Jun 30, 2012

KOMIK DAN KALER-KALER

Assalamualaikum.....






Pagi tadi lepas mandi dan breakfast, macam biasa kalau weekend, msred akan tanya Iffan dan Ian hari ini nak buat apa? Ian terus cakap nak main kaler-kaler. Iffan pulak nak baca komik Boboiboy. Msred cakap ok.

Meja breakfast kat dry kitchen menjadi mangsa sebagai tempat aktiviti kita orang. Tak tahulah kenapa kita orang suka lepak situ kalau nak buat apa-apa kerja.




Iffan sedang fokus baca komik Boboiboy. Budak baru dapat baca. Tengah eksaited nak membaca. Semua benda dia nak baca.





Ian pulak sibuk main kaler-kaler. Bukan pandai sangat pun kaler-kaler tapi kaler je lah. Daripada dia asik tengok kartun je, biar dia main kaler. Weekdays msred pergi kerja dah sehaian layan kartun je.

Msred, sambil monitor Iffan dan Ian, apa lagi, blogging lah. Iman pulak? Dia main ngan wan dia.

Note : Dah, nak pergi duduk dapur sambil fikir nak masak apa tengahari?

- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 29, 2012

FAIRY TAIL MANGA, NEW FOUND LOVE

Assalamualaikum....

Masa muda-muda dulu msred suka juga layan komik. Ada satu komik tu msred ingat sebab dapat ikut dari episod 1 lagi. Dewata Raya. Lepas baca first episod terus suka dan continue baca. Tapi tak ingat sampai episod berapa.

Itu waktu belajar dulu. Dah lama dah. Lepas habis belajar start kerja dah tak baca komik dah. Dah pandai baca novel. Layan novel pulak.

Hari tu gatal cari-cari manga yang best nak layan dikala boring. Try layan manga Fairytail ni. Terus jatuh cinta dan berminat nak continue baca.







In the land of Fiore, magic is everywhere. Sorcerers are like skilled tradesmen who band together in "guilds" and take on paying assignments for non-magic wielders, like hunting monsters, retrieving lost items or running odd errands.

Lucy is an aspiring wizard who wants to hook up with the coolest guild around, Fairy Tail. One day, she meets a red-headed boy who saves her from a unscrupulous wizard, and before she knows it, she's introduced to the wild and wacky band of wizards of Fairy Tail and begins the adventure of a lifetime.

Main Characters:

Lucy
Lucy is an aspiring celestial wizard, which means she has a ring of magic keys that she uses to conjure up powerful magical entities. Flirtatious and ambitious, Lucy dreams of joining Fairy Tail, a famous (and super-cool) guild of powerful wizards.

Natsu
Red-headed wizard Natsu is a happy-go-lucky guy who loves a good meal and a great adventure. His fire magic is unique, even amongst wizards. He's not only fireproof, he eats fire, shoots fire and super-powers his punches with fire. His major weakness? He's prone to motion sickness and can barely ride a car, train or plane without getting stomach-churning nausea.

Happy
Wide-eyed Happy is a talking blue kitty who is Natsu's sidekick and companion. Happy's not strong, but he wields a special kind of magic called Aera, which temporarily gives him wings and the ability to fly.







Inilah Lucy, Natsu dan Happy, the blue kitty. Cute je tengok Lucy dan Natsu selalu gaduh-gaduh manja. Download dalam ipad senang nak baca di mana-mana walaupun takde internet. Baca kat office boleh?

- Posted using BlogPress from my iPad

BILA KERJA TAK SIAP



Assalamualaikum.....

Hari ini hari Jumaat. Rehat tengahari dari 12.15 sampai 2.45. Dah plan kan pergi SACC Convention Centre sebab ada pameran buku. Tapi cancel. Tak boleh keluar rehat sebab kena siapkan kerja yang tak siap.

Minggu lepas taklimat 3 hari, cuti dua hari. Itu yang tak siap tu. Tambah pulak kejap-kejap berhenti tidur kejap, lagilah lambat siap. Tapi tinggal sikit je. Petang ni boleh siap. Thanks to ibu Nasliza yg sudi tolong.

Tapi keluar juga sekejap, beli lunch. Perut kena isi juga nanti kalau perut kosong tak boleh buat kerja pulak. Terlayan blog pulak nanti.

Beli Seafood Lasagna je. Kenyang jugaklah.





TIDAK PERNAH JEMU

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.

Sedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) shahadah kita. Malah berbilan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat seanjang hidup). Ada sesetengahnya yang sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.

Seandainya kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu saja, malah kita mengulangi bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir seratus kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulangkali dan tidak pernah berubah.

Pernah kah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemubertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? Tidak ernah kan?

Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, maka terasa lazatnya. Malah mungkin makin "ketagih".

Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada ahmat Allah s.w.t. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.

Solusi isu 42

- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 28, 2012

KFC FLAMING CRUNCH




Assalamualaikum.....

Ni kerana terpengaruh dengan iklan dan tengok gambar dalam blog Cik Yui hari itu, maka dinner malam ini msred makan KFC menu KFC Flaming Crunch tu.

Dalam iklan tengok punya lah rangup dan orang kata boleh tahan pedasnya. Mana boleh tahan nak pandang saja. Nak kena try juga. Msred memang suka makan pedas-pedas ni, kalau boleh sampai meleleh-leleh, berdengung telinga.

Ni gambar advertisement....






Ni gambar FC sebelum msred habiskan dengan jayanya. Sedap. Tapi pedas lagi ayam goreng Mc D. 4 bintang.







- Posted using BlogPress from my iPad

BERSIN YANG PELIK





Assalamualaikum....

Tadi dengar Fly FM Pagi Rock Crew. Gila lah dia orang ni. Dia orang cakap pasal all wierd sneeze stories. Kebanyakan twitter or caller cerita pasal bunyi bersin yang pelik yang dia orang pernah dengar.

Mengarut betul semua. Ada macam-macam bunyi bersin kalau mengikut cerita caller-caller tu la. Antara bunyi bersin yang pelik yang dia orang cakap dia orang pernah dengar....






