Assalamualaikum.....
Pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata, " Ya Allah, masukkan lah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.
Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya, " Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa? ( Ya Allah, masukkan lah aku dalam golongan yang sedikit ). Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"
Pemuda berkenaan menjawab " Ya Amirul Mukminin. Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah : ' Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi ( sumber atau jalan ) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur.' ( Surah Al- A'raf 7:10 ).
Kata pemuda itu lagi, " Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah. "
Mendengar jpawapan it Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri, " Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim dari kamu."
Doa yang kedengaan aneh tetapi benar ini telah mengejukan Saiyidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud, "
Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati. " Riwqyat al Bukhari.
Solusi isu 43.
Ada ke diantara kita yang berdoa begitu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
12 ulasan:
wah... perkongsian yang menarik..thanks ye msred sebab berkongsi tentang ni..
tp org sekarang lbh mementingkan kaya harta...
manusia zaman skang..bile dilempahkan dgn rezeki..automatik alpa..kan kak
assalamualaikum msred...mekacih atas perkongsian info ini...:)
betoi tu... xsemestinya kita ada byk harta... kita dah kaya.. sdgkan kaya yang dicari bukanlah kaya harta..
bersyukur dengan apa yang ada..
msred,blh bagi alamat kat email ni,nak hantar cenderahati dari CH
suterasyifa@gmail.com
nice sharing sis :)
takde harta orang tak pandang.. tapi kalau kaya harta tapi hati tak tenang pun tak guna juga..
nice entri ni kak..
nice sharing sis...
bersyukur..
alhamdulillah,beribu2 nikmat Allah bg.
kaya hati.... tq ats peringatan kak...
Catat Ulasan