Julai 23, 2012

BARU NAK BELAJAR PUASA KE?

Assalamualaikum.....

Salam Ramadhan....

Seronok BW pagi tadi, kebanyakan cerita pasal Ramadhan. Ada yang cerita pasal menu sahur dan berbuka, ada cerita pengalaman puasa pertama sebagai suami isteri, cerita pasal pengalaman terawih dan ada juga cerita pasal shopping raya.


Terasa suasana Ramadhan. Tak kira macamana kita nak spend Ramadhan kita, jangan lupa amal ibadat kita. Sekurang-kurangnya, biar sedikit tapi konsisten dan buat hari-hari, daripada tak ada langsung.

Alhamdulillah, hari ketiga dah Ramadhan. Iffan, boyfriend msred yang umur 6 tahun tu puasa penuh dua hari 1 dan 2 Ramadhan. Tapi hari pertama dia puasa sekejap-sekejap dia datang kat msred cakap lapar nak makan. Msred pujuklah dia.


Masuk tengahari msred pun dah tak larat dah nak pujuk Iffan, msred bawak dia orang keluar. Pergi MPH dan beli colour baru dan colouring book yang baru. Iffan pulak minta nak makan Big Apple, terpaksa belikan sebab kesian dia dah sebut nak buka Big Apple.

Balik tu msred biarkan Iffan main dengan colour baru tu, konon nak bagi dia leka lah sampai waktu berbuka. Nasib baik berjaya buat dia berhenti cakap lapar.

Note : Tahun lepas waktu Iffan 5 tahun dia berjaya puasa penuh 11 hari. Yang lain tu puasa separuh hari. Rahsianya, msred umur 5 tahun dulu tak ada pun puasa penuh. Terel la Iffan. Hahaaa....

- Posted using BlogPress from my iPad

15 ulasan:

- zuriey - berkata...

bgus ajar kanak2 puasa dari kecil

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

okla tu kan dah start belajar..

Nur Fauzi berkata...

kalau di tadika @ sekolah, pening cikgu nak pujuk anak murid puasa hehe..

" cekguu...haus la cekgu...nak minommmmm "

LubLy berkata...

akakkkkkkkkkk...*tepukdahi*

Hidayah berkata...

hehe..
dayah pun suruh hero kecik dayah tu puasa..sama la umurnya enam tahun.
semalam dengan kelmarin dia berjaya puasa penuh..
hari nih tadi masa ambik balik sekolah lapar katanya. tapi dayah pujuk jugak suruh dia tidur kat taska,petang nanti dayah balik keje ambik dia kita singgah bazar ramadhan..harap2 anak2 kita kuat semangat la ek..

tapi anak dayah cuma puasa penuh 3 hari je tahun lepas..hehe..

:D

Asyiqin Haulisah berkata...

oklah tu, pelan pelan belajar puasa. baguslah kecik2 dah nak start belajar puasa. hehe.

Nurrul Hazieqah berkata...

Memang elok ajar mereka yg cilik2 nie berpuasa dari kecil.. lama2 mereka dah biasa.. tak adalah besar nanti liat benor nak puasa... :D

Hanis MY berkata...

tip parenting yg bagus ni...cayalah msred

Unknown berkata...

didik anak dr awl bgus

kitorng da mule pk sal anak2 murid je hehe

anismelon berkata...

terap kan puasa kat budak budak mase kecik nie bagus..xde la susah nanti..

Masya berkata...

baguslah iffan .. alhamdulillah mula puasa dr awalkan...

aamalinaazman berkata...

heeee
kreatifnye la akak ni
heee
kene contohi ni bile dh ade anak ni
kekekeke


comei ;))

aReLaN berkata...

bagus la iffan.keep it up

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

bagus tu awal2 lg ajar anak nanti diorang dh biasa ok la

izz iizza berkata...

sy dulu pun x pernah puasa penuh umur gitu..hihi..anak sy masuk 6 tahun dh boleh puasa penuh..:)

ALL TIME FAVOURITE