritu pon nyaris2 nk bli novel nih..hehe

Sarah Mnasir berkata...

ara xpenah suka bace novel :D

aReLaN berkata...

novel omputih ke???hohoh...saya memang tak baca la novel2 ni kak red oi.

Unknown berkata...

dah lama nurul x beli novel..

Tanpa Nama berkata...

klu novel nie di hadiahkn kpd CK, 20tahun lagi p0n belum tentu khatam
-_-

Unknown berkata...

hamboih..sampai dua bulan amik masa..lamanya..hehehe

fazrulnoor berkata...

baca tulisan msred je dah rasa nak baca buku tu..xde ke buku tu yg dah translate BM

teha berkata...

dh lme xbce novel eng.. hehehe :)

E'in berkata...

wah...... e'in jarang bace novel english.. xbape nk paham.. hehe

LubLy berkata...

agak nye citer HAQ tue..adaptasi dr novel nieh kot kak..

Zul De Alexis berkata...

lama dh x baca novel...ada masa nak beli novel baru...

Salina Mat Isa berkata...

novel english..mmg malas nak baca la..baca novel melayu je..

Badrina Ibtisam berkata...

Mcm best je!!! <3

YattAkasah berkata...

wah..pminat novel gak pnye

Unknown berkata...

akak..bagaimana akak boleh berjaya menghabiskan permbacaan novel? bagi la tips :)

Saya rasa akak tahu sebab apa..saya suka beli buku tetapi kebanyakkannya xhabis baca :)

aizamia3 berkata...

secara jujurnya ai tak baca novel omputih.. hukhukhuk..

ALL TIME FAVOURITE