" Abah. Along nak masuk pertandingan menyanyi tu. Along confident boleh menang."Selamat hari Abah. Happy father's day. Rindu arwah abah msred, who left us when I was 9. God, I miss him.
" Jangan mengarut. Benda tu tak berfaedah, melalaikan. Duduk rumah belajar sudah."
" Along teringin nak keluar tengok wayang dengan kawan. Boleh tak abah? Along tak pernah tengok wayang."
" Tak payahlah. Kalau nak tengok cerita nanti abah belikan CD, boleh tengok kat rumah. Kamu tu kecik lagi."
" Kawan-kawan along semua ada handphone. Boleh tak abah belikan along satu?"
" Along kan sekolah lagi. Handphone tu kan tak penting. Lebih baik beli benda lain yang lebih berfaedah."
Waktu itu Along anggap semua bantahan Abah sebab tak mahu lihat along happy. Abah ssngaja gunakan kuasa abah untuk halang semua kemahuan along. Along selalu fikir negatif bila tertanya-tanya kenapa abah asik halang kemahuan along nak bergembira dengan kawan-kawan. Along jadi marah bila abah tak pernah kasi along nak enjoy dengan kawan-kawan dan tak kasi along buat apa yang along suka. Hati along tuduh abah yang bukan-bukan.
Tapi sekarang, along dah faham semuanya. Along dah tahu kenapa abah buat macam tu. Dalam setiap halangan abah itu sebenarnnya ada nada bimbang, ada rasa sayang dan ada keinginan untuk melihat along membesar jadi manusia berguna. Sekarang along dah faham sangat apa yang tersirat disebalik ketegasan abah menghalang along buat sesuatu yang tak berfaedah. Bukannya ada niat tak baik, malah abah fikir jauh kehadapan. Abah fikirkan masa depan along.
Mujur halangan abah tidak along bantah. Cuma hati saja yang memberontak. Kalaulah along bantah halangan abah dan tetap berkeras mahu menurut kemahuan along sendiri, mungkin along tak berada di mana along berada sekarang.
Untuk itu, along berterima kasih pada abah. Terima kasih sangat-sangat. Along sayang abah.
Jun 18, 2012
UNTUK KAMU
Assalamualaikum....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
17 ulasan:
erm..luahan hati akak wat lebly nak mtk ampun kt baba lebly..smlm gdh :(
al-fatihah~
huhuhu
Sendu membaca entri nie
Teringat bila memberontak terhadap mak ayah
Huuhu
alfatihah... sy pun rindu arwah abah saya.. :(
sume ayah cmtu
ohh miss my ayah
wlpon die msih hdup lg
al fatihah~~~
alahai..
touching..
ni lah dia nya bila menulis dari hati..
rasa tu sampai..
:)
Al-fatihah untuk arwah.
sedih dan penuh makna. itulah tegasnya seorg ayah bkn kerana sengaja menghalang segala keinginan tp tegasnya seorg ayah krn kasih syg dan rasa bimbang dan juga memikirkan kita pd masa hadapan. kita sbg ank selalu ingt dan pk ibubapa kita menjadi penghalang dan oenyekat kebebasan kita tp sdrlah semua itu krn mereka ksh dan sygkan kita. queen pun dh xde ayah... :(
jasa ayah kan.. :D
SETIAP larangan pasti ada sebab.. tak ada ibu bapa yg tidak syangkan anaknya :D
*Al-fatihah *
http://kisahemasputih90.blogspot.com/2012/06/hari-ni-di-beri-seru-oleh-sahabat-ku.html jom join contest ni.. simple ja
al fatihah...
setiap ayah nak yg terbaik utk ank2nya kan...
so touching. :'( saya dah jadi mangsa semua perkara melalaikan tu. nasib baik abah msred tegas... al-fatihah.
huhuhuhu.. sedih sbb sy pun dah keje baru pakai handphne tau....
moga arwah ditempatkan dikalangan org beriman...
sayu akk baca
alhamdulillah kita x terlepas dari apa yg telah dibataskan oleh ibu bapa kita kan ;)
akhirnya kita berjaya .. ;)
dulu pon dkna rasa macam tu..nak p kem sekolah pon arwah abah tak kasi, arwah rela amek cuti bawak kami ke pulau untuk ganti balik kem sekolah.. rupanya dia bimbang akan keselamatan kita..mereka sebenarnya sayang akan anak2 nya..
slmt hari abah...
sedihnya..hargailah kedua ibu bapa selagi masih ada..
Catat Ulasan