Hari sabtu, July 2012, lepas Asar berlangsung majlis Aqiqah Amir Zakwan anak adik msred. Majlis yang simple, tetamu pun tak berapa ramai. Terdiri dari kawan-kawan adik msred, saudara terdekat, jiran dan orang masjid.
Pada mulanya ada masalah sikit nak jalankan majlis ini sebab adik msred baru saja berpindah ke sini, kawasan ini pun belum ramai orang dan masjid pun masih tak ramai orang. Last-last terpaksa minta tolong arang masjid di kawasan perumahan mak msred untuk tolong jalankan majlis Aqiqah, Tahlil sekali dan majlis masuk rumah baru.
Kenderaan dari masjid rumah mak msred untuk ke rumah adik msred ada disediakan. Nasib baiklah ada juga orang masjid di kawasan perumahan mak msred yang sudi datang walaupun jauh sedikit dari kediaman mereka. Alhamdulillah. Mungkin sebab bapa tiri msred pun rajin ke masjid dan baik dengan orang-orang kuat masjid.
Catering dan kambing untuk Aqiqah disediakan oleh orang kuat masjid juga. Kita orang memang biasa ambil kambing dan katering dengan dia termasuk semua Aqiqah anak-anak msred. Kerja sempurna.
Keluarga bahagia, muga terus begitu hendaknya.
Alhamdulillah Imam besar Masjid Seksyen 18 sudi datang mengetuai majlis Aqiqah. Imam memang baik dengan bapa tiri msred. Psss.... Imam ni lah telah menikahkan msred ngan Mr Bf. Yang songkok hitam ada selendang putih tu.
Inillah dia Amir Zakwan, anak kedua adik msred bergambar bersama ibu saudaranya. Mama Amir pemalu.
Sibuk menyuapkan anak-anak makan. Kalau biar dia orang suap sendiri, lambat dan bersepah.
Masing-masing dah penat bermain. Tunggu masa nak balik saja. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Note : Lepas ini kita cerita aktiviti hari Ahad pulak. Macam lah fantastik sangat.
- Posted using BlogPress from my iPad
20 ulasan:
Alhamdullilah
Majlis berjalan lancar
Itu lah untungnya baik ngan orang kan Ms red
majlis bjalan lancar
kite pon tersenyum kan kak
suka tgk smua bjln lncr..alhmdulillah..
Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar dengan jayanya
alhamdulillah smga berjaye melawan Dasim laknatullah :) ooo mama amir pemalu ek heee
pssttt..len kali ajak lebly tau..*tetibewatmkexmalu*
alhamdullilah
alhamdulillah majlis adik msred berjalan lancar kan..
Susah jgk nak buat mjlis klu kawasan tk de org masjid..nsib baik diorang sudi datang walaupun jauh sikit..
Alhamdulillah semua berjalan lancar :)
Alhamdulillah... majlis berjalan lancar.. hee nak tanya ni kambing masak ape tu? mesti sedap kan
alhamdulillah..
nasib baik ada imam gantian kak msred.. Alhamdulillah akhirnya majlis berjalan dgn lancar..
Nmpk tenang je majlis tu. Ctk la rumah.
=D
alhmdulillah...bsrnya umh tu akak....best2...hehe
p/s:pasl uu nnti sya info kat akak..semua ada..hehe
alhamdulillah bjalan gn lancar
Msred,ni email add sy..
suterasyifa@gmail.com
alhamdulillah.. selesai gak mjlis... nsb ada org surau kt lain kn....
rajin diorg dtg dari juah ya..ini lah untungnya bila kita rajin ke masjid kan..:)
assalamualaikum msred...alhamdullilah syukur semuanya berjalan dgn lacar...:)
Catat Ulasan