Aahh cho cho cho.... Dah macam keretapi
Aaachooooooo.... Cho dia panjang 6 harkat
Haaa shimm... Ni ada jugak dengar, kesian si Hashim
I love you.... Orang biasa cakap God blessed you lepas bersin (non muslim)
Aa chi.... Ni yang bunyi kecik je biasanya dia tutup hidung dia time bersin

Ada banyak lagi dah tak ingat. Merepek meraban je ceritanya. Tapi time dengar tu memang tak tahan nak ketawa. Dah msred layan ketawa sesorang kat depan PC. Lantaklah orang lain nak kata gila ke hape ke.


- Posted using BlogPress from my iPad

FAVORITE TOY LUAR DARI KEBIASAAN


Assalamualaikum.....



Parents memang rajin belikan toys untuk anak-anak kan? Kadang-kadang kita lebih banyak beli kan toys dari buku untuk anak-anak. Mungkin sebab kita sangat suka bila tengok dia orang happy, tersenyum tak berhenti kadang-kadang bersirak gembira bila dapat toys dari kita. Sanggup beli yang mahal-mahal pulak tu sabab biasanya toys yang best-best semuanya mahal.

Akibatnya budak-budak sekarang bilik dia orang biasanya penuh dengan toys. Macam-macam jenis ada.

Tapi ada satu toys ni, selalu jadi favorite toy budak-budak (bukan semua). Murah saja dan disetiap rumah mesti ada yang serupa atau yang lebih kurang serupa. Toys ni favorite Iman jugak. Iman sukalah sangat main toy ini tak tahulah apa yang best nya.













Dari dia dah pandai merangkak sampailah sekarang suka sangat main bakul. Pernah ada bakul yang dah patah dikerjakan si Iman.

Ada kan budak suka sangat main bakul macam ni? Dah dilarang main dengan bakul-bakul ni tapi Iman buat tak tahu saja. Apalah yang best agaknya?

Agaknya kalau birthday present budak-budak ni kita belikan dia bakul dia orang suka tak?


- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 27, 2012

JENAKA WANITA BERAMBUT PERANG

  




Assalamualaikum....

Joke 1

A blonde walks into the library. She walks up to the counter, SLAMS a book down and screams at the librarian, - "This is the WORST book I've ever read. It has NO plot and far too many characters! "The librarian looks up and calmly remarks -"So, you're the one who took our phone book... "

Joke 2

A blonde and a brunette are taking a walk, and the brunette goes, "Oh look, a dead bird," and the blonde looks up at the sky and goes, "Where? "

Yang mana lagi best? Joke 1 atau joke 2?






- Posted using BlogPress from my iPad

CARA HILANGKAN KESAN MINYAK DI MUKA

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya msred tak share beauty tips. Hari ini msred nak share tips nak kurangkan kesan minyak di muka bila kita keluar. Means that kita tak boleh atau sukar nak cuci muka dengan facial cleanser.

Cara ini memang msred suka sebab berkesan dan sesuai ikut even bila kita pakai make up.

Guna Oil Blotting paper or tissue. Jenama yang msred selalu pakai Johnson's and Johnson's atau ZA.





Cara yang betul nak pakai tissue ini adalah dengan dab kan tissue ke kulit muka. Jangan kesat tissue ke muka sebab nanti akan merosakkan kulit muka dan membuatkan muka bertambah berminyak. Selain itu, kalau kita kesat blotting tissue ke muka akan merosakkan make up yang kita pakai.

So, sentiasalah letak Facial Blotting Tissue dalam handbag. Senang nak guna bila-bila masa.


- Posted using BlogPress from my iPad

BERFAEDAH ATAU SIA-SIA

Assalamualaikum....





Agak-agaknya, kalau dikira, berapa jam sehari kita betul-betul buat kerja kita? Most of us (yang bekerja) kerja 8 to 9 hours a day. Dari 8 9 jam tu, berapa jam did we actually do our work? Do what we suppose to do? Do what we have paid for to do?

Entahlah. Yang pastinya msred memang setiap hari tak cukup 9 jam. Manusia hanya boleh fokus buat sesuatu kerja untuk satu tempoh tertentu sahaja sebelum tahap tumpuan mula berkurangan. Biasanya manusia boleh fokus 30 minit hingga 1 jam.

Kalau dah tak fokus dah msred berhentilah sekejap buka FB ke blog ke atau bergosip 5 - 10 minit pas tu sambung kerja balik.

Boleh ke kita buat kerja 9 hours straight?

Note : Berhenti sekejap between work tak apa, tapi jangan melampau, bos msred cakap.

- Posted using BlogPress from my iPad

HATI DAH BERALIH ARAH

Assalamualaikum.....

I love music. Who doesn't right?

Pagi-pagi di pejabat, start saja kerja pukul 8am (ehem ehem) msred mesti on radio kat handphone. Sumbat earphone kat telinga lepas tu start nyanyi-nyanyi perasan suara macam Ella.

Rotin am msred di pejabat. Kalau tak pasang radio rasa tak best. Rasa malas je nak start kerja.

Pagi biasanya dengar Hot FM sebab nak dengar FBI dan Farah Fauzana merepek pagi-pagi. Mesti Hot FM. Tapi sekarang ini Hot FM tengah rombak segmen dia orang, Hot FM AM Crew dah tukar deejay lain. Dah kurang best. Dah malas nak melayan Hot FM dah. Deejay lain kurang minat.

So hati dah beralih arah. Dah seminggu lebih ni pagi msred layan Fly FM Pagi Rock Crew. Paling best layan Krappi call dia orang. Sama macam Panggilan Hangit. I can laugh again. Love to laugh.

Hot FM, please put FBI and FF on Hot FM AM Crew back. And fast please.


- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 26, 2012

ITU CARA DIA SEMBUNYI



Assalamualaikum....

Malam lepas bagi boyfriend-boyfriend msred dinner, dia orang pakat-pakat main nyuruk-nyuruk aka hide and seek. Tempat nyuruk favorite Iman, my one and a half years old boy, adalah di sebalik langsir dalam bilik msred. Tak tahu lah kenapa Iman suka nyuruk situ.







