Salam you alls,
Seronok kawen ni. Semua orang nak kahwin. Hampir semua orang suka sangat kahwin. Happy betul kalau dapat kahwin. Baguslah. Rasul kita pun suruh kita kahwin. Eloklah kalau kita kahwin. Dapat menyambung zuriat.
Apa niat kita nak kahwin? Nak dapat anak? Nak hidup bersama dengan orang yang kita cinta? Nak bina keluarga? Nak menghalalkan yang haram?
Ada macam-maca sebab kita kahwin. Tapi kebelakangan ini, alasan popular pasangan muda terutamanya, untuk berkahwin adalah untuk mengelakkan zina. Daripada kita lakukan maksiat, lebih baik kita kahwin.
Ada juga yang belum cukup duit nak buat kenduri kahwin, minta keluarga cepatkan majlis kahwin dengan cara sederhana. Lebih baik dicepatkan daripada ditangguh sebab takut kalau dilambatkan boleh mengundang zina.
Niat berkahwin awal untuk mengelakkan zina ini bagus. Baik niat tu. Tapi biarlah itu bukan niat utama atau satu-satunya niat berkahwin.
Cuba bayangkan kalau kita berkahwin cuma kerana nak elakkan zina. Akan tercapaikah matlamat perkahwinan dalam Islam yang lain? Kalau niat berkawin pun sebab nak cepat-cepat menghalalkan seks, akan terpeliharakah tujuan utama Islam menyuruh kita berkahwin agar dapat kemuliaan dari Islam dari perkahwinan? Alhamdulillah, bila kita berkahwin, seks jadi halal. Tapi kejarlah juga matlamat lain perkahwinan menurut Islam. Jangan sebab nak menghalalkan seks sahaja.
Matlamat perkahwinan menurut Islam
1. Mendapat kemuliaan dari Islam dengan perkahwinan
2. Mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan
3. Perkahwinan menyempurnakan Iman
4. Meletak syahwat ditempat yang halal
5. Membina generasi yang gemilang
Cuba check matlamat perkahwinan dalam Islam. Sama tak dengan matlamat kita berkahwin atau nak berkahwin?
- Posted using BlogPress from my iPad