Disember 28, 2017

AKTIVITI BUDAK LELAKI TIME CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum,


Halfway through the week. Weekend dah dekat. Bukan tak suka weekdays, suka. Tapi sebab weekend adalah masa bila semua ahli keluarga berkumpul, seronoknya lebih lagi. Boleh tengok movie sama-sama, makan fast food sama-sama, main games sama-sama. Ho I miss my weekend.

Cuti sekolah ni tak de rezeki nak bawak budak-budak pergi bercuti. Ke Kuala Lumpur pun macam tak dapat je. Nak pergi Big Bad Wolf haritu pun tak dapat. Takpelah, tangguh next cuti sekolah, insyaAllah.





So, dekat rumah, the boys ashik menghabiskan masa main X-Box. Itupun Uncle Yoi, adik Msred yang loan kan kat dia orang waktu cuti sekolah ni. Masa mula-mula dapat haritu, dari pagi sampai ke petang ashik main je. Bila Papa dah balik baru berhenti sebab takut Papa marah. Dia orang takut ngan Papa je, dengan Msred langsung tak takut. 



Kalau dah tak tahan tengok dia orang ashik mengadap X Box je, Msred suruh Uncle Yoi ambil balik. Senang. 

Disember 27, 2017

KERETA BARU CIK NEEN

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah sampailah ke tua Msred berangan nak ada kereta ni sebijik. Terpengaruh lepas tengok cerita Charlies Angles yang lama tu dan cerita Godfather. Tapi Msred suka Ford Mustang 1965. Cam ni lah, kaler merah. Tapi jangan harap lah nak jumpa kat Malaysia kan. Ada ke? 

Kalau you alls nak kata Msred old school, tak kisah langsung. Memang gitulah Msred. 




Ini Cik Neen punya kereta baru, Mustang Shelby kaler hijau hadiah dari Aunty dia. Suka dia drive kereta baru dai keliling ruang tamu sampai ke dapur. Hehee... Alhamdulillah ada orang nak hadiah. 



You alls punya kereta idaman mesti hebat-hebat kan? You alls suka kereta apa? Dah dapat belum?

Disember 26, 2017

BUDAK MAKAN KAKI

Assalamualaikum,

Baru Hari Selasa dah serious rindu dengan weekend. Dah berangan nak tidur sepanjang hari. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni mengantuk je memanjang. Baru bangun tidur pun mengantuk. Kalau dengar orang membebel lagi la laju je mata nak terpejam sambil membayangkan bantal.


Pinterest


Nak cerita ni. Cik Neen ni memanglah suka memasukkan apa saja yang tercapai dek tangan dia kedalam mulut dia ibarat MR masukkan seketul ayam goreng spicy McD kedalam mulut MR.




Stoking pun. Kalau dipakaikan stokin memang habit dia lah nak tarik stokin sampai tertanggal then masukkan dalam mulut untuk dihisap. Kalau takde stokin, jari kaki dia pun sedap dia hisap. Kadang-kadang rasa nak je pakaikan face mask kat muka dia buat tutup mulut dia supaya dia tak boleh nak makan benda terlarang.

Abang-abang dia dulu pun suka maafkan benda dalam mulut tapi taklah kronik macam Cik Neen.

Bagi sesiapa yang anaknya macam ni jugak, korang buat apa supaya anak korang dalam

Disember 20, 2017

MESYUARAT TAHUNAN TNB DI PWTC

Assalamualaikum,

Alhamdulillah for another day, for another chance. Setiap kali bangun, jangan lupa bersyukur. Bila kita mulakan hari dengan rasa syukur, barulah kita ingat nak appreciate all those little things dalam hidup kita yang kita selalu lupa nak hargai.

Pinterest


Hari Isnin lepas, Msred pergi Mesyuarat Tahunan TNB di PWTC untuk pemegang saham. Msred dan adik-adik Msred adalah sikit salam TNB tu hadiah dari Mak Msred. Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi, bukannya Msred pernah join pun meeting dia selamat ni. Tapi disebabkan Hari meeting tu hadiah akan diberi pasa Pemegang saham, makanya mak Msred beria suruh pergi collect hadiah. Makanya Msred pun turutkanlah kemahuan mak Msred.

Sampai PWTC terus collect harganya, minum breakfast yang disediakan dan terus balik.





Inilah hadiahnya. Blender Pensonic. Sesuai untuk buat ice blended. Siap dengan tumbler sekali. Blend terus guna tumbler tu.




Alhamdulillah rezeki. Sebenarnya Msred memang nak cari blender baru untuk buat bubur nasi Cik Neen [my 8 month old baby girl]. Dapat pulak blender tahun ni, tak yah beli baru.

Selain tu TNB bagi kalender dan Planner 2018 dan coupon MC Donald RM 40.00. Alhamdulillah, boleh buat beli ayam goreng spicy MC D 9 ketul. Hehehe....

