Salam you alls,
Sering juga bermain difikiran. Kenapa sarang burung ini, yang cuma diperbuat dari ranting kayu, dedaun, kertas, bulu burung, lumpur, pasir dan macam-macam benda kecil lain, dapat bertahan walau berkali hujan dan ribut datang melanda?
Kalau kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sarang ini, rasanya tak sekuat mana. Tapi tetap utuh melawan kuatnya angin dan lebatnya hujan. Kenapa?
Kekuatannya terletak pada asas pembuatanya. Lumpur, pasir dan tanah yang digunakan dapat mengukuhkan ikatan ranting kayu dan dedaun meneguhkan wujudnya sarang ini. Walau badai melanda, ia tidak akan musnah dengan mudah dengan adanya asas yang kuat ini.
Kita patut mencontohi fenomena alam ini dalam membina sebuah keluarga yang kukuh. Di dalam zaman yang serba pantas dan dipenuhi dangan pelbagai ranjau dan halangan, sangat penting untuk kita membina keluarga kita dengan asas yang tepat dan yang kuat.
Apa asas yang tepat dan kuat untuk keluarga kita? Bagi msred, sayang, cinta dan setia kita pada Dia pasti akan dapat menjadi asas yang paling sempurna untuk mana-mana keluarga sekali pun. Pasti segala ranjau yang datang dapat dihadapi dengan sempurna. Banyak masalah dapat dikurangkan.
Apa yang kita dah buat untuk kukuhkan institusi keluarga kita? Dah cukup kuatkah? Kita usaha ok.
16 ulasan:
sayang, cinta, setia kalau diterima dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kita boleh hadapinya yang penting sekali kepercayaan
pupuk dan amalkan selalu kasih sayang
cinta pada Illahi yg utama.
cinta sesama mnusia kemudian pula =)
usaha tanpa doa pun tak jadi juga. insya Allah semuanya ok :)
Betul tu...kerana kasih syg oleh burung pd ank2nyew, sbb itu Allah memperkuatkan srg burung ini, melindunginya... kita ambillah dia sbgai tauladan
binalah keluarga mengikut lunas2 Islam.. InsyaAllah kuat dan utuh institusi keluarga yg dibina...
kalau pagi jgn fikir tengahari,kalau tgh hari,jgn fikir petang,kalau petang jgn fikir mlm,kalau mlm,jgn fikir pg..fikir skrg..
setuju ngan mes red =)
sesuatu hubungan itu perlu dijalin dgn teliti agar ia kukuh...hehe
nice entry..:)
new entry :: Diam Tanpa Kata ツ
subhanallah..:)
perbandingan yg baik..betul3...
saya setuju.. kadang2 keindahan alam dan keunikan haiwan2 membolehkan kita berfikir sejenak betapa ada kaitannya kita dengan kehidupan mereka. jika haiwan boleh berkasih sayang, napa kita tidak kita yang berakal sihat ini
kasih sayang ibu kepada anak tidak terbelah bagi..
tp skrang ni.. tidak lg.. tong sampah menjadi sarang untuk bayi yg baru lahir..
waw.sangat menarik kombinasi yang digunakan
Dalam apa benda pun, asas kalau tak kuat, memang hancur.
Mcm bangunan KLCC tu, nak buat asas tapak dia dah makan masa bertahun-tahun. Lagi lama buat asas daripada bangunan menara yang tinggi
cinnamon, plan dari sekarang kan...
gen2merah, sentiasa memerhati dan belajar sesuatu...
fauzi, asas yg kita akan bina dulu...
Catat Ulasan