Julai 04, 2012

BARU NAK INGAT MAK

Assalamualaikum.....

Time bercinta, banyak masa kita habiskan dengan pasangan daripada mak sendiri. Duit pun banyak habis untuk pasangan daripada mak sendiri. Ini segelintir, buka semua orang ok.

Kalau pasangan ajak date, laju je cakap, 'ok.' Kalau mak ajak temankan pergi kedai, laju je kita jawab, 'mak, orang busy lah. Tunggu orang free dulu k.'

Kalau pasangan minta belanja handphone, laju je kata, 'jom kita pergi beli.' Kalau mak minta tolong belikan baju baru, laju je kita cakap, 'duit tak cukuplah mak, habis bayar hutang.'

Sabar je lah mak dengar alasan kita ni.





Tapi bila putus cinta, tiba-tiba tahu saja nak cari mak suruh dengar kita bersungut dan temankan kita bersedih. Tiba-tiba maklah orang yang selalu kita ingat setiap masa, kita call setiap masa nak meluahkan perasaan. Tiba-tiba rajin melawat mak sambil bawa buah tangan sebab nak mak kita pujuk hati kita yang lara ni.

Tak mahulah macam tu kan? Nak bercinta sakan, bagai nak rak sekali pun, dahulukanlah mak kita. Letak dia nombor satu dalam senarai kepentingan kita. Pasangan kita tak semestinya kekal sebagai pasangan kita, tapi mak sentiasa kekal jadi mak kita walau apa pun terjadi.

Mom, you always number 1 in my heart.

- Posted using BlogPress from my iPad

29 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum msred....ingat lah orang tua kita jgn dilupkan kerana dialah kita hadir dan membesar dgn sempurna...:)

QA's ~ mamapapa berkata...

hrmmm...this is so truekn?huwaaa!!! xabaik betol:(

Admin berkata...

masa dekat tak tahu nak hargai,
bila jauh, pasti merindui..
semoga kita dapat bahagiakan dia
selama dia masih ada :)

Anum berkata...

macam2 kan

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Tanpa mak siapalah kita..
Hargailah selagi hayat ada..
Rindu kat mak..~

Nadiaafarhanaa berkata...

jadi sama2 kita hargai ibu :)

Ayu berkata...

Semoga anak2 kita menjadi anak2 yg berbakti pada kedua ibubapanya, amin...bangga jadi seorang Ibu,kan?:)

Unknown berkata...

inilah kesilapan kita sbg anak2 mudah sgt melupakan mak..

Cho Zila berkata...

betoi... emak kita walaupun marah2 tapi kalau waktu susah dialah yang membantu.. dialah yang mendengar rintihan kita.. emak engkaulah ratu hati ku...

mama maman aka yana berkata...

satu peringatan yg bagus.. dulu2 pun mungkin pernah buat tanpa sedari.. harap2 dpt la diperbaiki lagi.. mak is no one..:)

Nyamuk Terbang berkata...

syang mak :')

Eintan Nurfuzie berkata...

MMM. KLU CIK EN PUTUS CINTA CIK EN DIAM JE... X CETE KT MAK PUN..:)

nadiah eshak berkata...

betul3 . baru nk ingat mak . tak patut . tak patut .

Rawlins GLAM berkata...

Susah senang
Ibu dan ayahlah di hati
Huhuhuu

Msred buat saya nak balik kampung sekarang gak
Uwaaaaa

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tak semua cmtu kan..hihi.

yana-feehily berkata...

salam kenal :)

pasangan blh dicari, tp mak tak blh bertukar ganti..

cik_tyha berkata...

setuju ape yang msred katekan tu,sayangg mak!

Mishter Izwän berkata...

yup, parent kite perlu di utamakan .
even kat mane kite berada, ingat lah mereka dulu. kalau mak pun kite tak ingt, mcm mne kite nk ingt Allah, renung2kan la . :)

Unknown berkata...

setuju tu kak.. camner la agaknya kalau jijah berjauhan dgn mak nanti..pasti sedih...huhuhu dari sbelum kawen dah kawen pon duk gan mak sampai 24tahun.. pasni duk gan suami..rindu mak!huhuhu

izz iizza berkata...

apa-apa seharusnya ibubapa lagi penting kan..

Kayu Manis berkata...

setuju semuanya.:)

Unknown berkata...

Ya betul tu, dahulukan parents kita sebelum orang lain :)

hamzah ian berkata...

betul2..


ssh baru ingat orang tua..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

hargailah mereka selagi masih ada :)

Unknown berkata...

Sayang mak ayah selagi mereka ada.Jangan sisihkan mereka. :)

ct kektus berkata...

mak abah, tetap di hati. :D

LubLy berkata...

dulu..skang lebly lbh realistik..

Nurrul Hazieqah berkata...

TAK BAIK , apa2 pun yg kita ada kerana didikan mereka :D

*JADI MEREKA didahulukan.. :)

aizamia3 berkata...

janganlah hanya ketika susah cari mak.. biarlah senang pun bersama dengan mak dan jugak ayah..

ALL TIME FAVOURITE