Bestnya weekend bila dapat rehat dan spend time dengan orang tersayang. Yang paling best dapat tidur, biasalah weekdays tak cukup tidur. Bila dah cukup rehat dan dah dapat lepak dengan family, hati pun dah happy, barulah dapat menghadapi cabaran hari Isnin dengan jayanya. Takde lah lemau je.
Last week celebrate birthday my second and third sister. January birthday. Celebrate sekali je senang. Lokasi, Jibby Chow SS 15 Subang. Tak sempat ambil gambar makanan sebab Msred sampai lambat dia orang dah start makan. Sempat ambil gambar orang je, yang mungkin akan di share lain entry. Nak share gambar ni je. Gambar Cik Nen punya dua batang gigi baru tumbuh dari haritu nak snap gambar tapi tak dapat.
Tak taula kenapa kebanyakan mak-mak suka share gambar anak dia sampaikan gambar gigi anak dia pun nak share.
Apa petua nak bagi rambut baby lebat. Cik Nen botaklah, rambut sikit dan halus. Nasib baik tak pakaikan dia wig.
7 ulasan:
Alahai.. comelny gigi dah tumbuh ye.. Ce try sapu minyak kelapa di kepalanya..
Hahaha comel la budak botak ni. Mak cakap dulu rambut saya pun lambat betul naik. Pastu naik halus2 je sampai skrg, hahaha.
Tomeyynya ada dua batang gigi! ^^
alaa siannya dia. patah gigi ye. mak azah kalau nak lebatkan rambut, lumur minyak zaitun je. hihi. sampai sekarang azah pun dok guna minyak zaitun :D
eh komen tak masuk ke?
comelnye dia...
Alaaaa comelnya dengan gigi 2 dia. Mak mak memang mcm tu kan.
Catat Ulasan