Biasalah kalau main hide and seek salah satu tempat persembunyian kesukaan budak kecik mesti kat langsir. Tapi yang tak tahannya kalau si Iman ni nyuruk kat langsir, mesti macam ni.







Nyuruk pekebendanya kalau macam ni ghupanya?

Tapi msred selalu layan saja Iman ni. Msred buat-buatlah tanya-tanya, mana Iman ni? Sengaja buat-buat tak nampak. Bila Iman dengar msred panggil nama dia sambil buat-buat sibuk cari kat mana dia nyuruk, mesti Iman ketawa kekekek balik langsir tu. Aduh, memang msred tak boleh lah nak menahan ketawa.



- Posted using BlogPress from my iPad

BERAT BERTAMBAH, APAKAH?


Assalamualaikum.....

Semalam timbang berat badan sendiri sebab dah mula terasa macam belon. Tengok kat cermin pun dah tak cun dah. Baju dah ketat. Guess what?







Naik 5 kg ok. Aduhai. Dalam masa dua bulan je naik 5 kg. Tak pasti sebab apa. Tapi hati kata sebab pil perancang yang msred ambil. Sebelum ini ambil injection di klinik kerajaan. Tapi disebabkan malas nak tunggu berjam nak dapatkan satu injection, msred tukarlah ambil pil yang msred beli di farmasi. Pil Yasmin.







Dari research yang msred buat semua orang kata pil ini elok, antara yang paling berkesan dan yang paling penting tak buat berat kita naik. Malah ada yang ambil pil Yasmin ni kata berat badan dia turun. Walaupun pil Yasmin ni agak mahal, RM 60 untuk satu bulan, msred sanggup beli asalkan tak payah menunggu 3 jam kat klinik.

Tapi, kalau betul pil Yasmin ni tak ngam dengan msred dan buat msred jadi chubby macam belon, rela ku bertapa kat klinik ambil injection balik.







Note : Ok tau, muka dah bambam. Nak turun kan 1 kg pun azab, ni nak turunkan 5 kg. Ni nak nangis ni.


- Posted using BlogPress from my iPad

DIA BUAT TAK TAHU SAJA


Assalamualaikum.....

Tadi godek-godek gambar dalam iPad, come accross this picture. One of my favorite.







Gambar Iman sedang main buaian kat playground Kondo PD waktu pergi bercuti hari tu.

Apa yang best nya, ini kali pertama Iman naik buaian. Seriously, ini kali pertama. Dia punyalah happy sampai tak nak turun dah. Dah lah waktu tu tengahari, panas sangat. Msred ajak dia naik bilik Iman tak nak dah. Nak main jugak. Terpaksa msred sogok kan Iman dengan coklat, barulah dia nak turun dari buaian tu.

Budak kalau dah dapat main, hari panas terbakar pun dia buat tak tahu je. Janji dapat main. Kita yang tak tahan panas rasa nak pengsan. Iman relax je boleh ketawa-ketawa lagi.


- Posted using BlogPress from my iPad

INILAH PULAK


Assalamualaikum....

Hari-hari di pejabat breakfast pukul 10am mesti pergi Bistro atau Mango di Plaza Alam Sentral. Order roti kosong atau nasi lauk ayam atau sandwich. Bosan juga kalau hari-hari makan benda yang sama.




Pagi ni keluar rumab awal sikit sebab nak singgah kedai Ustazah Mala nak beli breakfast. Nasi lemak kerang. Sampai je pejabat tadi terus makan sebab tak tahan bau dia yang menggoda hidung. Sedap. Sambal dia sedap. Cuma kalau msred masak sendiri msred kurangkan gula dia, manis sangat.

So pukul 10am nanti tak payahlah turun breakfast. Boleh blogwalking atau layan manga yang baru didownload.

Note : Alhamdulillah dah kenyang pagi ni.



Jun 25, 2012

SWEETNYA BOYFRIEND KU



Assalamualaikum.....

Lepas dinner tadi, msred layan berborak dengan my three years old Ian Syamie. Msred tanya cita-cita dia apa?

Mama : Ian.
Ian. : Hmm...
Mama : Bila dah besar Ian nak jadi apa?
Ian. : Mmmm.... Ian nak jadi perfume.
Mama : Hah, nape nak jadi air perfume? Best ke?
Ian. : Entah....
Mama : Habis, kalau tak tahu best ke tak jadi perfume, kenapa bila dah besar
nak jadi perfume?
Ian. : Sebab mama suka pakai perfume. Boleh selalu ngan mama (sambil
tersengeh-sengeh buat muka cute dia).







Owhhhh... So sweet la boyfriend msred ni. Love you darling. Muah muah....





- Posted using BlogPress from my iPad

OAT SNACK DAN NESCAFE UNTUK MINUM PETANG

Assalamualaikum.....

Tengahari tadi, disebabkan penyakit malas, msred tak turun lunch. Sekarang ini perut dah layan indie rock otak pun dah tak fokus buat kerja. Dah tu mengada buka tiffinbiru.com konon nak cari idea nak masak apa untuk dinner malam ni. Lagilah hebat perut ber indie rock.

Untuk kali kedua untuk hari ini, msred makan oat snack dari Quaker yang diberinama Chewy Granola Bar with Cookies and Cream. Sesuai untuk snacking di petang hari in a healthy way. Pagi tadi sampai office pukul 8am pun msred dah makan satu bar.



Kita kan kalau disuruh makan oat atau bijiran atau makanan kesihatan yang lain memang liat sebab tak sedap. So oat bar ni dia tambah cookies and cream nak bagi sedap. Sedap jugalah kat anak tekak msred. Tapi sedikit terlebih manis pada msred. Kalau disuruh makan oat kosong tu memang tak akan lah. Oklah ada oat bar ni sebagai ganti.



Kena juga minum nescafe sebab petang-petang ni karang takut kepala tunduk menyembah PC. Nanti bos sedih tengok pekerja dia yang nazak ni nak kena buang kerja.

Note : Masih tatau nak masak apa dinner nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 22, 2012

BUKAN KERANA BIJAKSANA

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.

