Oktober 25, 2011

LEBIH BAIK REDHA DARI PASRAH

Salam you alls,

Bila kita diturunkan ujian oleh Nya, kita dikehendaki redha dengan ketentuannya Nya. Benar-benar redha dan menerima apa saja nikmat dan musibah dari Nya dengan rasa senang dan tidak ada rasa putus asa atau kesal.

Tak ramai diantara kita yang mampu redha sepenuhnya menerima musibah yang datang. Walau pun ramai yang mengatakan kita redha, tapi hati tak sepenuhnya menerima dengan senang. Kita cuma pasrah terima ujian tersebut.

Redha dan pasrah ini berbeza.

Redha itu apabila kita tidak mempersoalkan, 'kenapa' kita ...... , 'Macamana kalau' kita..... setiap kali didatangi ujian. Kita terima dengan senang ujian untuk kita dan kita hadapi dengan baik.

Pasrah itu bila kita terima tapi masih mempersoalkan 'kenapa' dan 'macamana kalau' dan masih menangisi nasib malang yang menimpa. Kita terima tapi tidak memaafkan sepenuhnya sesiapa yang menyakiti kita. Kadang-kadang dimulut kita kata redha tapi jauh disudut hati kita rasa kesal dan menangis. Pasrah.

Cuba renungkan. Betul ke setiap kali mulut kita kata redha, hati kita juga redha? Atau hati kita cuma pasrah, terpaksa menerima sahaja apa yang telah ditentukan?

23 ulasan:

ct kektus berkata...

Hmm. Pasrah dlm keterpaksaan mgkn.

Zie Madini berkata...

ye betol tu ms.red. lebih baik redha drpd pasrah. coz if pasrah ianya ke arah keterpaksaan. if redha...ianya ke arah merelakan dgn ikhlas :D

aizamia3 berkata...

pasrah bukan redha..

Unknown berkata...

Baiklaaa

kene redaaaa

Ct Aja berkata...

betui gak kan...kebanyakan 2 pasrah bukan redha...ermmm kene belajar redha pasni...

Tanpa Nama berkata...

hehehe,, betul tu :)

KuNanGKuNanG berkata...

skrg sy tengah bersedih..rasenye ujian ni xla seteruk mane tp agaknye sbb sy xredha kot sy rase sedih sgt2...:(

Unknown berkata...

rupanya selama ini lebih kpd pasrah.. bukannya redha.. erm...

Falling . berkata...

bila gugu da redha,maknanya aty gugu betol2 da hancur~

pena rozie berkata...

memnag betul la...

aamalinaazman berkata...

sungguh redha itu payah
tapi mudah kalau pasrah kan =]

sufie berkata...

rupe2 nya redha dan pasrah itu berbeza~

Zul fattah berkata...

redha itu yg terbaik.. pernah saya lakukan.. sebelum ni, asyik pasrah je..

zahidah seran berkata...

saya tengah belajar untuk sentiasa redha.
mungkin iman masih rapuh...=(

kocix! berkata...

errmm konpius jugak antara 2 nih!

maknenye slame ni kocix pasrah je la.
hurmm..

Kayu Manis berkata...

betul tu..saya pun tengah belajar byk perkara ni..

Cik Pulau berkata...

biasanya apa yang diucapkan tak seoring dengan hati kita...
huhuhu..

Unknown berkata...

yup. redha lebih baik

Faaein Talip Roy berkata...

betul.. bila dah redha.. jangan dipersoalkan lagi kenapa.. thank's mengingatkan..

Pendamba Mawar berkata...

terbaik la

lizz berkata...

redha itu yang terbaikkan....

Farah berkata...

betol2.. redha akan disulam dengan keikhlasan jugak..
kalau pasrah, tak mustahil menimbulkan dendam..

msredcheesecake berkata...

Ct aja, kita belajar yea...

Kunang2, kita belajar sabar dan redha k...

Gugu, bila kita dah benar2 redha, insyaAllah kesedihan itu akan pergi...

Mimie, betul tu... Kita selalunya pasrah je, bukan redha...

Faaein, welkem

Farah, betul tu, pasrah mungkin tak diiringi kemaafan...

ALL TIME FAVOURITE