Januari 28, 2014

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA SHAH ALAM

Assalamualaikum...

Hari Sabtu, bawa the boyfriends pergi baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Dia orang memang suka pergi sana, paling suka part main. Baca buku sekejap, main je lebih. Eh, cam sama lak dengan mama dia waktu kecik dulu.

Sampai depan pintu, macam biasalah mama dia paksa bergambar. Iffan bisisng je, cepatlah mama.


Iffan beria je bawak buku latihan konon-konon nak buatlah, tapi tak buat pun. Buat 1 page je dia dah sibuk nak baca buku cerita. Iffan sibuk nak isi buku Nilam dia. Sempatlah dia baca lima buku cerita pagi tu. 


Ian lagilah, satu buku pun dia tak habiskan. Baca separuh je, mengeja sebenarnya. Dia belum boleh baca. Ian sebut je huruf dalam buku tu. Baru ngeja 2 3 page dah sibuk berlari ke sana sini.


Iman pun sama, tengok gambar sekejap dalam buku lepas tu sibuk main Hologram.


Nilah aktiviti Ian dan Iman kalau ke library. Main Hologram ni. 


Lepas zohor kat Library tu, gerak balik lah. Mata pun dah ngantuk akibat ubat batuk dan selsema msred telan sebelum keluar.




13 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. Rajinnya anak2 baca buku...

Farah Waheda Wahid berkata...

bagus aktiviti ni kak, memupuk minat membaca di kalangan anak2...

*farah tinggal memang kat shah alam, namanya Shah Alam 2...20 minit dari Shah Alam, nak meronggeng boleh jer...hik hik hik,nanti bawak Ash sekali...

Cik Nor berkata...

seronoknya diaornag..:)

Asha Lya berkata...

seronok juga sesekali pegi library..dah like fanpage sis ;)

Kayu Manis berkata...

rajin anak2 membaca..pendedahan awal tu penting,bagi suka sikit dulu,nti timbullah minat..

muhammad pun tgh baca post n3 misred ni..dia ingat komik..heheh

Suria Amanda berkata...

dania dah banyak kali ajak pi perpustakaan awam NS..kan bandar Seremban tu...masalahnya mama ko ni xde masa nak pi la kakak....hehhe...kalau pi shopping laju je...

PetakBunga berkata...

nasib baik Iman tak kaler buku tu..
next time bawak pensel warna.

Zaza Abdul Latif berkata...

Saya pernah pergi sini kak.. bawak anak2 kemain besau tempat ni.. kitorang sempat tgk 3D lagi ;)

BUNDA berkata...

Memang bagus sangat ...pendedaham awal mendidik anak2 cinta buku...

FarahFerraDotCom berkata...

Bagus kecik2 dah ajar anak2 minat membaca kan.. =D

Unknown berkata...

tak pernah lak masuk ctu walau sll lalu depan tuu..len kali kena singgah masok laa

rajin mak dia dok edit gambar..betul ke apa yg mak dia tulis...dgn apa yg ada dlm fikiran anak anak tu...

Unknown berkata...

best pulak baca dialog camtu.. geli hati baca..

Unknown berkata...

wau! pergi library! bagusnye kalau budak kecik2 dah gi library.. tp biasa le tu bljr kejap ye, huhu pastu main main..

ALL TIME FAVOURITE