Oktober 05, 2011

I PHONE 4S, MODEL BARU I PHONE

Salam you alls,

Apple Inc mengumumkan telefon pintar terbarunya, I Phone 4S pada msjlis pelancaran di California awal pagi ini. Dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definasi tinggi HD, memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat dalam I Pad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas dari I Phone 4.



Selain itu, Apple turut memuatkan aplikasi baru 'Pembantu Peribadi' yang diberi nama Siri yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti " Do i need an umbrella today?" sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.

Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan sistem pengoperasian IOS 5 yang berupaya menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.

I Phone 4S akan mula dijual pada 14 Oktober di Amerika Syarikat, Kanada, Autralia, Perancis, UK, Jerman dan Jepun dan dinegara lain pada 28 Oktober.

Pengumuman dibuat ketua pegawak eksekutif baru Tim Cook pada maj
Is pelancaran pertamanya selepas mengambil alih dari pengasas Apple, Steve Jobs yang bersara atas sebab kesihatan Ogos lalu.

Maklumat lanjut, www.apple.com/iphone/

-Posted using BlogPress from my iPad

12 ulasan:

Pendamba Mawar berkata...

tak mampu lagi..keke

sal ya berkata...

ipnone 4s la pulak. huhuhu...

Izwa Kamaruddin berkata...

x minat iphone..huhu..

Anum berkata...

mampu tgk je la

Rawlins GLAM berkata...

Tak jadi la beli iphone baru..huhuhu

nazirah berkata...

wOw menarik tpi mcm tak mmpu je beli bape la hargenye kan huhu

anismelon berkata...

wah..udah udah le..ape yg ade pon tak terpakai..weee..

aamalinaazman berkata...

haihhhh
bile la bole ade seko nihhh

Zul fattah berkata...

dapat tengok je la.. nk beli? jauh lg la

fRaMe+LenSeS berkata...

macam 3G jadi 3GS la.. ohhooo.. :D igtkan terus 5. hehehe

Zie Madini berkata...

nak iphoneee...tp x mampu. parkinson :(

msredcheesecake berkata...

Ials, nape tak jadi?

Nadh, i phone 5 tu asik dengar rumors je....

ALL TIME FAVOURITE