Mei 28, 2018

MY LIST OF SELF CARE

Assalamualaikum,

Baru Ramadan 12 Msred dah rasa penat dan mengantuk. Kadang-kadang bila ngantuk tu melampau sampai tak daya nak buka mata macam makan ubat tidur je. Msred memang jenis kuat tidur malam, so kalau tak cukup tidur malam start la tersenguk-senguk je kepala start lah cranky dia mengalahkan budak kecik. Tapi kenalah bertabah, Ramadan bukan selalu, bukan lama. 

Msred list down antara aktiviti favourite Msred untuk stay happy and rejuvenate. Hehee... bila happy takdelah nampak stress. Nanti nampak tua. 


https://8-images.blogspot.my/2018/03/
quotes-there-are-two-times-when-you.html


  1. Minum hot chocolate atas katil atau kerusi rehat sambil baca buku novel.
  2. Tulis journal atau scribble je apa-apa. 
  3. Binge watch Runningman atau apa-apa Kdrama atau Japanese movie. 
  4. Pakai mask waktu siang. 
  5. Decorate journal atau planner dengan sticker atau washi tape. 
  6. Masukkan apa-apa yang Msred berkenan dalam online shopping cart. Tak semestinya beli. Hehee....
  7. Tukar setting meja.
  8. Tukar handphone punya wallpaper. 
  9. Wassap husband kacau dia kat office. 
  10. Beli baju atau toys Cik Nen [anak perempuan Msred yang last], online.
  11. Spontaneous road trip. Ini berangan je lah. Tak pernah dapat spontaneous. Semuanya properly plan sebab ada anak-anak yang nak diuruskan. Tak boleh nak tiba-tiba je nak gi bercuti.


Agaknya, list you all's berapa panjang yea? 

Mei 25, 2018

5 THINGS I CAN'T LIVE WITHOUT

Assalamualaikum,

9 Ramadan dah, Alhamdulillah. Harap Ramadan you all terisi dengan baik macam yang dikehendaki Allah. Ramadan Msred ada naik turun. Ada hari bersemangat ada hari kurang semangat sama ada sebab ngantuk atau penat. Walau apa pun sama-sama kita usaha yea. 

Hari ni kita share 5 benda yang Msred can't live without. Can't function properly kalau takde benda ni. OK over, hahaaa.... Essential yang selalu ada di sisi. 

Hot chocolate



Dulu Msred heavy coffee drinker. Always ada coffee. Kadang-kadang Msred buat coffee pakai 2 sachet untuk 1 mug. 1 sachet dah tak cukup kuat. Tapi disebabkan faktor kesihatan, Msred dah berhenti minum coffee. Tukar hot chocolate pulak. Setiap pagi takleh miss. Petang during tea break. Malam nak tidur. Kadang-kadang rasa badan makin comel disebabkan banyak minum chocolate. 

Passport size Traveler's Notebook 


Sekali purse. Msred malas nak pakai purse. Bukan selalu ada duit pun dalam purse. Ada debit card, ic, lesen, mph card dan mykid anak-anak. Purse perempuan kebanyakan besar, tu yang malas nak pakai. Kosong je tak banyak benda. So sekarang Msred letak semua card dan cash dalam Traveler's Notebook ni. Senang. Dalam ni ada notebook untuk personal dimana Msred tulis je apa Msred nak tulis, macam diary. Lagi satu notebook untuk kerja. Senang. Lagi pun Msred suka leather dia. 

Handphone 

masih dgn Note 5

Ini biasa. Terlalu rapat sangat dengan handphone sampai Msred pun takut. Bersosial dengan kawan-kawan, berhubung dengan family, buat kerja, tengok cerita, cari info semua guna handphone. Pengaruh sangat besar dalam hidup kebanyakan kita ni, sampai kadang-kadang hati tak tenang kalau handphone takde, rosak ke tinggal Kat rumah ke. Takleh bayang kalau takde handphone sehari. 

Regular size Traveler's Notebook 


This one pun selalu ada di sisi. Selalu bawak ke mana-mana. My creative outlet di mana Msred buat art journal, quote journal Msred. I need to be creative, I need my art, kalau boleh hari-hari nak buat. Kalau tak sempat bila ada masa je lah. Tapi nak kena ada di sisi. Kalau tak sempat nak buat, belek-belek selak-selak je pun jadi. Orang yang tak minat memang tak faham. I'm not weird, just special. Hehee....