Disember 18, 2017

JANGAN LAYAN SI M TU

Assalamualaikum,

Salam Monday. Macamana weekend you all? Best kan? Kalau tak dapat keluar pergi dating, dapat tidur atau tengok cerita Korea pun best kan? Dapat makan cekodok sayur dengan family pun best kan? Dapat duduk rumah main Mobile Legend pun best kan? Semua best kan? Syukur lah masih dipanjangkan umur. 

Pinterest


Bila dah masuk Isnin, start kerja cari duit supaya dapat dihabiskan next weekend pulak. Gitulah permainannya.

Pagi ni Msred ke PWTC. Nantila next post ke cerita ke, tak yah cerita ke. Tengoklah rezeki. Hehehe.... 

Saja nak share beberapa favourite quotes Msred.




Quotes ni sangat sesuai ditampal kat office atau kat mana-mana tempat you all buat kerja. Kalau Msred rasa malas semacam je nak buat kerja, Msred renung-renunglah quotes ni dengan harapan dapatlah memberi semangat dan menghilangkan rasa malas yang berlegar dalam jiwa.

You all pun jangan layan malas tu. Penyakit bahaya tu. Boleh buat blood pressure naik. Bahaya. 

Last, happy Monday you all.

Disember 15, 2017

WEDDING ANNIVERSARY

Assalamualaikum,

Di harap semua blogger dan pengunjung sihat dan dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Stay beautiful always.


Pic from Pinterest


Hari Isnin lepas 11.12.2017, wedding anniversary Msred dan boyfriend, 11 wonderful years together as a husband and wife, alhamdulillah. Semuga diberkati selalu.

Boyfriend kerja dan kita orang takde plan nak celebrate. Cuma makan-makan dan kek je kat rumah dengan anak-anak. Kalau ada masa dan ada rasa nak celebrate, hujung bulan nanti ke kalau ada rezeki. 

You alls doakan yang baik-baik yea untuk MR sekeluarga. Amin and thank you.

Sempatlah buat journal page untuk anniversary tahun ni.






Disember 13, 2017

MYADEEK SEKARANG DENGAN SHOPEE

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang kedai kecil MR dah join Shopee. Hari Selasa haritu dah settle listing, tapi hari ni baru dapat inform kat blog.

Jomlah jengah kejap.





Kalau korang ada idea, pandangan, pendapat atau tak berapa nak puas hati ke berkenaan kedai kecil MR, komen lah kat sini. MR sangat hargai. Kalau nak kritik pun takpe tapi biar berhemah bersopan dan niat Lillahitaala. InsyaAllah, baiklah hasilnya.

FB dan IG link untuk @myadeek ada kat sebelah kanan atas dan icon yang floating kat belah kiri.

Thanks semua !!! Have a nice day.







Disember 11, 2017

PROJECT DIY 3D PUZZLE

Assalamualaikum,

I love Monday. Dont have any problem with Monday. We love each other. Tehee... Dont hate Monday, Just make it fun.

Ni project bulan lepas. Project suka-suka release tension. Macamlah tension sangat.

Beli 3D Puzzle ni masa pergi bercuti ke China bulan Oktober hari tu. Bulan November baru dapat buat dan siapkan. Itu pun seminggu baru siap. Bagi orang yang suka benda-benda DIY dan cute-cute ni, projek macam ni memang best. Best je melayan buat 3D puzzle kecik-kecik ni. 

Bila dah siap puashati. Letak kat rak buat display pesan kat anak-anak siapa berani usik Mama gigit dia. Tehehee...

Ni gambar progress pembikinannya. 















Serious cute. Nak kena beli next set pulak. Bahaya addiction. Tu belum beli Doll House lagi tu. Hehee....




Disember 08, 2017

SUPPLIES UNTUK PLANNER AND JOURNAL

Assalamualaikum,

Jumaat yang barakah. Kita sama-sama usaha supaya Jumaat kita terisi dengan segala kebaikan dan sunnah Rasul, insyaAllah.

Dalam entry yang lepas Msred ada cerita pasal Journal dan Planner MR. Dalam entry ni MR nak kongsi supplies yang MR guna.

First, MR selalu guna water colour dalam journal MR, biasanya untuk background. MR suka sangat watercolor background, simple dan interesting. Watercolor yang MR guna, Sakura Koi Watercolor Pocket ni. Love the colors dan color dia blend cantik dengan kebanyakan jenis kertas sketch dan yang beratnya 80 gsm dan ke atas.






Second, MR suka sangat washi tape. Colorful, banyak pattern dan ceria. Mostly MR suka kawaii wahis tape. Kucing, abstact, kartun, yang cute-cute lah. Sometimes suka juga yang vintage washi tape. Ini gambar sebahagian washi tape MR.





