Disember 31, 2013

LAWAK KAWEN PETANG

Assalamualaikum....




" Me and my wife lived happily for 20 years.... then we meet."
Anonymous.

"Marriage ia the bond between a person who never remembers anniversaries and another who never forget them."
Ogden Nash.

"Marriage is give and take. You'd better give it to her or she'll take it anyway."
Joey Adams.

"My wife dresses to kill. She cooks the same way."
Henny Youngman

"The most important four words for a successful marriage :I'll do the dishes."
Anonymous.

Dont take it seriously k. Just enjoy the humor.
posted from Bloggeroid

BLOGLIST PART #1 BY DIARI FARISHA

Assalamualaikum.....



http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html 

Jemput Blogger seantero Malaysia join 
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi 
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join

LOVE MY 2013, WILL LOVE MY 2014

Assalamualaikum....

We are now counting hours to meet 2014. Thankful to God for great 2013 and hopping for a better 2014.




So many things happen in 2013, the goods, the bad. Anyhow, I am thnakful to God for all of it. Pengalaman kita pahit ke manis ke semuanya memberi kesan baik pada kehidupan kita. Kita belajar sesuatu dari setiap peristiwa yang kita alami, buatkan kita lebih matang dan tabah. 

Now I am ready to create a new memories into my 2014 journal. Whatever it is, msred harap pengalaman ini dapat membantu msred menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur, Ibu yang mampu mendidik anak-anak jadi Hamba Allah yang bersyukur, Isteri yang redha bersyukur dengan pasangan kurniaan Allah dan anak yang sentiasa bersyukur dengan adanya ibubapa yang terbaik dari Allah.





Happy new year to all my friends. Hope Allah blessed us all.

Disember 30, 2013

MUKA MEETING PETANG

Assalamualaikum....




Pernah office you alls buat meeting petang-petang? Ada yang pernah kan? Ada yang selalu tak?

Tak paham betullah bos-bos yang suka buat meeting petang cenggini, time orang dah nak balik dah, time hati kepala pun dah kat rumah dah. Memang blur la kan. Mata je fokus kat bos, hati kat mana ntah kepala pun blur je.

Produktif ke meeting petang-petang ni? Haish..
posted from Bloggeroid

DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Assalamualaikum...



Selalu baca doa ni bila tersangkut dalan jem. Jadikan zikir sambil-sambil drive tu. Tapi janganlah berharap bila baca doa ni jem clear. Kita tak suka jem sebab nanti kita stress kan? So, kalau dengan baca doa ni kita relax dah tak stress dah, tu mungkin tanda Allah dah makbulkan doa kita. Allah hilangkan tekanan akibat jem dari hati kita. Ok lah tu. Syukur.
posted from Bloggeroid

BILA TAK BAHAGIA

Assalamualaikum....



Kenapa kebanyakan daripada kita ni suka menyalahkan makhluk lain, benda lain kalau hidup kita tak bahagia? Bila hati tak happy?

Bila duit tak cukup ashik nak salahkan bos tak bagi bonus. Bila putus cinta salahkan boyfriend girlfriend tak perfect. Bila weekend membosankan salahkan kawan tak nak teman gi tengok teater 'Bahayanya Wanita'.

Kebahagian kita, samada hati kita happy ke tak, kita sendiri lah usahakan. Janganlah harapkan orang lain buatkan kita happy.

Kalau bos tak bagi bonus, belanjalah ikut kemampuan lagipun rezeki datang dari Allah, bukan dari bos. Bila frust putus cinta, anggap itu bukan terbaik untuk kita, dah clear kan dia tak mampu bahagiakan kita. Kalau kawan taknak teman pergi tengok teater 'Bahayanya Wanita' ajaklah mak abah. Lagi best, silap-silap tiket pun mak abah belanja.

Nak bahagia, usaha sendiri, minta dengan Allah. Dia dengar. Orang lain tak nak dengar, Allah dengar.
posted from Bloggeroid

KENAPA TAKUT

Assalamualaikum......


Kos hidup yang tinggi zaman ni merunsingkan kita. Kebanyakan kita ada dua tiga investment plan. Takut tak cukup simpanan dimasa depan, dimasa tua.

Baguslah tu beringat dari sekarang.