Family


Of course. Who can live happily without one. Sayang family. My one of the reason to wake up everyday. The reason for me to keep fighting and be strong. Salah satu sebab kenapa berhenti kerja yang Msred suka. Nak jaga anak sendiri biar dia orang selalu depan mata. Puasa hati. Kalau Msred pandai, silap-silap Msred home school kan je dia orang. Can't live without them. Alhamdulillah for my family and for everything else, too many to list down. Alhamdulillah. 


You all kalau ditanya satu benda yang tak boleh takde dengan you all, apa yang paling atas sekali dalam list?



Mei 22, 2018

JANGAN IKUT NAFSU SANGAT LA

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ke 6 dah. Dulu masa kanak-kanak seronok nak sambut Syawal. Ramadan tak berapa nak sambut. Bila dah tua ni baru rasa seronok sambut Ramadan. Dah tahu apa kita akan dapat kalau kita sambut Ramadan dengan cara yang betul. Dah tahu apa ganjarannya, barulah rasa seronok.

Kagum tengok orang yang dapat khatam Quran dua tiga kali dalam bulan Ramadan ni. Msred tak pernah lagi ada rezeki nak khatam dua tiga kali. Khatam sekali adalah dapat Alhamdulillah. Itupun kalau Allah tak tolong tak mampu agaknya. Ustaz kata, kalau rasa susah sangat nak buat amal, minta tolong dengan Allah sungguh-sungguh, InsyaAllah ada rezeki Allah tolong. Nasihat sahabat, tak dapat banyak buat sikit tapi make sure istiqomah. InsyaAllah.

source : https://www.facebook.com/
Muslimknowledge-1561486514129414/


Setakat 6 hari puasa ni belum ada berbuka kat luar, buka Kat rumah je. Jimat dan mudah bagi Msred. Kalau nak buka luar nak kena reserve tempat, kena keluar awal, bersesak dengan orang ramai. Muda-muda dulu rajinlah buat macam tu. Dah tua ni malas. Nak pergi bazaar Ramadan pun malas. Tapi husband pergilah. Nak beli kueh untuk anak-anak alasannya. Tapi Msred tengok apa yang dibelinya banyak yang favourite dia je. Kekeke...

Tak sabar nak tunggu 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha tingkatkan amal supaya dapat Lailatul Qadar yang best sangat-sangat tu. Start dari sekarang doa banyak-banyak supaya Allah rezekikan kita dapat malam Lailatul Qadar tahun ni. Amin. 

Korang buka puasa jangan ikut nafsu tau, nanti baju raya naik size pulak tahun ni. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Hahaa.... 


Mei 17, 2018

PLANNER UNTUK SEPANJANG BULAN RAMADAN

Assalamualaikum,

Syukur masih direzekikan untuk bertemu Ramadan tahun ini. Semuga Allah dipermudahkan usaha kita untuk beramal sepanjang Ramadan ini. Semuga kita direzekikan bertemu Lailatul Qadar yang didamba. Semuga segala amal kita diterima. Ustaz nasihatkan eloklah kita menyambut Ramadan dengan memperbaharui taubat kita. Sama-samalah kita usahakan. Semuga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amin.
Minggu lepas, Msred dah siap-siap decorate planner untuk bulan Ramadan ni. Sebulan terus, senang. Siap-siap supaya Ramadan nanti takdelah guna masa lama sangat nak update planner. 











Msred juga buat Ramadan tracker untuk keep track apa yang Msred rancang nak buat sepanjang Ramadan ini. Msred akan tick kotak setiap kali kalau Msred dah buat apa yang Msred nak buat. Senang nak tengok banyak tinggal ke tak. Harap-harap biarlah dapat tick semua kotak. Msred tak plan nak buat banyak-banyak takut tak istiqomah. Biarlah sedikit tapi istiqomah. Kalau you all's ada idea nak tambah lagi apa yang Msred boleh buat untuk Ramadan ni tinggalkan komen yea. Sangat Msred alu-alukan. 




Dan pada sesiapa yang nak tengok macamana Msred prepare planner Msred untuk Ramadan ni, kliklah video di bawah. Terima kasih. 

Have a baraqah Ramadan you all's. Jangan kejap dunia je. Peringatan untuk Msred dulu





Mei 15, 2018

SALE BAJU RAYA

Assalamualaikum,

Lagi sehari dua Ramadan akan datang semula. Lama dah kita tunggu. Kebanyakan kita tahu kebaikan dan manfaat bulan Ramadan untuk kita umat Islam. Mari kita sama-sama tanam azam untuk jadikan Ramadan sebagai platform, permulaan, sebab dan pemangkin supaya kita jadi lebih Islam lagi untuk bulan-bulan yang lain. Practice untuk jadi Muslim yang terbaik masa Ramadan ni, supaya dapat jadi panduan pada bulan-bulan yang lain, InsyaAllah. Dan sama-sama kita doa supaya kita semua mampu lakukan yang lebih baik dari Ramadan sebelumnya, InsyaAllah, amin. 

click picture....shopee: izazatul

Alhamdulillah dalam bulan Ramadan ni ada yang dapat rezeki lebih sikit oleh kerana persedian menyambut Ramadan dan Syawal. Msred harap Allah murahkan rezeki kita supaya lebih mudah kita nak buat kebaikan, InsyaAllah, amin. 

