Assalamualaikum.....
Saya ada masalah. Masalah dengan kawan sekelas saya ni. Nama dia Zaza. Dia cantik, pandai dan konfiden. Dia baik dengan kawan-kawan dia. Orang suka berkawan dengan dia. Cuma satu saja masalah dia yang membuatkan dia susah nak dapat best friend, kawan sehidup tapi tak semati.
Dia suka sangat bercerita, bukan tentang politik, sukan atau pun pelajaran. Dia sangat suka bercerita tentang satu topik ni, kira favorite topic dia la. Zaza sangat suka bercerita tentang Zaza.
Ya, dia suka sangat bercerita tentang dirinya sendiri, bukan tentang orang lain.
|
its all about me, me and me... heh heh... |
Tak tahu lah kenapa, boleh dikatakan setiap hari 50% daripada apa yang keluar dari mulut dia tentang dia. Kadang-kadang boleh mencecah 70%. Kita ni selalunya suka dengar apa orang cerita tentang diri orang tu, tapi kalau ashik cerita pasal diri sendiri doplopatjam, ustazah pun silap-silap boleh hilang sabar.
|
kalau laki ada penyakit obsessed dengan diri sendiri ni lagi bughuk.... hahaha... |
" Ko tau tak aku semalam.... bla bla... aku ngan dia.... bla bla....dia suka aku... bla bla... aku ada... bla bla... akhirnya aku.... bla bla... aku cakap kau aku ni kan... bla bla..." rasa nak stepler mulut dia. lari je dari dia sambil tutup telinga tamau dengar cerita dia lagi dah.
|
ko cakap lagi sekali perkataan aku tu aku gigit tangan ko... nak? |
Kenapa ada orang yang macam ini?
Mengikut kajian msred dengan membaca kajian orang lain di Google, pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri, orang yang suka bercerita pasal diri sendiri ni selalunya sebab dengan perbuatan ini dapat memberikan mereka kepuasan. It can make them feel good, and fell good about themselves is a good way to be happy.
Kebiasaannya manusia jenis ini suka bercerita tentang diri sendiri yang boleh membuatkan pendengar kagum, kira statement memuji diri sendiri atau berbangga dengan nasib baik mereka. Mau tak rasa happy kalau ada orang nak dengar. Happy kan?
Macamana nak handle kawan yang cenggini? Selepas berusaha keras untuk tekun mendengar tanpa niat buruk tapi tak berjaya dah, anda boleh pura-pura dengar sambil pura-pura senyum dan redha dengan nasib anda atau pun cuba sedaya upaya untuk melarikan diri setiap kali nampak dia. Kalau nak sakastik, setiap kali dia nak cerita tentang diri dia, anda dengan pantas memulakan cerita tentang diri anda terlebih dulu dan jangan berhenti cerita sampai dia mengundurkan diri dengan alasan nak pergi toilet.
Seb baik msred belum ada kawan cenggini.
Entry republish. Humor semata.