Jun 02, 2014

BILA UPDATE BLOG DALAM HUTAN

Assalamualaikum....

Walaupun penat, pagi tadi bersiap nak balik. Jauh lagi perjalanan nak sampai rumah. Selepas dua hari meninggalkan rumah, rasa rindu dengan katil sendiri memang dah bertambah-tambah ni. Dah terbayang sampai rumah nanti, insyaAllah nak tidur atas katil sendiri sambil peluk-peluk bantal busuk.

Lepas berhenti breakfast kat pekan tadi, perjalan yang panjang menuju home sweet home diteruskan. Dalam kereta, nak juga update blog. Sebab dah tiga hari blog dan tuan blog cuti sekolah.

Cuba teka kat mana ni kalau terel? Hahaaa....


Tapi bila update blog dalam hutan, line Celcom kesayangan bercinta dah lima tahun ni kejap muncul kejap hilang. Mula-mula buka bloggerdeoid ada line walaupun semput. Bila dah selesai type dah nak send, hilang pulak si Celcom ni. Tunggulah sampai Celcom muncul semula nak tekan send.

Percubaan pertama gagal. Ada saja si Celcom ni saya terus tekan button send. Fail. Kali kedua dia muncul, dengan pantas saya tekan send. Baru berjaya. Entry quote kat bawah tu. Susah tu nak send.
posted from Bloggeroid

18 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

ermm..

PetakBunga berkata...

mna aci buh gmbr sekerat tepi jalan nak kena teka ni..
kalau sign board sipi2 ada gak klu

sitirohaida berkata...

tu yang tak best bila line macam siput

Sally Samsaiman berkata...

hahaha..gagah update dalam keta oii...lol :D

Sis Vee berkata...

alhamdulillah , dapat juga hantar . saya pun sama . walau selesa manapun katil tu , tetap lbh selesa dan nyenyak kat katil rumah sendiri ...

Unknown berkata...

gagah tu nak update jugak walaupun dalam hutan..akeke

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Bila hati dah raser nak menulis kat mana2 pon jadi hehehehe ...janji blog terupdate ..

Unknown berkata...

hehehe tetap nak jugak tu update..tak paa lepas rindu kejap..hehehe..

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam ms red..
amoihh kurlas update blog dalam hutan. ngeh2,, pi mana tu..nk teka gambaq tak cukup klue.. :p

Perjalanan seorang Wanaz berkata...

Update jgn xupdate..ni cm kt kebun sawit je...

Unknown berkata...

Nasib baik baiak boleh send..

Mime MF berkata...

wah2 bercuti di mana tu smp ssh nk dpt line..hehe

aizamia3 berkata...

Nak bagitau kat area situ ada line.. hehehe.. 'ini wilayah celcom'.. ;)

Ibu Lala berkata...

Kalau ada idea memang gagah la update blig walau di mana berada. Celcom skrg ni sll problem coverage. Bosan kan.

el berkata...

lama x update pakai bloggeroid ni ntah mcm ada problem pakai tu..hehehe..dlm hutan pun dlm hutan lahh janji blog update kan

aIEn berkata...

hihi sy pun penah merasa keadaan mcm ni,masa g kursus dkt fraser hill. bkn takat nk update blog or fb nk kol hubby pun xde line =(

Ainim Rashihah berkata...

ehehe...saya kalau pegi jengka confirm tak dapat update blog

Mummydearie berkata...

Sebab itulah saya tak suka bercinta dengan mana-mana telco :) Saya ni tak pernah update blog guna handphone mahupun tab. Maklumlah entri tak pernah sikit jumlah perkataan, naya nak menaip guna handphone.

Alah, Msred... camna nak teka. Gambar tu macam kat kampung saya pun ada gak!

ALL TIME FAVOURITE