Setiap hari Jumaat, insyaAllah msred suka post sesuatu berkaitan Agama. Bukan kerana msred bijaksana dalam hal ini.


I am far from perfect. I am still learning. So I read and I like to share what I read and learn here. Kalau ada tersilap harap ada yang sudi menegur. Terima kasih.

 Zikir hari Jumaat....

'' YA ALLAH ''

FADILATNYA :

ALLAH HAMPIR DENGAN KITA , DIBERINYA KITA IMAN , TAAT , SENANG MEMBUAT KEBAJIKAN...



Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 21, 2012

DUIT HANTARAN

Assalamualaikum....
Nak tanya sikit. Selalunya duit hantaran akan digunakan untuk apa? Bayar belanja kawen?
Nak tanya lagi pendapat you alls, duit hantaran kawen ni tanggungjawab siapa? Maksudnya adakah tanggungjawab lelaki saja ke atau tanggungjawab lelaki dan keluarganya? Kalau dah tiba masanya majlis kawen tu lelaki tak cukup duit hantaran seperti yang dah dijanjikan dengan keluarga perempuan, patut ke keluarga lelaki biarkan lelaki tu  berhutang duit hantaran dengan keluarga perempuan?
Konpius sudah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

PERLU KE POSING MACAM TU?

Assalamualaikum.....
Hari Selasa dan Rabu cuti. Dua hari cuti meguruskan hal yang sepatutnya diuruskan. Semalam tengahari settle dah urusan. Dah alang-alang cuti dan dah keluar, habiskanlah masa terluang petang tu tengok wayang. Movie marathon, layan Bohsia 2 ( tak best ) dan Abraham Lincoln Vampire Hunter ( better ). Balik, sampai rumah pukul 830pm. Uruskan anak kasi makan dan tidurkan dia orang. Then layan Showdown 2012. Pukul 12am baru tidur.
Pagi ini mood nak pergi kerja memang ke laut la. Laut dalam dah. Malas je nak pergi kerja. Masa keluar nak hantar Iffan gi kindy, tetiba terasa dia hensem sangat pagi ni. Msred cakaplah nak ambil gambar Iffan, suruh Iffan posing. Terus Iffan posing macam ni.
Seriously tak tahulah kenapa dia posing macam ni, buat msred tergelak je. Macam minah gedik pun ada. Suruh Iffan posing sekali lagi. Nah, hamek kau. Entah angin apa entah Iffan pagi ni. Kat ofis msred asik tengok gambar ni je. Nanti nak tunjuk gambar ni kat future GF Iffan. Kena simpan gambar ni.
Note : Msred tak pernah posing macam tu dan tak akan.

Jun 20, 2012

ABRAHAM LINCOLN, VAMPIRE HUNTER

Assalamualaikum....
Tadi tengahari tengok Bohsia 2. Kurang best. Oleh sebab budak tu tak puas hati tak enjoy tengok wayang, budak tu ngada nak tengok citer lain. Kita orang tengok cerita Abraham Lincoln Vampire Hunter. Advertisement cakap tayang 21 tapi hari ni dah start tayang. Ada 2D dan 3D. Kita orang tengok 2D je.
Sumber.
Adapted from the book by Seth Grahame-Smith (who also wrote the screenplay), the film chronicles the loss of Abe's mother (Robin MacLeavy) at the hands of a vampire when Abe is still a child. This serves as the motivating factor for Abe's (Benjamin Walker) subsequent vampire hunting mission and his burgeoning career as a lawyer and politician to, finally, his Presidency during the Civil War. Along the way, he kills countless bloodsuckers led by the vile and vicious Adam (Rufus Sewell) as part of his secret war against the undead.
Dalam cerita ini digambarkan vampire ini mengamalkan sistem hamba abdi yang melampau. Membuatkan msred terfikir yang vampire di dalam cerita ini bukanlah vampire sebenarnya. Ianya hanya metafora di mana vampire ini mewakili, generally, golongan yang mengamalkan sistem hamba abdi yang melampau di zaman Abraham Lincoln. Dan usaha Abraham Loncoln untuk menghapuskan ketua vampire ini, Adam, dan seluruh keluarga vampire adalah gambaran kesungguhan usaha Abraham Lincoln untuk menghapuskan sistem hamba abdi yang menjadi isu utama kempen politik Abraham Lincoln.
Keseluruhan, cerita dia menarik jugalah nak ditonton. Memperlihatkan usaha menghapuskan sistem hamba abdi. Dah banyak cerita yang mengetengahkan isu yang sama cuma presentation cerita ini memang amat berlainan.
Note : Msred lebih suka cerita ini dari Bohsia 2.
Note lagi : Cuba bayangkan kalau presiden US ada secret job at night as a vampire hunter. Kelakar kot.

KURANG BEST LA MR SHAMSUL

Assalamualaikum.....
Macam biasa, tiada mukadimah, straight to the point. Tengahari, lepas setel urusan, gua dan budak tu pergi MBO Subang Parade. Tengahari cuma ada dua cerita je, Bohsia 2 pukul 150 pm dan Prometheus 3pm. Malas nak tunggu pukul 3pm, budak tu ajak tengok Bohsia 2.
Sorry to say la Mr Shamsul, kurang lah cerita ni. Gua rasa macam rugi plak bayar duit tiket. Nasib baik hari ni Rabu, murah sikit an. Gua boleh layan FB, blog lagi kat dalam tu. Cerita sangat klise, pasal budak muda yang sesat tiba-tiba tersedar yang dia orang dah sesat dan nak balik ke pangkal jalan. Gua ada lah dalam 20 kali tengok jam bila nak habis cerita ni. Cuma part action je la gua boleh respect sikit.
Oleh sebab budak tu tak puas hati sebab dia tak enjoy tengok wayang, dia nak tengok citer lain pulak. Sukati lu lah, duit lu. Kalau duit gua tak de la.
Note : Gua dengar citer ni kutip RM 4 juta ritu. Skang ni tatau dah berapa.
Note lagi : Dah lama gua tak ber lu gua dengan orang.