Nak war warkan Msred buat raya sale di shopee Msred. Jual baju kanak-kanak. Dah start dua minggu dah. Banyak yang dah habis stock, Alhamdulillah. Harap dapat habiskan during Ramadan ni, amin. Ni yang buat sale tu nak kasi habis, InsyaAllah. You all bolehlah tengok-tengok kalau ada yang bekenan. And thank you in advance pada yang sudi tengok-tengok dan yang sudi beli-beli. You all semua memang awesome. Thank you so much. 

Jangan lupa betulkan niat luruskan langkah di bulan Ramadan ni. Sama-sama kita usaha. 


Mei 14, 2018

APA ADA DALAM PEN CASE

Assalamualaikum,


Alhamdulillah segalanya masih tenang. Last week banyak sangat happening and long weekend, minggu Msred jadi kurang productive. Dalam weekly planner, banyak kotak yang tak tick, to do list not done dan brought forward ke minggu ini. 

Tapi yang bestnya long weekend, dapat spend time dengan family lama sikit. Hari Jumaat, tanpa perancangan decide pergi Cameron Highland dua hari satu malam. Alhamdulillah. Walaupun sekejap dapat rehat dengan family sambil borak-borak pasal poliotik Malaysia. Hehee... Apa-apa pun pilihan kita, keputusannya, semuga tak merosakkan Malaysia hingga generasi seterusnya dan tak melemahkan Islam di Malaysia. Amin.

Kali ni secara santai, Msred nak share apa yang ada dalam pen case Msred. Semuanya my current favorite stationery supplies yang Msred biasa guna untuk note taking dan journaling. Ini pen case Msred yang baru di beli di Kokuyo Malaysia, jauh lebih murah dari Smiggle idaman hati. Haha... Apa-apa pun kenalah warna merah yea dah? 





Kalau nak tengok isi dia jom tengok video ni sekejap. Semuanya kesukaan Msred buat masa ini. Banyak lagi stationery kesukaan Msred tapi belum ada alasan nak beli. So, yang ini saja dulu.

Enjoy watching!!! Kalau best Like lah, kalau interested nak tengok video Msred yang lain, jangan lupa subscribe yea. Thanks you all. Happy Monday!!













Mei 08, 2018

QURAN JOURNAL SEMPENA RAMADAN

Assalamualaikum,

Msred terjumpa Quran journal challenge ni di Instagram da decided nak cuba buat. Journal ayat-ayat yang berkaitan al Quran. Ini list ayat-ayatnya. Challenge ni start 1 May haritu. 



Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred yang Msred selalu bawa ke mana pun. Senang nak buat bila sempat dan senang nak baca. Msred cuma tuliskan maksud ayat dan sedikit nota berkenaan ayat tersebut. Msred tak tulis bahasa Arab takut tak mampu nak jaga notebook ni sebab kadang-kadang beg tangan letak Kat bawah je. You all pun join lah. Tulis biasa-biasa je pun takpe. InsyaAllah sama-sama kita cari ilmu. 

Surah al Baqarah, 185

 Surah Ibrahim, 13

Surah al Waqia. 77-80

 Surah al Baqarah, 23

Surah Yunus, 38

Surah Hud,13


Nak tengok tak apa Msred buat dengan gambar-gambar Msred? Jom tengok video baru kat Channel Youtube Msred. Thanks yea and enjoy!!


Mei 07, 2018

FOUNTAIN PEN DARI CHINA

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah Msred memang suka sangat stationery. Suka beli banyak-banyak walaupun belum tentu pakai semua. Sampai sekarang minat tu belum hilang. Salah satu stationery item yang Msred Suka, fountain pen. Baru nak belajar pakai, sejak tahun lepas.

Bawah ini antara koleksi yang ada dalam simpanan Msred. Ketiga-tiga fountain pen ni buatan China. Walaupun kebanyakan  fountain pen buatan China ni dikatakan kurang quality dan banyak 'inspired' dari design fountain pen yang popular, tapi kalau nasib baik dapat pen yang agak berkualiti dan sedap pakai, sedap tulis.



