Januari 28, 2014

PROGRAM NILAM

Assalamualaikum....
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.



Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Basically, setiap kali murid-murid habis baca satu buku, dia akan recordkan dalam Buku Nilam ni. Tajuk, nama penulis, mukasurat, Nombor ISBN buku tersebut dan moral ceritanya. Lepas tu cikgu sekolah akan semak buku ni guna ISBN number tu, kira nak verified info yamg murid tulis dalam buku Nilam betul. Murid yang dapat record bacaan yang banyak akan dapat anugerah.

Objektif Program Nilam:

• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

18 ulasan:

babYpose berkata...

Salam, bagus tu, dulu saya kena cerita balik. Ringkasan ja :)

Bulan Syurga Firdausi berkata...

Moga Allah permudahkan semua usaha kak.. InsyaAllah..

Sally Samsaiman berkata...

sally selalu je rekod dulu...tapi malas nak letak dia punya summary..hahaha..pastu kena marah -_-'

Syira Lokman berkata...

syira pernah dpt anugerah nilam ni dlu

norhasnizakhalid berkata...

mama pernah menang tempat kedua peringkat negeri selangor dulu... masuk suratkhabat didik lagi.. kenangan..

Tanpa Nama berkata...

anak2 KA suka benor dgn program NILAM ni sampai berbuku2 dah cerita direkodkan,,, tpi ketiga2 dah selalu dpt anugerah nilam ni hehehehe

fragmenbiru berkata...

Wah..bgusnya..bdaya mmbaca!! chayoik3

Fazlina Ridzwan berkata...

zaman sy sek ren dolu (thn 1987) dah ade program nie..tp x dpanggil Program Nilam..ade buku rekod utk kita catat setiap buku yg kita baca..hujong thn sapa baca paling byk buku, dpt la hadiah...& setiap thn saya pasti dpt hadiah..hehehe...skang nie nak baca pon dah xde masa...

Lynn Damya berkata...

Salam, wah mmg rindu sekolah pula bila teringat psl NILAM ni, dulu mmg besungguh2 dan berebut2 nak dptkan Anugerah Nilam ni, hehe :D

Vee Sandi berkata...

teringat seorg anak buah merengek kat kakaknya beberapa hari lepas suruh pinjam buku ...

Unknown berkata...

Budaya membaca ni perlu diterapkan :)

Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Ayu berkata...

membaca jambatan ilmu! keep up the good works dear,... (^_^)

amal berkata...

Terima kasih msred atas hadiah ini :)

http://applehijaulife.blogspot.com/2014/01/hadiah-daripada-blogger.html

amal berkata...

Terima kasih msred atas hadiah ini :)

http://applehijaulife.blogspot.com/2014/01/hadiah-daripada-blogger.html

Unknown berkata...

masa sekolah sebulan sekali je dhia baca buku. hahaha

ezyra taharin berkata...

teringat pulak time zaman sekolah rendah dlu..time skolah menengah dah slow sikit buat nilam nie hehe

Story Nadya berkata...

Nad antara salah sorg tokoh nilam masa di sekolah dulu. Alhamdulillah :)

Cart Kartika berkata...

program nilam ni perlu diperluas.. maksud ika, masih banyak lagi sekolah-sekolah yg tidak menjalankan program ini dengan baik. hanya sekadar pelancaran shaja.. padahal program ini banyak membantu para pelajar dalam meningkatkan minat membaca dan ilmu pengetahuan.. =)

ALL TIME FAVOURITE