Then supply yang biasa MR guna, of course sticker. Again, MR suka sticker yang kawaii and supercute. Tapi kat Malaysia ni susah sikit nak cari sticker kegemaran MR macam, Sanrio brand, Disney, Gudetama, Pusheen, Sumiko Gurashi. Kebanyakannya brand Jepun yang terkenal dengan trend kawaii diaorang. Cer korang google kawaii sticker, super cute seriously.








Then, of course pens. I am addicted to pen and washi tape. MR suka sangat beli pen, pen yang kawaii, sebab tu selalu lepak Popular bookshop, Daiso. Favorite MR Sarasa pen set, Mildliner set, Pentel Fude Touch Sign set. Pen ni memang terkenal dengan smooth writting compatible dengan kebayakan jenis kertas yang 80 msg ke atas, no bleed trough.






My lattest interest is Fountain pen. Ini MR punya Fountain Pen yang pertama. TWSBI Eco Fine Nib in white. Super adorable, write smoothly dan sesuai untuk kegunaan seharian. Dakwat yang MR guna, Pelikan Edelstein color Onyx. Kalernya black with shading and slightly grey. MR suka sangat ink ni dan berangan nak beli next Fountain Pen, TWSBI Eco in Turquoise dan ink Pelikan Edelstein color Smoky Quartz [ brown ].




Last, stamp. MR memang suka guna stamp cuma MR malas part cleaning. nak bersihkan ink dari stamp Tehehee... Ada stamp vintage dan kawaii. Dalam gambar ni stamp kawaii sesuai untuk planner dan journal. Cute.






That's it. Hope you enjoy my entry. Kalau nak tanya apa-apa, komen k.

Have a nice day.



HARI PERTAMA

Assalamualaikum,

Semalam hari Khamis. Semalam hari first day ganti puasa Ramadhan yang tinggal tahun lepas. Tinggal sebab masa tu dalam pantang dan takut susu badan berkurangan. So, ada sebulan puasa nak ganti, baru start semalam.



Oleh sebab first day puasa lepas lama tak puasa, lepas tu tak sahur lagi sebab malas nak bangun sahur sorang-sorang, penat jaga Cik Nin sekali, penat gila. Pagi ok lagi. Masuk petang dah lembik. Hari panas pulak tu. [Alhamdulillah baju basuh sidai kering]. Lembik mengalahkan budak darjah satu baru belajar nak puasa. Over betul.

So petang memang tak buat kerja. Jaga Cik Nin je. Tanda-tanda penuaan ketara, dah tak sekuat dulu.

Disember 06, 2017

JURNAL, DIARI DAN PLANNER

Assalamualaikum,

Halfway through the week. Alhamdulillah untuk semua yang telah Allah kurmiakan. Semuga Allah jadikan kita hamba yang bersyukur.

Akak kata dalam entry yang lepas, akak nak share tentang salah satu aktiviti 'me time' akak. Kisahnya  gini. Akak start tulis journal sejak zaman belajar dulu. Akak memang suka menulis. Akak suka tulis apa akak fikir, perasaan akak, pandangan, pendapat. Dan akak suka journal what happen in my life, snippet, moment. Cuma dulu akak journal cuma pakai pen dan notebook je.

Sekarang ni, upgrade to Art Journal. Still journal macam dulu. Tapi sekarang page untuk journal tu akak decorate dulu sebelum journal. Decorate pakai watercolour, stamp, sticker, craft paper dan washi tape. Nanti cerita pasal supplies yang akak guna untuk art journal dalam next entry, insyaAllah.




Akak guna Travellers Factory punya products untuk Art Journal akak. Akak pakai Travelers Notebook leather cover untuk cover dia dan kat dalam dia ada 2 notebook atau dipanggil insert. Jom tengok Travelers Notebook akak dalam video kat bawah ni.




Video ni akak punya Travelers Notebook juga tapi size passport. Same size dengan passport. Notebook ni akak bawak kehulu kehilir sebab dalam ni ada planner akak. Dalam ni ada 3 notebook atau insert. First untuk planner. Second untuk Personal notebook dimana akak journal segalanya, rahsia akak, hitam putih semualah. Senang nak journal on the go. Third insert, Note untuk note taking je.




Dalam video last kat bawah ni pulak akak punya diari. Snippet Dan moment hidup akak. Apa yang terjadi setiap hari akak rekodkan. Notebook in akak guna Midori products, MD Notebook. Akak suka notebook ni sebab size A6 nya sangat convenient bagi akak, kertas dia best sangat. Boleh guna all kinds of pen takde bleed through dan sesuai pakai Fountain Pen.