Yang first ni, Wancai Moonman Mini. Kecil je size dia, cukup-cukup panjang tapak tangan Msred je. Cuma kalau nak tulis, dia punya cap tu kita letak bahagian atas pen, baru panjang sikit rasa balance nak tulis. Rasa sedap tulis dan Msred suka design dia. Size dia kecik senang bawa kehulu hilir.



Yang ini pulak Jinhao 992. Body dia clear, kita boleh tengok ink Kat dalam dia. Fountain pen paling murah yang Msred Ada. RM 12.00 harga dia tapi yang ini orang bagi. Staff Pen Gallery yang baik hati melayan Msred setiap kali Msred datang kedai dia. Menulis dengan pen ni best, smooth je. Design dia pun cantik Dan size dia ok lah kalau nak bawa ke sana ke mari.




Yang ketiga ni Jinhao X450 flex fountain pen. Yang ini size dia besar sikit dan rasa chubby bila dipegang. Berat sikit dari average pen. Bila menulis rasa smooth. Cuma problem dia, pen ni mungkin category 'wet' pen. Maksudnya bila kita menulis, pen ni keluarkan banyak dakwat, so lambat kering. Tulisan pun jadi tebal dan ink nampak pekat dari biasa. 




Nanti InsyaAllah Msred akan upload video pasal fountain pen ni kat YouTube channel Msred. Overall Msred suka ketiga-tiga fountain pen ni. Tak boleh nak komplen banyak sebab harganya murah. 



Video baru Msred. Terima kasih pada yang sudi tonton. Kalau suka video no like lah. Kalau nak tengok lagi video macam ni jangan lupa subscribe channel Msred. Thanks you all. Enjoy!!


Mei 04, 2018

WASHI TAPE KESUKAAN MSRED

Assalamualaikum,

Salam Jumaat beautiful peeps!!! Sama-sama kita usaha penuhkan hari ini dengan Sunnah Rasul kita, InsyaAllah. Makanan hati. Tak sabar tunggu Ramadan. Harap kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik supaya dapat banyakkan amal bulan Ramadan nanti. InsyaAllah. Amin. 

Pagi ini Msred nak share salah satu craft supplies yang menjadi kegemaran Msred. Washi tape. Jangan tanya apa definisi washi tape. Just tengok je gambar, self explanatory. Hehe...



Ini washi tape yang menjadi favourite Msred buat masa ini, ada yang cute and vintage. Jemput jamu mata. 







Ini sebahagian daripada koleksi washi tape Msred. Ada lagi dalam kotak container. Dah takde tempat nak simpan. So Msred destash sebahagian daripada koleksi washi tape Msred kat Carousell. Msred jual per metre. Murah sangat sebab nak destash je. Nak create ruang dalam kotak supaya senang nak beli baru. Tempat Simpan washi limited so tak boleh Simpan banyak washi tape dalam satu masa. Hehee... 

Carousell Msred username dia izazatul. Jemputlah tengok-tengok apa-apa yang ada dijual. 

Last untuk hari ini, video baru di channel youtube Msred. Bolehlah you all tengok macamana Msred guna washi tape ni. Thanks you all. Have fun.



Mei 02, 2018

DIA SUKAKAN PERHATIAN

Assalamualaikum,






Alhamdulillah, last 2 week, 19 April 2018, Cik Nen dah setahun. Membesar dengan sihat, cute, tak banyak kerenah, mengembirakan hati, menyenangkan. Cik Nen jugaklah peneman Msred di rumah buat kerja, masak dan berkemas.Teman tengok cerita. Tolong pilih barang bila gi shopping. Heheee... semualah. Girls happy time. 





Celebrate kecilan kat rumah MIL hari Jumaat 20 April 2018. Seronok Cik Nen bila jumpa kakak-kakak cousin belah husband. Cousin belah Msred lelaki je semua. Kakak-kakak pulak rajin melayan dia main. Seronoklah dia.







Yang best bila time nak tiup lilin, Cik Nen tersengeh-sengeh tau semua orang pandang dia. Suka perhatian gayanya dia ni. Birthday kek ni papa dia belikan kat Four Season. Siap ada bendera Malaysia lagi. Semangat mengundi betul si Papa ni. Hehee..
Apa-apa pun, semuga Nur Naznin Najiha sentiasa dilindungi Allah, diampunkan dosa yang akan datang, sentiasa dalam Rahmat Allah, diberi hati yang dipenuhi iman, diberikan  ilmu yang bermanfaat dunia akhirat dan ditunjukkan jalan untuk berbakti untuk Islam. Amin. InsyaAllah. 

Cekidaut video baru kat channel youtube msred. Thank you and have fun peeps!!





ALL TIME FAVOURITE