عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه “- متفق عليه –
Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar bin Khattab melaporkan Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan Rasul Nya, maka dia akan mendapat (keredaan) Allah dan Rasul Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrahnya seperti (sebagaimana) yang dia niatkan.'
HR Bukhari dan Muslim.
Pengajaran :
- Niat yang ikhlas adalah syarat diterima atau tidak sesuatu amal perbuatan.
- Manusia diberi pahala, terhalang daripada mendapat pahala atau mendapat dosa, sesuai dengan niatnya.
- Sesuatu yang mubah (harus) dapat menjadi sebahagian daripada ketaatan jika diniatkan untuk kebaikan. Misalnya orang yang makan dan minum dengan niat dapat melakukan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah.
Buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi.
- Posted using BlogPress from my iPad
15 ulasan:
trima kasih mggtkan..
Betul tu. Niat amat penting. =)
ZH Blogger
thanks for sharing this great piece of hadith kak, memang betul kak niat yang ikhlas adalah kunci...
Thanks for sharing.
amin ... semua kerja perlu niat dulu;)
niat yg baik..belom buat dah dpt pahala..apatah lagi dah buat berganda ganda dapat kan..mg kita niat yg baik baik saja
buku agamani memang kena baca kan.. banyak benda yang bermanfaat... tapi tuler akakni...
Betul tue..apa2 pn semua terletak pada niat kita.. elok niatnya elok la jadinya..=D
hanya Allah yg mengetahui isi hati kita
apa pun yg kita lakukan , niat hanyalah kerana Allah .
tq kak for sharing. lama da xbelek hadis 40 ni. zaman sekolah agama dulu masa darjah khas je bacanya.. ish ish ish. wajib belajar hadis sohih ni.
tq kak for sharing. lama da xbelek hadis 40 ni. zaman sekolah agama dulu masa darjah khas je bacanya.. ish ish ish. wajib belajar hadis sohih ni.
jemputan tourism tu memang dia cari blogger tuk event tu,kebetulan member blogger juga ajak.tu yg follow..
terima kasih di atas perkongsian ini..
semoga kita dapat ambil pengajaran...
Catat Ulasan