Assalamualaikum....
1. Bulu kening –
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya
hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama
sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya
haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu
solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang
perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D ,
An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud
: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik
orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan
tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang
akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
Sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
24 ulasan:
simpan kecantikan dalam iman. thanks mengingatkan ini...
entry yang sangat bagus
nice sharing :)
tima kasih msred.perkongsian berilmu di pagi jumaat
alhamdulillah utk peringatan bersama.
Kecantikan wanita itu timbul dari kecantikan hatinya. Tapi, sekarang ni akibat pengaruh media, ramai perempuan yang gemar menayangkan kecantikan tubuhnya demi meraih perhatian. Simbol 'keyakinan diri' kononnya.
nice sharing kak. thank you ingatkan kami ya
Part wangian tu je yang sukar sikit sekarang ni, Msred. Lain-lain alhamdulillah bisa diuruskan ...
thanks for the reminder kak, great piece of sharing...
nauzubillah.. thx kak atas peringatan ni..
perempuan paling mudah syarat nak masuk syurga.. tapi paling ramai yg masuk neraka sebab macam ni.. T_T
saya pun masih ada yg belum cukup istiqamah dalam menjaga aurat T_T
terima kasih atas peringatan ini
nice sharing.. :)
byk nk kena jaga. mcm kita nk solat.
Peringatan untuk diri kita...Thanks MSred...Salam Jumaat ya..
stuju sgt2 msRED... sume kena jaga luar dan dalam...
assalamualaikum msred...peringatan utk kaum hawa n diri sendiri juga...:)
peringatan yg baik utk saya .
Salam MS Red..
Alhamdulillah.. terima kasih atas peringatan dan perkongsian.. ^^
terima kasih atas peringatannya kak :) Salam Jumaat..
zizie klik huawei .. hehe..
tak boleh jarakkan gigi...ooo
terima kasih kak kerana mengingatkan. :)
nauzubillah.
byk nyer kekurangan sy
Mekasih atas poekongsian dan peringatan MR.
Catat Ulasan