Tapi kenapa yang ada sampai takut nak tambah anak? Sekarang ni, bila ditanya bila nak tambah anak?

Favorite answer, "Cukuplah tu. Takutlah gaji tak cukup nak tampung belanja kalau anak ramai."

Macam tu pulak.

Masalahnya, yang jawab tu pun tahu rezeki anak tu Allah dah tentukan dari dalam perut mak dia lagi. Setiap kita manusia ni Allah dah bagi rezeki siap-siap.

So, kenapa takut tak cukup duit nak sara anak? Sedangkan anak itu sendiri rezki, rahmat dari Allah. Beruntung sangat sesiapa yang Allah kuriakan zuriat ni.



posted from Bloggeroid

Disember 29, 2013

HADIAH UNTUK BOYFRIENDS

Assalamualaikum.....

Semua persiapan sekolah Iffan dan Ian dah hampir selesai. Ian tinggal nak beli baju melayu sepasang untuk pakai hari Jumaat. Susah tu nak cari baju sekolah melayu, yang macam sekolah rendah kebangsaan tu, yang size 5 tahun. Tak tahulah ada lagi ke tak size tu. Harap-harap ada lah.




Iffan tinggal yuran pendaftaran dan buku sekolah. Semalam pergi sekolah Iffan ingat nak beli buku sekolah. Sekali sekolah tutup pulak. Haish, tertangguh lagi.

Semalam beli little present untuk Iffan dan Ian, nak masuk sekolah ni. 

Buku note Boboiboy favorite Iffan dan botol air sekolah...

Buku note Bola Kampung untuk Ian dan botol air sekolah...

Present for PaMa....Novel tu Mr Hasben punya, jangan tak caye....
and buku note kecik merah tu msred punya...

Present untuk makbapakbudak pun ada. Ok lah tu.



THANKS DAYANG DENO

Assalamualaikum.....

Akhirnya kerja-kerja renovation blog yang telah sekian lama bercuti, selesai jugak. Thanks to Lil Sis Dayang Deno for her time and effort. Msred suka sangat dengan design ni, simple and red. The family doodle, absolutely gorgeous. Cute sangat. Tinggal nak touch up sikit, yang ntah tak tahu bila nak buat.




Thanks Deno kerana sabar melayan permintaan msred. I love your work.

Disember 28, 2013

JOM BERKENALAN

Assalamualaikum.....





Who doesn't love Saturday? Mungkin ada segelintir yang tak suka Saturday, tapi kebanyakan kita memang love Saturday, rite?

Pagi ini, Ian Syamie lah yang paling seronok. Dia tak sabar-sabar nak pergi sekolah, katanya sejak dua tiga minggu ni, hari-hari dia tanya bila dia nak pergi sekolah? Bila tengok dia eksaited nak ke sekolah, msred lagi lah eksaited. Memang tak sabar nak hantar dia sekolah.

Pukul 9 am tadi, majlis suai kenal kat Tadika Kemas. Hari bayar yuran tadika. Tapi Yuran Tadika Kemas memang murah, kelas pun dari 8 am sampai 12 pm je. 4 jam je sehari. Ian baru 5 tahun, kesian pulak kalau nak hantar tadika yang full day tu. Relaxlah sikit tahun ni, tahun depanlah kalau nak hantar tadika swasta yang full day. Tahun ni biar Ian main-main dulu.





Ian Syamie duduk diam je kat situ sampai habis majlis. Hahahaa..... tadi beria kata nak gi sekolah, nak main dengan kawan-kawan. Bila dah sampai malu-malu pulak, kawan-kawan tegur Ian Syamie senyum malu-malu hamster pulak.

Aktiviti yang budak tadika paling suka, main.

Ian Syamie layan video CN Blue, Where Are you....


Hari Khamis next week, Ian Syamie akan start sekolah. Ian eksaited, msred eksaited.

Disember 27, 2013

THE SNAIL JOKE

Assalamualaikum....

Bill woke up one morning, and make his way to the front door to get the newspaper. After opening the door, he reach down for the paper and saw a snail lying on the porch. Bill pick up the snail and threw it across the street.



Two years later, on a Sunday morning, Bill was going through his same routine. Wake up, put on slippers adn a dressing gown, and make his way to the front door to retrieve the paper. When he opened the door, there sat a snail.