DIA GIGIT SAYA

Assalamualaikum.....
Dah dua hari dia gigit saya. Harap rupa je cun, ganas pulak suka gigit orang. Sakitlah tau. Orang kata sebelum dia gigit kita, kita kena gigit dia dulu. Tapi msred tak pernah buat pun. Tak kuasa nak gigit dia. Sebelum ni tak pernah pun kena gigit macam ni, first time ni.
Dia nilah suka gigit orang. Nasib baik kaki tak melecet lagi. Orang kata kalau pakai kasut baru biasalah kalau kena gigit. Lepas 3 4 hari oklah. Sebab lama-lama kasut tu akan terbentuk sendiri ikut bentuk kaki kita. Permulaan ni bentuk kasut tak sama dengan kaki kita, tu yang sakit sikit tu. Bila kasut tu dah ikut bentuk kaki kita tak adalah rasa sakit lagi. Msred lebih suka percaya yang ini daripada percaya kalau gigit kasut baru, tak adalah sakit bila pakai. Macam pelik je kena gigit kasut.
You alls kalau baru beli kasut gigit tak kasut tu?
Note : Gambar kasut je, kaki msred tak de. Aurat.

Jun 19, 2012

UNTUK DIA LAGI

Assalamualaikum.....
Khas untuk lelaki kesayangan msred lagi. Nobody can replace his place in my heart.
Damailah kamu di sana. Saya di sini mahu terus berusaha jadi terbaik untuk kamu, lelaki kesayanganku, Abah, Zahari Rashid.
Note : Entah kenapa, lately hati asik teringat Abah.

Jun 18, 2012

UNTUK KAMU

Assalamualaikum....

" Abah. Along nak masuk pertandingan menyanyi tu. Along confident boleh menang."
" Jangan mengarut. Benda tu tak berfaedah, melalaikan. Duduk rumah belajar sudah."

" Along teringin nak keluar tengok wayang dengan kawan. Boleh tak abah? Along tak pernah tengok wayang."
" Tak payahlah. Kalau nak tengok cerita nanti abah belikan CD, boleh tengok kat rumah. Kamu tu kecik lagi."

" Kawan-kawan along semua ada handphone. Boleh tak abah belikan along satu?"
" Along kan sekolah lagi. Handphone tu kan tak penting. Lebih baik beli benda lain yang lebih berfaedah."

Waktu itu Along anggap semua bantahan Abah sebab tak mahu lihat along happy. Abah ssngaja gunakan kuasa abah untuk halang semua kemahuan along. Along selalu fikir negatif bila tertanya-tanya kenapa abah asik halang kemahuan along nak bergembira dengan kawan-kawan. Along jadi marah bila abah tak pernah kasi along nak enjoy dengan kawan-kawan dan tak kasi along buat apa yang along suka. Hati along tuduh abah yang bukan-bukan.

Tapi sekarang, along dah faham semuanya. Along dah tahu kenapa abah buat macam tu. Dalam setiap halangan abah itu sebenarnnya ada nada bimbang, ada rasa sayang dan ada keinginan untuk melihat along membesar jadi manusia berguna. Sekarang along dah faham sangat apa yang tersirat disebalik ketegasan abah menghalang along buat sesuatu yang tak berfaedah. Bukannya ada niat tak baik, malah abah fikir jauh kehadapan. Abah fikirkan masa depan along.

Mujur halangan abah tidak along bantah. Cuma hati saja yang memberontak. Kalaulah along bantah halangan abah dan tetap berkeras mahu menurut kemahuan along sendiri, mungkin along tak berada di mana along berada sekarang.

Untuk itu, along berterima kasih pada abah. Terima kasih sangat-sangat. Along sayang abah.
Selamat hari Abah. Happy father's day. Rindu arwah abah msred, who left us when I was 9. God, I miss him.

Jun 15, 2012

MATA TIDAK PANDAI BERLAKON

Assalamualaikum......
Dia yang patut dihargai adalah sesiapa yang mampu melihat kedukaan dalam senyuman kita, mampu melihat kasih sayang dalam kemarahan kita, mampu melihat sebab di dalam kebisuan kita. Belajar melihat dengan mata hati, dibantu keikhlasan dalam bersahabat. InsyaAllah kita akan mampu melihat lebih dalam lagi. InsyaAllah.

"JIRAN" DI KIRI KANAN

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.

Di kiri kanan kita ada "jiran" yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemaskini status di dinding facebook, mereka terlebih dahulu msncatat. Pantas.

Apabila hati beru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya "jiran" kita yang mana lebih sibuk? Jiran di sebelah kanan ataupun kiri. Jiran yang mencatat amalan yang baik ataupun buruk? Jiran yang bernama Raqib ataupun Atid?

Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid "bercuti" atau buat kerja yang palin minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lebih bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak.

Solusi isu 44.

Jun 14, 2012

SHAZAM MUSIC APPLICATION

Assalamualaikum....

Sedang buat kerja, sedang lepak, sedang makan kedai mamak, tiba-tiba terdengar lagu yang best kat halwa telinga, tapi tak tahu tajuk lagu atau siapa nyanyi. Tanya kawan dia pun tak tahu lagu apa. Kalau msred nak cari tajuk dan penyanyi lagu yang msred sedang dengar tu, msred akak guna application SHAZAM. Sesuai untuk IOS, Android, Blackberry dan Nokia.












Download SHAZAM.

Kalau nak tahu info pasal lagu yang kita sedang dengar, kita cuma perlu buka application SAHZAM di handphone, tekan button tag dan halakan handphone dekat sumber lagu sedekat yang boleh. Nanti application ini akan search info berkenaan lagu tersebut.

Memang ohsem. Cuma masalahnya Mr SHAZAM ni tau lagu English saja. Kalau tag lagu melayu dia tak tahu, kalau lagu gazal atau zapin lagilah dia tak tahu.

BERAPA HARGA KEMAAFAN

Assalamualaikum.....

