Julai 02, 2012

LIKE MOTHER LIKE SON

Assalamualaikum....

WIN BURBERRY BAG @ REEBONZ

Iman Zary Haqimie. Boyfriend nombor 3. Bongsu. Manja tak hengat budak ini. Keras hati and very determined.

Kalau bawa dia pergi Mc D, dia tak makan benda lain sangat. Sangatlah suka makan french fries. Selalunya dia yang habiskan semua fries. Geleng kepala tengok kesukaan dia ini.








Sama macam msred. Suka sangat Mc D punya french fries. Kadang-kadang pergi makan Mc D semata-mata nak makan kentang goreng dia. Menurun dah kat Iman.

Mr Boyfriend cakap, " Itulah pasal. Masa pregnant kan Iman dulu asik makan Mc D. Kan dah menurun kat Iman."

Salah ibu mengandung ke?

- Posted using BlogPress from my iPad

15 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

salah bapak yg mengandungkan..hehehee...

Nadiaafarhanaa berkata...

alah sweetnya... :)

Unknown berkata...

bkn perkara buruk pun kan yg menjadi ikutan si anak.. so apa salahnya dan sememangnya bkn salah ibu mengandung.

Unknown berkata...

untung ada anak boleh tayang2 kat blog..hihi..deqla masih menanti rezeki je ni... :)

Anamarza berkata...

kemana tumpahnya kalau tak ke nasi kan ..hihi

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

betul3...fries mcd lagi sedap hihihi...wani lagi suka fries mcd dari kepci

MAY berkata...

teringt masa zmn hbs spm..kje kat parkson kuantan.dpn tu ad mcd.ari2 terliur bau fries tu.bl gji br dpt g mkn..masa tu rasa byknye duit klu nk mkn mcd!hehee

faraherda.razalan berkata...

Apakata bt fries sendiri?

=D

Azzah berkata...

fries mcd mkn kosong tak cicah sos pun sedap kan?

Salina Mat Isa berkata...

Fries dia mmg sdp..

LubLy berkata...

kan lebly dh kata..like mother like son..tp lebly pun ske french fries..that's mean???

Tanpa Nama berkata...

hehehe...
bkn slh ibu mngandung....
itu namanye mengikut selera mkn....
^_^ hehehe

aizamia3 berkata...

samalah dengan dak Kakak.. dulu masa mengandungkan dia, kerap makan udang yang dipancing en. suami.. sekarang dia addict sangat dengan udang..

zzanyy berkata...

Bukan salah ibu mengandung. McD's fries memang sedap. hehehe I love them too!

izz iizza berkata...

ok la tu..nampak dia happy makan kita pun mesti happy kan..:)

ALL TIME FAVOURITE