Jun 29, 2012

TIDAK PERNAH JEMU

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.

Sedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) shahadah kita. Malah berbilan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat seanjang hidup). Ada sesetengahnya yang sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.

Seandainya kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu saja, malah kita mengulangi bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir seratus kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulangkali dan tidak pernah berubah.

Pernah kah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemubertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? Tidak ernah kan?

Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, maka terasa lazatnya. Malah mungkin makin "ketagih".

Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada ahmat Allah s.w.t. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.

Solusi isu 42

- Posted using BlogPress from my iPad

19 ulasan:

faraherda.razalan berkata...

=D

LubLy berkata...

rindu nak bertawaf lg..erm

Unknown berkata...

benar! hati je yg selalu jemu..

Chekgu Azrine berkata...

like 1 juta kali..

AmyZana berkata...

Tak. Saya x pernah jemu :)

Rawlins GLAM berkata...

Santapan jiwa di pagi Jumaat
Terima kasih atas perkongsian

aizamia3 berkata...

perkongsian yang menarik..

Unknown berkata...

Alhamdulillah thanks for sharing and thanks for reminding me yg mudah juga lupa ada ketikanya ^^

Anum berkata...

perkongsian yg baik

safurara berkata...

saya xpernah jemu untuk mengadap Allah.alhamdulillah.

Nyue berkata...

nice entry ni akak :)

Salina Mat Isa berkata...

tak pernah jemu..tak terpikir pulak kiraan tu..betul lah kan..

Myra Jay berkata...

Untuk mendekatkan diri pada Allah kitA takkan pernah rasa jemu... ;)

Nice sharing :D

Eintan Nurfuzie berkata...

mm...kadang2 trasa gak.. tp cpt2 istifar..

p/s : namabagi keta2ciken mengikut rupa dan warna heheheh
jom undi cik en..header eintan nurfuzie tu ye..
http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_26.html

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

takkan pernah jemu kerana Allah S.W.T :)...nice entry

maszull berkata...

assalamualaikum msred....menarik sungguh info ini...:)

ct kektus berkata...

tak kan pernah jemu untuk sentiasa dekat dengannya :D

Unknown berkata...

terbaikla kak entry y ni

Nurrul Hazieqah berkata...

Betul jugak kan.. Nurrul memang tak jemu menunaikannya.. tapi bila tinggal kan tuh.. rasa tak tentu arah hidup...

*betul memang ibadah mknan roh.. untuk mnecegah perkara mungkar.. :)

ALL TIME FAVOURITE