Jun 09, 2014

KENAPA SAYA SUKA ISNIN?

Assalamualaikum....

Sekejap saja dah Isnin balik. Even ramai yang tak suka Isnin sebab rasa malas saja nak pergi kerja balik atau pergi sekolah balik, saya suka Isnin.

Tak adalah suka 100 percent. Cuma saya jarang ada masalah Monday Blues. Kenapa saya suka Isnin?





Sebab hari Isnin saya rasa fully recharge. It is a day to start a new week selepas cuti dua hari, selepas rehat dua hari dari kerja. Biasanya hari Isnin saya bersemangat nak start kerja dan biasanya Isnin adalah hari saya dapat siapkan paling banyak kerja.

Hari Isnin biasanya saya start plan for my next weekend. Awal sangat ke? Hehehee.... Memang biasanya saya suka plan apa nak buat this coming weekend awal-awal. Habit dari dulu. Kalau memang tak ada plan nak pergi mana-mana, plan nak bersantai kat rumahlah dengan boyfriends.

Hari Isnin selalunya kita seronok nak bercerita dengan kawan-kawan tentang aktiviti weekend kita. Itu sebab selalu kalau blogwalking hari Isnin banyak cerita pasal aktiviti weekend. Seronok bercerita tentang weelend kita dan seronok dengar cerita weekend kawan-kawan. Kadang-kadang kita dapat idea apa nak buat next weekend kan?

Siapa suka Isnin? Kenapa?
posted from Bloggeroid

15 ulasan:

Anum berkata...

SALAM SINGGAH PAGI

Inani Hazwani berkata...

jarang2 orang suka isnin ni sis. biasanya monday blues belaka. hihi :D

adianiez AIDA berkata...

hi hi aida pun suka isnin.
dan suka jumaat ~ break for lunch lama ha ha ha...
aida suka isnin sebab kita fresh. the same reason sebab da rehat 2 hari. dpt spend masa dgn anak-anak bergomol sepanjang 2 hari cuti tu. tu la injection yg dibawa ke opis.
selasa, rabu, khamis biasa-biasa je :-)
apa pun, setiap hari adalah hari yg best in shaa Allah :-)

Izwa Kamaruddin berkata...

isnin yg demam

Mirza Rohizat berkata...

miza plak kalau isnin je jadi lemah gemalai...hehee :pp

Unknown berkata...

yup ! btol.. tp zara sometime pandai juga dtg mood monday blues tuu cuma xslalu laa.. hehe..

Sally Samsaiman berkata...

nak kata suka tu tak la..nak kata benci pun tak...tp kalau ada kelas ahad, isnin mmg lemau gila badan...tak sempat nak charge..sbb no weekend...keja dr isnin-sabtu, kelas ahad..

Unknown berkata...

sama la kita kak.. hari isnin tu rasa fully charged nak buat kerja.. kurang lah monday blues.. tp sy ada penyakit friday blues. hahaha!

Cik Asma BLuppy berkata...

saya takde masalah dengan isnin sebab pantai timur stat ari ahad. so, problem ngan ari ahad je la. hehehe.

HeNRieTTa JoSe berkata...

its monday..and i never hate monday....

Sis Vee berkata...

isnin adalah hari kelahiran Rasulullah ...

Mummydearie berkata...

Saya pun jarang ada Monday Blues. Saya pun rasa yang sama Msred. Ada energy berlebihan sebab lepas cuti hujung minggu walaupun sentiasa rasa tak cukup. Hari paling malas, of courselah Jumaat. Start Khamis dah buat hal...

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Saya pon suka Isnin

Azhafizah MN berkata...

depends jugak..kadang suka kadang tak..kalau suka sebab excited nak kerja..hee

QasehnyaRania berkata...

saya suka isnin sbb dpt jumpa anak2 tadika balik selepas cuti 2 hari.hihihi

ALL TIME FAVOURITE