How much does it cost to get your forgiveness? Is it easy to get? Or depend on who was asking for it?
Mudah tak kita nak memaafkan orang yang buat salah dengan kita? Susah? Tengok keadaan? Wahtever you answer is or will be, be careful how to put a value to your forgiveness. Kalau pertama kali seseorang itu buat salah dengan kita then dia minta maaf, kita biasanya boleh maafkan dia. Tapi kalau kali ke dua, tiga? Kali kesepuluh? Salah yang sama pulak tu, should we forgive or not? Thats again is up to you to decide.


All I want to say is, there is a risk that if we keep on forgive his or her mistake, that that person will not appreciate your forgiveness anymore. Benda senang dapat kan, mana harganya. Ada ke harga kalau benda itu terlalu senang nak dapatkan.

First time dia buat silap, dia mesti bersungguh minta maaf dengan kita sebab takut kita tak maafkan dia dan tak nak kawan dengan dia lagi. Kali kedua dia buat, dia minta maaf, kita still maafkan walaupun this time take a little bit longger for us to forgive, but we still give it to him or her.

Kalau kali ke tiga, kali kesepuluh, rasanya dia masih bersungguh ke nak minta maaf? Kalau dia dah tahu yang kita mesti maafkan dia, ada lagi ke keikhlasan di hati dia nak kita maafkan dia or he or she just say it just for the sake of saying it.

Sama ada nak maafkan ke tidak, or how you want to give it, its all up to you. Just be careful not to overdo it so people will appreciate you forgiveness.



Jun 13, 2012

CAN WE SURVIVE A BREAK UP

You have been together for 3 years or 10 years? 15? Now, time to call it off. How are you gonna do it?
It is not easy. Bila kita dah bersama dengan seseorang untuk satu tempoh yang lama, like more then 10 years, bila terpaksa berpisah, pasti sangat susah nak move on. Even ada yang tak boleh terima hakikat hubungan yang sudah terbina bertahun-tahun terpaksa ditamatkan. Kalau hati tak terima dan tak percaya yang dia dah tinggalkan kita, macamana nak move on? Macamana nak teruskan hidup sendirian tanpa dia?
Dah bertahun-tahun berdua, suddenly you are alone. Semua benda kena buat sendiri. Dia tak ada dah. Every momment your mind will be on him, thinking of him and play with the 'what if' question on and on. Pergi sini teringat dia, buat itu teringat dia, dengar lagu ini teringat dia. When that kind of things keep happening in your life, how can you forget him? When in your head full with memories of you and him, how can you forget about him and move on? Erase all the memories of him? Kalaulah boleh.
Ramai diantara kita yang mengalami perpisahan begini. Most of them manage to move on, finally. It is not easy, but you can do it. There is always a way. Dont worry. But it takes time. Berapa lama? Bergantung pada individu dan banyak perkara lain. Kekuatan kita, support from friends and family and maybe how he left.
Easy said then done. I know. If you need time to cry, then take your time. No rush. Cry your heart out. When you are done, learn how to smile again. Even if you have to fake it at first. Its ok, its the beginning. Along the way, change that fake smile to a real one. Everyone else know you can do it even if you dont.
Kamu yang baru putus cinta dan rasa macam nak mati frust tak tahu macamana nak survive this, dont worry. One sweet day pasti kamu akan mampu tersenyum sahaja bila teringat kan dia. No more tears and sad night alone. No more fake smile. How to reach there? I cant tell you how. The only thing I can tell you is, there is always a way that only you can finally see it. Go find it. As long as you yourself want to find the way, then you will find it. You will.

Jun 12, 2012

NAEEMA IKAN BAKAR DI SHAH ALAM WALK

Assalamualaikum.....

Tengahari tadi lunch di Shah Alam Walk depan Hotel Quality. Kedai Naeema Ikan Bakar. Dekat saja dengan pejabat. 5 minutes walk. Dari last week nak try makan di sana tapi tak kesampaian. Hari ini baru dapat menjejakkan kaki dan menjamu selera kat sini.

The food was good. The staff quite friendly and the service was quite fast. Menu istimewa dia set nasi, air sirap atau teh o dan ikan bakar atau ikan masak asam pedas. Msred order set nasi dan ikan keli bakar. Ohsem. Msred bukan suka sangat makan ikan tapi ikan bakar sini memang sedap rasanya. Kuah asam pedas dia pun sedap. Empat bintang. Harga pun sangat berpatutan.


Tadi masa makan msred cerita kat office mate msred. Msred kalau makan ikan yang banyak tulang macam ikan parang dengan mak, mak msred akan asingkan tulang ikan dan bagi msred isi ikan saja. Kalau makan ikan dengan mr boyfriend, dia yang akan asingkan tulang untuk msred. Officemate msred cakap, ' Eeeee..... Mengadanya.'

Msred bukan mengadalah. Msred memang tak pandai makan ikan banyak tulang sebab tak penyabar macam mak dan mr boyfriend msred. Honest.

Mengada ke?

Note : Thanks to Ms Siti Nasliza yang telah mensuggestkan kedai ikan bakar ni kat msred.



NAK BELI, TAPI

Assalamualaikum.....
Hari tu melawat MPH nak tengok-tengok dan beli-beli buku untuk Iffan dan Ian. Jumpa buku ni karya John Grisham, Theodore Boone : The Accused. Buku baru published. Baca sinopsis macam best. Berkenaan budak lelaki berumur 13 tahun, anak kepada lawyer, yang bercita-cita nak jadi lawyer. Sangat mahir dengan prociding di court room dan mampu menyelesaikan kes yang adult tak mampu nak selesaikan. Interesting.
Publisher biasanya suka keluarkan first print hard cover supaya buku tu boleh stand out from the rest of other book kat rak kedai buku tu. Buyer senang nampak. Other than that, boleh untung lebih sikit.
Itulah masalahnya sekarang ini. Setakat ini msred jumpa yang hard cover saja. Harga RM 54. Mahal jugaklah bagi msred. Kalau nak tunggu yang soft cover memang biasanya lambat lah keluar. And msred tak sudi nak bayar extra RM 15 to RM 20 for that extra size and extra weight. Worth it ke? Cerita sama saja hard cover ke soft cover ke.
Rasa nak babab orang tapi tak tahu nak babab siapa? Author ke? Publisher ke? Distributor ke? MPH ke? Eh, boleh ke salahkan MPH?
Note : Nak tunggu orang belikan. Orang, tolong belikan!!


