Oktober 28, 2011

NIAT NAK MENGELAK ZINA

Salam you alls,

Seronok kawen ni. Semua orang nak kahwin. Hampir semua orang suka sangat kahwin. Happy betul kalau dapat kahwin. Baguslah. Rasul kita pun suruh kita kahwin. Eloklah kalau kita kahwin. Dapat menyambung zuriat.

Apa niat kita nak kahwin? Nak dapat anak? Nak hidup bersama dengan orang yang kita cinta? Nak bina keluarga? Nak menghalalkan yang haram?

Ada macam-maca sebab kita kahwin. Tapi kebelakangan ini, alasan popular pasangan muda terutamanya, untuk berkahwin adalah untuk mengelakkan zina. Daripada kita lakukan maksiat, lebih baik kita kahwin.

Ada juga yang belum cukup duit nak buat kenduri kahwin, minta keluarga cepatkan majlis kahwin dengan cara sederhana. Lebih baik dicepatkan daripada ditangguh sebab takut kalau dilambatkan boleh mengundang zina.

Niat berkahwin awal untuk mengelakkan zina ini bagus. Baik niat tu. Tapi biarlah itu bukan niat utama atau satu-satunya niat berkahwin.

Cuba bayangkan kalau kita berkahwin cuma kerana nak elakkan zina. Akan tercapaikah matlamat perkahwinan dalam Islam yang lain? Kalau niat berkawin pun sebab nak cepat-cepat menghalalkan seks, akan terpeliharakah tujuan utama Islam menyuruh kita berkahwin agar dapat kemuliaan dari Islam dari perkahwinan? Alhamdulillah, bila kita berkahwin, seks jadi halal. Tapi kejarlah juga matlamat lain perkahwinan menurut Islam. Jangan sebab nak menghalalkan seks sahaja.

Matlamat perkahwinan menurut Islam
1. Mendapat kemuliaan dari Islam dengan perkahwinan
2. Mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan
3. Perkahwinan menyempurnakan Iman
4. Meletak syahwat ditempat yang halal
5. Membina generasi yang gemilang

Cuba check matlamat perkahwinan dalam Islam. Sama tak dengan matlamat kita berkahwin atau nak berkahwin?

- Posted using BlogPress from my iPad

29 ulasan:

zahidah seran berkata...

Kalau niat utk elak zina jek, bila dtg masalah mulala cari lain kata pasangan salah..walhal niat asal dah tak berapa betul...

Anum berkata...

insyaallah masih sama

pena rozie berkata...

Harap sesiapa yg nak kawen semuanyer ade.

Zul De Alexis berkata...

thank kak untuk peringatan bersama

Nasz berkata...

xde pun niat nak elakkan zina. kena betulkan niat. kawin bila dah mampu. pendapat saya je.

Ezad Skytech berkata...

niat tu kena betulkan dulu...kan :)

Unknown berkata...

betul tu msred.. kebanyakkan skrg bila nk kahwin alasan hny kerana nak menghalalkan seks.. perkahwinan bkn seks semata malah lebih dari itu...

Pendamba Mawar berkata...

waw..mekasih kak untuk peringatan ni

Salina Mat Isa berkata...

betul jgk tu..kawin bkn tuk seks je..

anak ayah berkata...

sekarang nie banyak betul yg membincangkan bab2 camnie..
kawen laa...putus cinta laa...
eheh..sy...tengah2..
:)

Rtp Farra Arisha berkata...

nawaitu harus bermula dari awal. so, everything you gonna do, it'll be good as usual including marriage..
your points are true :')

Tanpa Nama berkata...

bagus entry nie :)

Zul fattah berkata...

erk.. betul jugak tu.. ubah matlamat r cam ni..

aReLaN berkata...

time kasih kak red atas pesanan ini....

Unknown berkata...

Yeah its true
kadg2 niat tu penting
bukan kawen sbb nak seks je
nnt ank bini tggal.
Good entry :)

teha berkata...

so , btl kan laa niat nk kawen tu.. hehe

Ct Aja berkata...

brfikir sejenak...mekasih ats nasihat yg berguna ni....

Zahirah berkata...

nak sangat ada ciri-ciri macam dekat atas ni. harap dapatlah. insya Allah. aminn.. :)

akak kena tag! hehe. http://zahiradzul.blogspot.com/2011/10/dunia-tag.html

Tanpa Nama berkata...

Niat biar kerana nyew baru perkahwinan itu d redhai..
Msred!!! lame x singgah blog CK huhu..kn dah kene tag..haa xtau ..

fRaMe+LenSeS berkata...

btoi tu msred. niat kerana ALLAH. ;D moga2 Nadh pn macam tu aa. amin2..

Nizam Ijam berkata...

semoga dijauhkan diri ini dr zina..

kindergartenlibrary berkata...

smoga jauh dari zina ...

niat tu yang penting ~

Turtleman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Turtleman berkata...

Kadang2 owg berkahwin yg sebab nak elak zina ni slalu rumah tangga nampak slow je..sbab kawin atas nafsu semata-mata..cher kawin kerana allah..mungkin rezekih tu mencurah-curah

Aleen Aiden berkata...

maksudnye sebelum kawen sila la kite sesame betulkan niat dulu.hu3

Hanis MY berkata...

Perkahwinan ni besar tanggngjawabnya byk benda kn fakir tp moat mengikut Islam insyaAllah bhgia dunia akhirat...

kotak bulat berkata...

mengelakkan zina juga alasan yg bagus untuk berkahwin.. tak semestinya kena btul2 mampu dri segi kewangan bru leh berkahwin.. bila seseorng ingin berkahwin untk elak zina, ini bermkna dia ingin mendapatkan keredhaan Allah.bukan nafsu semata.. kalau hanya nafsu, tak perlu kahwin pun dorang bolh lepaskan nafsu tu kan..tak perlu halang org berkahwin atas alasan kemungkinan perkahwinan mereka tidak kekal.

sekadar pendapt..
kb tag awak kat entri ni.. http://nazihanali.blogspot.com/2011/10/soalan-membawa-maut.html

msredcheesecake berkata...

Welkem, sharing is caring...

Ridhwan, elakkan zina niat yg baik, tapi harap jgn jadikan ianya satu2 nya niat nka kawen. Biarkah ada nita kerana Allah juga... Kan?

Ck, sori.. Takleh buka blog ck dr ipad la... Nanti msred tengok tag tu k...

Hira, akan lihat tag nya....

Areliff, kawen semata kerana Seks saje susah nak kekal kan...

Kb, kalau boleh, biarlah ada niat lain selain menghalalkan yg haram.... Nak mencari keredhaan Dia dalam berumahtangga contohnya.... Akan lihat tag nanti yea...

aamalinaazman berkata...

ha
betul tu kak
nak kawen awai tu boleh
tapi kene paham konsep perkahwinan tu kan
cm2 mane
kalo main sonok2 jek kawen
x tawlah kesudahan nnti cm mane..

ALL TIME FAVOURITE