Assalamualaikum,
Akhirnya Isnin menjelma kembali. Sepatutnya lepas recharge bateri dua hari waktu weekend haritu, hari ni mesti ceria bersemangat nak start kerja balik kan? Ke ada yang lemau je? Jangan dilayan sangat lemau tu. Appreciate every minute yang kita ada dan be happy.
Hari ni Msred nak review Planner yang Msred guna untuk 2018 ni. Ini kali pertama Msred guna Planner Hobonichi Weeks ni. Sebelum ni Msred guna Travellers Notebook. Planner ni untuk personal, mostly house chores dan family matters. Msred suka sangat guna Hobonichi Weeks ni. Kertas dia serious nipis membuatkan planner ni tak tebal dan ringan. Hobonichi Week guna Japanese made paper Tomoe River Paper, antara kertas terbaik sesuai digunakan dengan kebanyakan jenis pen termasuk Fountain Pen. Dan pocket size dia memang selesa Msred guna, senang nak dimasukkan dalam beg tangan.
Next kita tengok format dia kat dalam. Ini muka hadapan dia. Macam title page. Msred cuma letak dua sticker dan email address Msred takut kalau Planner ni tercicir.
Next page mini calender untuk tahun 2017, 2018 dan 2019.
Next ada calender dan index untuk setahun. Kita boleh guna untuk tulis yearly plan at a glance contohnya.
Next Monthly format. Ini Msred guna untuk track important date macam birthday dan appointment. Dia start dari bulan December 2017 sampai March 2019.
Next Weekly format. Belah kiri tu ada space dari Isnin hingga Ahad dan sebelah kanan ada blank space kita boleh tulis apa-apa note. Msred guna dua-dua page untuk tulis to do list dan apa-apa list lain yang penting. Weekly format ni start dari December 2017 December 2018.
Next ada Note di bahagian belakang. Kita boleh guna untuk tulis apa-apa note yang penting. Msred start bahagian ni dengan menulis goals untuk 2018 dan wishlist.
Belakang sekali ada satu page title dia 'My 100' atau macam bucket list. Kita boleh listkan apa-apa yang kita nak contoh kita boleh listkan target kita nak capai tahun ni macam buku yang kita nak baca atau movies yang kita nak tengok tahun ni. Msred suka page ni tapi belum tahu nak listkan apa. You all ada suggestion tak?
Selepas guna hampir sebulan, overall Msred suka sangat guna Hobonichi Weeks ni. Msred suka kertas dia, size dia dan format dia. Cuma colour kertas dia creamy macam kekuningan sikit. Msred rasa Msred lagi suka kalau colour putih. Yang paling best bila nak decorate pagenya dengan stickers, stamp dan washi tape. Cute!!!
Ada sesiapa guna Planner tak? You all guna Planner apa?
3 ulasan:
cantiknya
Cantiknya awak! Mai guna planner RM20 tu je, review kat http://www.noormaizan.com/2018/01/planner-2018-yang-viral.html. hihi
comelnya planner.. sy xdan pakai planner kak, anak dh rembat dl nk conteng
Catat Ulasan