Jun 29, 2014

STYLE IFFAN PUASA

Assalamualaikum.....




Ramadhan pertama tahun ini. Semalam pergi Tesco dan seperti yang dah diduga, pack. Ramai yang shopping barang dapur sehari sebelum puasa. Awalnya saya malas nak pergi tapi disebabkan kat dapur ada seketul ayam je yang tinggal, gagahkan jugalah nak bersesak.

Sahur semalam simple sahaja. Alhamdulillah ada udang dan telur dadar favorite Iffan. Iffan bertekad tahun ini nak puasa penuh sebulan. Baguslah kalau ada niat macam itu. Semuga Iffan berjaya.

Saya tak pernah paksa Iffan puasa. Tapi saya suka guna cara psikologi. Selalunya saya cakap betapa ruginya kita kalau tak puasa sebab puasa bulan Ramadhan Allah bagi hadiah berganda-ganda kat syurga nanti. Silap-silap kat dunia dah dapat. Selalunya berjaya pengaruh Iffan especially kalau awal Ramadhan tu. Kalau part last-last Ramadhan tu kadang-kadang fail la. Dia pun dah penat puasa dari awal Ramadhan. Sekolah lagi. Selalunya last-last Ramadhan puasa Iffan dah mula rompong dah. Tak apalah Iffan. Janji kita makpak kena selalu motivate anak-anak supaya rajin dan suka puasa.

Hwating Iffan!!!
posted from Bloggeroid

9 ulasan:

Iola berkata...

waah bagus tip sis..tegur secara psikologi boleh terkesan ke jiwa. insyaallah irfan boleh :)
selamat menjalani ibadah berpuasa :D

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

Blog Santai berkata...

Salam Ramadhan Mis Red...

Cik Asma BLuppy berkata...

selamat berpuasa!

Nadia Johari berkata...

bagusla kak iffan nak pose..adang2 budak ni susah

mamamursyid berkata...

selamat berpuasa sis

Sis Vee berkata...

semoga iffan dpt laksanakan puasa sebulan ... salam ramadhan . mohon maaf andai ada tulisan dan komen saya yang mengguris rasa ... selamat menjalani ibadah puasa .

Unknown berkata...

bagusnya iffan..:)

Unknown berkata...

yeay...
smangat sket iffan,
rasanya tahun ni boleh kot full :)

Mummydearie berkata...

Anak saya hari keempat Ramadhan dah lompong. Katanya dugaan banyak kat sekolah sebab ada rakan sekelas yang tak puasa dan minum air. Saya pun tak mahu paksa-paksa.

ALL TIME FAVOURITE