Januari 22, 2014

TANDA-TANDA PENUAAN TERKINI

Assalamualaikum.....

Tanda penuaan kalau dah mula menyapa kita, teruamanya kaum wanita. Memang selalu boleh buat kita mengelabah. Mulalah terasa nak suntik botox, nak pergi buat facial, plastic surgery. Nak makan jamu, kalau boleh semua jenis jamu yang ada di pasaran.

Tapi, banyak-banyak tanda penuaan, yang ini paling bahaya. Kalau tanda-tanda ini dah mula menunjukkan diri, pergilah jumpa pakar.





1. Bangun dari sofa ruang tamu melangkah ke dapur. Bila sampai di dapur, berdiri kaku selama dua minit. Sambil kepala otak fikir... 'aku gi dapur ni tadi nak wat ape?'. Lepas tu pergi ke ruang tamu semula sambil bersungut.

2. Bangun dari kerusi di pejabat sambil tangan memegang cawan, hajat dihati nak buat nescafe kat pantry. Tapi kaki dengan selamba melangkah ke toilet. Bila sampai toilet, 'la.... Aku nak buat nescafe pekejadahnya dalam toilet ni.' Kaki melangkah pulak ke pantry.

3. Anak ada tiga. Nak panggil Iffan terpanggil Iman. Nak panggil Ian terpanggil Iffan. Nak panggil Iman terpanggil Ian. Pening kepala asik tersalah sebut nama anak sendiri. Nasib baik tak tersalah panggil nama husband dengan nama Aaron Aziz.

4. Bila nak buka application untuk buat kerja dipejabat, masukkan username dan pasword macam biasa. Tapi pagi ni dah sepulu kali masukkan username dan password tapi reject. Last-last baru perasan, rupanya termasukkan username dan password facebook. Patutlah kena reject. Kesian pc kena maki dalam hati.

5. Mengambil masa lebih satu jam nak bersiap. Pakaian memang vouge habis. Muka dah siap di make up kan sampai perasan nampak macam Neealofa. Minyak wangi dah sembur, sampai dua jenis sekaligus. Cun habis dah ni. Bila dah sampai di destinasi tujuan, baru perasan...'MasyaAllah. Aku pakai seliar jepun je.' Oleh kerana tergesa-gesa nak keluar tadi tak perasan kaki cuma menyarungkan selipar jepun je.



Kesimpulannya, msred memang dah layak pergi jumpa pakar anti penuaan. Sekian.


28 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

kak tu bukan tanda penuaan tu kak... itu banyak sangat benda yang difikir tu kak... hu hu hu

Cik Nor berkata...

alamak bahaya tu..:)

Fiza Rahman berkata...

Saya pon kena jumpa pakar penuaan ni ☺☺

ZalinZalina berkata...

Ohhhh sama la kita, Iza..makin hari makin pelupa...samada kak ina dah tua atau banyak makan semut..kihkihkih..

Asha Lya berkata...

hahah lucunya sis..baik cepat2 jumpa pakar penuaan..takut nanti bisa melarat ;D

Izwa Kamaruddin berkata...

part lupa tu mmg ade...salah kan urat putus mase beranak boleh?gahaha..

Unknown berkata...

hihihihi... mmg pompuan cpt tua..setuju sgt.. sbb kita dok fikir banyak kot tu asyik lupa je...

yanamib berkata...

haha byk putus urat katakannn...sy ni ank br sorang pn pelupa ya ampunnnn.. >_<

shaFazie berkata...

hadoi bahaya ini.hihi

Kayu Manis berkata...

Ni bkn tua..tahap nyanyuk dh msred...

NrlAidaHml berkata...

hhahaha..lawaknyaa..tapi tulah aida pon kekadang macam tu jugak..memang selalu terlupa dan mula ada wrinkles..sedehh..huhuhu

Nurul berkata...

waa... nrl pun ada gak persamaan sikit2 tu... pernah jadi cam no 1, 2 & 3 tu.. huhu...

Tanpa Nama berkata...

hehehe dh ada sikit2 ciri2 tu acaner !

Cik Lily Putih berkata...

eh samo lah kite, faktor usia yang melampau yang amat

Cik Bayan berkata...

Aduhaiii...so sweet. Suka baca...kena makan tempe balik jawabnya...hihi

FarahFerraDotCom berkata...

Msred 'sep' sikit.. kita sama! Farah pn kerap nyanyok dh skrg .hehehe..

Ummialyaanas berkata...

wakaka..kalau pggil en.suami aaron ajis tu lagi dia suka kot..mst dia pk dia da transform jd aaron..haha

Unknown berkata...

hehehe.. ntri trbaik

Zam berkata...

pelupa tu biasalah... haha

Mizz Aiza berkata...

hehe.. no.3 tu aiza pun selalu tersalah panggil nama kawan di pejabat masa kerja dulu.. paling lucu kawan lelaki panggil dengan nama kawan perempuan..

aizamia3 berkata...

Hahaha.. yang no. 4 je ingatan ai masih kuat.. yang lain dah harus ikut msred..
Teringat.. marah dak Adik sebut dak Nuha.. ayooo.. tu baru 3 anak.. belum 4, 5..hehehe..

jie susanos berkata...

haha..igtkn nk share tip xdi...

norhasnizakhalid berkata...

mama dah ada sikit-sikit tu.. ermm.. semakin tua nampaknya daku..

Unknown berkata...

Entri yang menarik.

awksweetgitu.blogspot.com :)

y i e n berkata...

alamak! alamak! alamak! mcm same simptom je ni, hahaha~~

Sally Samsaiman berkata...

teruk sangat dah bunyinya kak...hahaha...tapi kadang-kadang jadi gak kat sally -_-'

Unknown berkata...

hahaahahhaaaha

Affy Afiqah berkata...

kadang2 ika pun gitu..pelupa..haha ;)

ALL TIME FAVOURITE