Tiga notebook ni penting pada akak. Art journal untuk ekspresi semua dalam hati dan otak dalam bentuk art. Diari untuk rekod sejarah akak dan family. Planner untuk plan akak punya 'To do list' dan list kan future event dan appointment. And I love them all.





Planner sangat in sekarang ni. Trending. Korang pakai planner tak? Pakai planner apa?







MYADEEK KEDAI BAJU BUDAK SERIOUS MURAH SERIOUS CUN

Assalamualaikum,


Alhamdulillah. Ada rezeki nak buat online business kecilan. Akak jual baju serious murah, tapi serious cun. Serious akak susah nak agak apa yang orang akan suka, baju macamana fesyen macaman kaler ape. So akak decide nak pilih yang cun kat mata akak.

Jemputlah tengok-tengok kat IG atau FB @myadeek.

Kat bawah ni ada sikit sneak peek baju-baju serious murah yang ada kat @myadeek. Jomlah shopping. Nanti boleh pakai waktu gi bercuti sempena cuti sekolah ni.







Kat bawah ni IG dan FB MyAdeek. Kat tepi atas kanan pun ada link. Jomlah like like. Terima kasih. yea.







Disember 04, 2017

GARA-GARA UMI NAZEERA

Assalamualaikum,


Monday blues? Akak sejak muda takde symptom tu. Akak memang takde problem dengan si Monday ni. Akak dengan si Monday ni cool je, baik je. Dah dua hari recharge bateri during weekend, dah spend happy time dengan family, so energy tip top, emosi pun stabil. Stress level dah turun. Nanti tengoklah Jumaat nanti stress level naik berapa banyak. Tehehe...

Walau apa pun, appreciate everything we have. Sekejap je Allah pinjamkan kat kita sebemlum Dia ambil balik.


Umi Nazeera



Dalam entry yang lepas, akak ada kata nak cerita pasal nick name anak akak yang berumur 7 bulan, Naznin Najiha. 

Kisahnya, akak ni minat sangat Umi Nazeera pelakon comel tu. Akak suka filem dan watak Umi dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Nama watak Umi dalam filem tu, Cik Nin. 

Waktu akak pregnant, scan baby dan doctor kata insyaAllah baby girl. Akak terus cakap kat husband nanti nak panggil baby Cik Nin. Tak tau lah kenapa teringant Cik Nin dalam cerita Hantu Kak Limah. 


Ada gaya Umi Nazeera ke?...


Bila akak dah dekat nak beranak, husband akak cakap nak letak nama baby Naznin Najiha, nanti boleh panggil dia Cik Nin. Akak terus setuju, makna namanya pun baik. Memang itulah nama anak akak yang last ni, dan Cik Nin lah nama panggilan dia. Semuanya gara-gara Umi Nazeera.



Sambil layan K Drama



Gambar atas tu terjadi bila akak dapat 'me time' selalunya awal pagi atau malam bila Princess Naznin dah tidur. Doing some Art/Creative journal dan Kawaii Journal. Akak start journal dari zaman belajar lagi. Time tu akak panggil tulis diari je. Awal tahun ni baru akak berjinak dengan Art Journal dan Kawaii Journal. Nanti next entry akak cerita detail k, insyaAllah.



Disember 01, 2017

SALAM MAULIDUL RASUL DAN MEMPERKENALKAN PUTERI COMEL

Assalamualaikum,

Salam Maulidul Rasul untuk semua sahabat. Semuga kita dapat jadikan sunnah Baginda Rasulullah cara hidup kita, insyaAllah.



Bulan April 17 haritu, akak nak share yang keluarga kecil akak ni dah bertambah dengan kehadiran seorang Puteri yang serious comel, sopan, baik hati semua lah yang baik-baik. Alhamdulillah setelah 7 tahun boyfriend akak yang 'bongsu' tu jadi anak last, tetiba dapat adik.


Lahir 19.4.2017 dan diberi nama Nur Naznin Najiha. Dia ada nick name yang ada kisah disebalik nick name dia. Nanti share ceritanya dalam next entry, insyaAllah.




Dalam video ni, abang Naznin Najiha si Ian Syamie tengah melayan adik dia berborak. Bayangkan Naznin Najiha waktu ni baru 2 hari dah pandai ajak abang dia borak.



Gambar hari kedua jugak. Baru balik dari hospital. Cute kan? Tehehee...



Gambar hari kedua, kat hospital. Tengah prepare nak balik. Abang-abang kat rumah sibuk tanya bila adik nak balik. 


Alhamdulillah dengan rezeki yang tak disangka ni. Semuga Nur Naznin Najiha membesar jadi hamba Allah yang taat dan dapat berbakti untuk Islam, dianugerahkan ilmu bermanfaat untuk dunia akhirat dan sentiasa bahagia.

Jemput like @myadeek IG kat sebelah kanan atas tu. Terima kasih. 



ALL TIME FAVOURITE