Jun 11, 2012

BILA DIA TENGOK EURO 2012

Assalamualaikum.....
Ada lelaki tak suka tengok bola? Maybe. Tapi mungkin tak ramai. Kebanyakan lelaki suka tengok bola. Its normal for me. Gila sangat tengok bola sampai sanggup tak cukup tidur, ponteng kerja dan ignore girlfriend sendiri. Normal. Sama normal dengan kegilaan perempuan yang suka sangat shopping sampai sanggup berhabis duit, sanggup ikat perut nak simpan duit untuk shopping.

So, kalau mr boyfriend nak tengok bola dan lupakan kita untuk 3 jam, biarlah. Let them.
Setakat ini kegilaan mr boyfriend terhadap bola tak mendatangkan masalah pada msred. Mungkin sedikit terganggu tapi tak sampai stress pun atau rasa terabai.

Biasanya kalau cuti msred rajin juga temankan mr boyfriend msred tengok bola walaupun sepatah haram tak faham games ni kecuali part gol je. Seriously, msred memang tak pernah faham pun cara main bola sepak even offside pun tak paham apakebendanya walau sesudah berkali-kali mr boyfriend msred explain. Kenapa tak faham? Sebab msred tak minat bola.

Saja saja temankan boyfriend tengok bola, semata-mata nak temankan sahaja macam dia kadang-kadang temankan msred tengok cerita korea yang dia tak suka langsung. Msred selalu lupa kat dia kalau tengah gila melayan korea untuk 1-2 jam. So, bila dia nak layan bola, msred biarkan saja. Kalau tak temankan dia tengok bola, msred layan blog ke sebelah dia, tidur ke, order Mc Donald ke.

No problem. Mr boyfriend, tengok lah bola puas-puas. Habis season nanti belanja msred Cake Pavlova, takmau yang slice.

Note : Msred sokong team apa? Msred sokong team yang menang. Sekian.

LIKE MOTHER LIKE SON

Assalamualaikum......
Happy Monday. Happy lah sangat. Mode, sleepy tahap maksima semalam tidur pukul 3 am. Dah minum Nescafe dah segelas, ni rasa nak kena minum lagi. Kalau tak, road to the dreamland lah jawabnya.

Iffan pun layan Monday Blues jugak. Maklumlah hari pertama sekolah lepas dua minggu cuti. Tengoklah muka moody kena paksa pergi sekolah. Hahaaa..... Msred kan mama, boleh paksa anak pergi sekolah.


Tak adalah, msred tak paksa pun Iffan pergi sekolah. Dia memang nak pergi tapi biasalah, nak bangun tu yang liat. Mama dia pun lepas cuti dua hari dah tak ada mood nak pergi kerja hari ini. Rasa nak tidur je terus tengahari baru bangun. Macam boleh.

Note : Hari ini dah start sekolah. Hari ini sampai office lambat sikit. Biasa kan?


Jun 10, 2012

MADAGASCAR 3 : EUROPE'S MOST WANTED

Assalamualaikum......
Dah lama tunggu Madagascar 3 : Europe Most Wanted, ni keluar wayang. Tak sabar nak tengok. Tengok trailer pun dah teruja, mesti best cerita ni. Madagascar 3 ni mula ditayangkan di Malaysia 7 June, sesuai dengan cuti sekolah ni.
Bila msred tunjuk trailer Madagascar 3 kat Iffan, Ian dan Iman, memang dia orang suka sangat. Iffan dan Ian pun tak sabar nak tengok. Dah dia orang asik tanya msred, ' Mama, bila nak tengok kartun Lion tu?' beratus kali.

Alex, Marty, Gloria and Melman are still fighting to get home to their beloved Big Apple. Their journey takes them through Europe where they find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent - Madagascar style.
Semalam hari Sabtu, msred bawa Iffan dan Ian gi MBO Subang Parade. Beli dua tiket 3D untuk Couple Seat. Senang nak duduk tiga orang. Ini first time Iffan dan Ian tengok movie 3D, memang jakun sikit. Sebenarnya msred pun first time tengok movie 3D. Sama je jakunnya.
Msred memang puas hatilah tengok cerita Madagascar 3 ni. Ohsem sangat. Best, memang tergelaklah tengok. Iffan pun ketawa kikik sukahati. Kisah pasal persahabatan dan saling tolong menolong, moral klise yang sesuai sangat dengan budak-budak, termasuklah yang dewasa tapi perangai dan level pemikiran macam budak sekolah rendah. Msred paling suka dengan message lain yang cuba disampaikan, yang sedalam mana kita terjatuh, kita sentiasa boleh bangun semula. Mesti boleh selagi ada kemahuan.

#empatsetengahbintang @ sukasangat

Jun 09, 2012

BEST TENGOK DAN SEDAP BAU

Assalamualaikum.....
Sedapnya bau lauk kenduri kawen. Sedang menikmati bau gulai ayam.

Belakang rumah msred ada buat kenduri kawen. Ada kumpulan rewang. Susah nak tengok orang bergotong royong masak untuk kenduri kawen sekaran ni kalau kat bandar. Sesekali bila dapat tengok terasa seronok pulak. Nampak meriah. Terasa meriah. Dari malam semalam dia orang berkumpul masak sama-sama. Dan dari semalam jugalah msred terbau sedap lauk kenduri kawen. Sedap betul baunya.

Masa kenduri kawen msred dan semua adik perempuan msreed dulu pun panggil catering saja sebab susah nak cari orang nak merewang. Lagi pun kalau boleh tak nak susahkan saudara mara dan jiran. Biar mereka datang kenduri tu untuk makan-makan sahaja.

Tetiba mak msred kata nanti time adik bongsu msred, satu-satunya adik lelaki msred kawen nanti, nak cari kumpulan rewang, kalau ada. Meriah dan masakan nya insyaAllah lebih sempurna sebab masak depan mata kita sendiri. Sukati mak lah.

