Februari 23, 2018

DEAR DIARY VERSI MSRED

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah Jumaat. Peluang untuk lebih bersedekah. Nabi Muhammad SAW selalu pakai baju terbaik Baginda pada hari Jumaat. Kita pun pakailah baju kita yang paling cantik hari ini, tapi hati-hati, jaga niat. 

Artist : Xi Pan



Minggu ni ujian betul. Dua kali bawak Cik Nen, anak Msred yang 10 bulan tu, ke klinik. Dia demam. Mula-mula tu hari Isnin bawa ke Hospital Shah Alam. Doctor bagi ubat demam je lah. Then semalam bawa ke Klinik Kesihatan sebab badan dia naik macam ruam merah. Penuh satu badan. Doctor check darah suspect demam campak. Tunggu sampai dia call untuk beritahu result dia. 

Kesian Cik Nen, dia selalu demam dan tak sihat. Sekarang ni pun berat dia 6.2 kg je. Doctor cakap dia kurang zat besi, HB dia rendah. Tu pasal selalu senang sakit dan berat badan lambat naik. Doctor cadangkan ambil multivitamin untuk baby. 

Ada sesiapa yang pernah hadapi masalah yang sama? Ada tips tak?

Msred suka tulis journal dan serious since last year, bila Msred berhenti kerja. I love to write. Its therapeutic and fun. Cuma sekarang journal Msred di dekorasikan dengan stickers and washi tape, because I love cute kawaii stuff. Walaupun umur dah lanjut. Dulu kalau journal pasal diri sendiri je, sekarang ni lagi best sebab ada banyak cerita pasal anak-anak. Msred log semua yang penting pasal family Msred hari-hari. Its a fun process for me.

Video ni flipthrough diary/journal Msred untuk last quarter tahun lepas. Hope you all enjoy watching it. If you like it please like or comment or both, and please subscribe. Thank you guys. Love you!!!








9 ulasan:

Maria Firdz berkata...

berikan byk buahan yg kaya vitamin C, buah kiwi atau oren...

aizamia3 berkata...

Dulu saya suka buat macam tu, konon nak ada kenangan tapi makin lama macam takde masa untuk saya teruskan buat tu.. eeem.. :(

Nurul Aziz berkata...

selalu teringin nak buat journal cantik macam tu tapi tak kreatif hahaha

Ana Suhana berkata...

Syafakillah buat cik nen. Semoga dipermudah segala urusan. Salam jumaat buat msred.

Azah Rahaman berkata...

sekarang musim demam kan. mudahan ciknen cepat sembuh. allahumma aamiin

ray berkata...

sukenye tengok video tuuuu

fizalinolie berkata...

Semoga Nen sentiasa sihat. Anak fiza hari tu demam naik ruam2 merah...org tua2 kata panas badan keluar. That why gitu.

Samalah kita Msred, suka tulis blog. Happy bila ada blog... Terapi diri. Hehe...

HeNRieTTa JoSe berkata...

moga anaknya cepat sembuh....kt cni pown ramai yang brp shat...rata-rata demam...

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Semoga cik nen cepat sembuh.. dlm proses nak membesar ni kan, pelbagai masalah dan dugaan yang kena hadapi.. moga mak pon tabah okey..

ALL TIME FAVOURITE