Adik lelaki msred merupakan retired mat rempit ( seriously ) dan belum ada cita-cita nak kawen sebab nak mencapai cita-citanya nak menjadi gamers yang berjaya. Ada maksud tersirat di situ. Kalau ada sesapa nak ngorat dia, think twice. Kalau ada request nak tengok picca adik msred baru msred tepek sini.

Note : Nak gi makan kenduri pas tu nak gi jalan-jalan.


Jun 08, 2012

ADAB MENEGUR

Assalamualaikum....
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Source
Terpanggil nak share petikan ini bila selalu sangat terlihat kebanyakan dari kita suka marah-marah orang kadangkala sampai memaki hamun terutamanya dilaman sosial. Kita kalau nak menegur kesalahan orang biarlah dengan niat baik dan cara yang betul barulah dia boleh berubah baik, insyaAllah.

Jun 06, 2012

PERINGATAN UNTUK SAYA

Assalamualaikum.....
Ada sesuatu yang msred tunggu. Dari tahun lepas sebenarnya msred tunggu. Sampai sekarang masih belum dapat. Sepatutnya hari ini msred tahu keputusannya sama ada dapat ke tak. Tapi tak jadi. Tangguh lagi.
Memang mengeluh, memang kesal. Bila yang diharap tak dapat mula la hati nak marah orang tu marah orang ni. Mula lah nak salahkan semua orang. Hati jadi tak tenang.
Tapi tadi ada note di FB yang bila msred baca terasa macam note itu khas untuk msred. Terkena batang hidung sendiri. Perfect timing.
Maaf di atas kekhilafan saya. Cuba menerima, masih belum masanya. Cuba redha.

Jun 05, 2012

BIBIR LEBAM

Assalamualaikum.....
Dua tiga hari ni macam kurang best. Ada ulser menyinggah kat bibir. Orang lain ulser naik kat bibir dalam tapi msred naik kat belah luar. Dah lah sakit, huduh plak tu. Semalam officemate cakap letak garam. Maka semalam lepas gosok gigi sebelum tidur tu bubuh lah garam kat ulser tu. Nak tahu rasanya cam ne tryla letak garam kat luka sendiri. Sangatlah tak tahannya.
Esok pagi bila bangun, ulser tu nampak dah kering sikit tapi jadi hitam pulak. Dah rupa macam kena tumbuk je kat bibir tu. Sakit kurang sikitlah. Nak try ubat kat farmasi tu malas sebab msred memang dari dulu tak suka segala jenis ubat.
Ada tak petua nak hilangkan ulser ni, yang tak menyakitkan?
Ignore muka pucat tak mekap....
Note : Tangan gatal asik nak pegang je ulser tu.
Note lagi : Banyak benda takleh atau susah nak buat kalau ada ulser kat bibir.

PEREMPUAN PANDAI BERLAKON

Assalamualaikum.....
Betul ke orang kata perempuan pandai berlakon sembunyikan perasaan sebenar dia dari orang lain? Betul ke kalau perempuan itu sedang sedih dia dengan mudahnya buang rupa sedih dari muka dia? Betul ke perempuan sehebat itu berlakon?
Ramai cakap, bukan semua, yang perempuan ini kalau dia sedih orang tak kan tahu sebab dia pandai berlakon happy, muka dia tak kan nampak kesedihan yang dia cuba sembunyikan. Betul? Dulu msred pun selalu anggap begitu, percaya yang perempuan memang pandai tersenyum dalam kesedihan. Nature mereka yangtak suka susahkan orang lain dengan masalah mereka yang membuatkan perempuan selalu terpaksa berlakon gembira dalam duka.
Cuma baru-baru ini msred terfikir, macamana kalau sebenarnya perempuan tak adalah pandai sangat berwajah happy walaupun sedang bersedih. Tapi sebaliknya kita yang tak pandai membaca riak wajah mereka.
Bagi msred, walaumacamana perempuan itu berusaha untuk sembunyikan dukanya, pasti ada sedikit riak sedih di wajahnya. Riak sedikit ini yang kebanyakan kita gagal nampak dengan mata kasar. Hanya orang yang tahu melihat dengan mata hati sahaja yang mampu nampak sedikit riak kesedihan di wajah mereka yang sedang sembunyikan kesedihan ini.
Sebab adakalanya, bila seorang wanita ini sedang sembunyikan kesedihan disebalik senyuman dia, memang kebanyakan kita tak tahu dia sedang bersedih. Tapi kadang-kadang akan ada juga seseorang yang tahu dia sedang bersedih. Maknanya, bila kita tak tahu yang perempuan itu sedang bersedih bukan sebab dia pandai berlakon, tapi sebab kita yang tak pandai melihat.
Entahlah. Pendapat peribadi.

Jun 04, 2012

TAK SUKA DIHIMPIT

Assalmualaikum.....

Setiap hari kalau sampai pejabat lagi lima minit pukul 8am wajiblah lif memanjang penuh saja. Selagi lif tu tak berbunyi tanda overload, selagi itulah orang akan berusaha memenuhkan ruang dalam lif. Takut punch card kaler merah.

Selalunya, walaupun lif dah penuh orang yang berdiri di button destinasi tak sampai hati nak tekan button close kalau masih ada orang nak naik lif tersebut. Supaya orang yang nak naik tu dapat masuk, yang berdiri di hadapan pintu lif akan menghimpit ke belakang memberi ruang. Cuba bayangkan kalau yang menghimpit tu lelaki dan yang dihimpit tu perempuan. Tak selesa kot. Terpaksa pulak perempuan tu cover aset dia dengan tangan ke fail ke dari tersentuh oleh orang yang berdiri di depan dia. Kadang-kadang sampai tak boleh bernafas.

Seksa jugak kalau msred berada dalam lif padat macam itu. Stress kot. Sebab msred Claustrophobic. Nasib baik tak pengsan. Itu pasal msred suka sampai pejabat 20 minit sebelum 8 am.
Note : Nak pi layan Monday Blues....

ALL TIME FAVOURITE