The snail look up at Bill and said, "Now, was that REALLY necessary?"


UNTUK GADIS PEMALU

Assalamualaikum....

Hari Selasa hari tu, ada kenduri kecik kat office, sempena birthday Lil Sis Amy my office mate. Adalah makan-makan sikit. 



Menu tengahari tu Nasi Gorang China, Ayam Golek Nom Nom dan Cake Baker's Cottage. Alhamdulillah rezeki tengahari tu.


Ayam Golek Section 20 Shah Alam, memang best. Bau je dah tak tahan dah.


Ini pinggan msred. Jangan tertipu dengan size pinggan ni. Msred tak ingat berapa kali tambah lepas habis sepinggan kecik ni.


"Happy Birthday Ms Amy. Semuga dirahmati Allah, di permudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Thanks to Allah for another year." Hugs. 



Foot note: Atas permintaan Birthday Girl, takde gambar dia di sini. Malu katanya. Dept Account ni semuanya girlz, bos je lelaki. Dia orang semuanya pakat-pakat jadi pemalu pulak. So gambar makanan je ada, gambar orang yang makannya takde.

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BAGI WANITA

Assalamualaikum.....

Hukum memakai minyak wangi pada umumnya adalah HARUS  bagi wanita selagi tidak mendatangkan fitnah. Bahkan dalam keadaan tertentu, wanita amat digalakkan untuk memakai harum-haruman seperti ketika bersama suami di rumah.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Sesiapa yang diberi wangi-wangian maka janganlah ia menolaknya. Sesungguhnya wangi-wangian itu senang dibawa dan harum baunya." 
Riwayat Muslim, Ahmad, Nasaie dan Abu Daud.

Namun sekiranya pemakaian minyak wangi tersebut boleh mendatangkan fitnah seperti bau yang agak kuat hingga dari jarak jauh dapat dihidu oleh lelaki asing, maka hukumnya adalah HARAM.

Abu Musa r.a. berkata, Nabi SAW bersabda, 
"Perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian ia keluar dan melalui sekumpulan manusia supaya mereka dapat menghidu wangianya, maka ia adalah perempuan zina." 
Riwayat Ahmad, Nasaie, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah dan Thohawi.

Oleh itu secara umumnya penggunaan minyak wangi bagi wanita adalah HARUS. Namun, untuk mengelakkan penggunaannya secara berlebih-lebihan sehingga mendatangkan fitnah yang dilarang oleh agama, maka garis panduan dibawah perlu dipatuhu:


  • Diperbuat daripada bahan yang halal lagi suci
  • Menggunakan sumber yang bersih dan tidak berbahaya.
  • Bauan yang harum dan lembut, seperti kasturi.
  • Memakai wangian sekadar mengelakkan diri dari diaibkan ekoran bau badan atau peluh yang tidak menyenangkan dan bukan untuk tujuan menarik perhatian awam.



Buku Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan Lengkap Fikah Wanita

Disember 26, 2013

PENCARIAN BLOGLIST BULAN FEBRUARI/MAC 2014

Assalamualaikum...




Mula : 27 Disember 2013
Tamat : 24 Januari 2014

TIPS SHOPPING DENGAN ANAK-ANAK NAKAL

Assalamualaikum....

Selalunya bila pergi shopping for groceries msred memang akan bawa Iffan, Ian dan Iman sekali. Nak control 3 boyfriends tu, memang sukar. Sorang lari utara, sorang selatan sorang timur. Memang tak dapat kejar, selalu jerit je. Hahhaaaa...

Baru-baru belajar satu tips macamana nak pastikan anak-anak kita tak hilang dari sisi kita waktu shopping. Sebelum keluar rumah atau waktu dah sampai ke tempat yang dituju, kena clearly set the rules of shopping. Msred bagitau dia orang, tiga-tiga kena jalan sebelah msred atau sebelah troli kat mana msred boleh nampak dia orang. Siapa yang tak mahu dengar cakap msred kena duduk dalam troli.Ala-ala macam ugut. Iffan, Ian, Iman memang tak nak duduk dalam troli.



Tapi kadang-kadang, kalau shopping lama sangat dia orang bosan dan mula langgar shopping ruels msred. Jerit pun tak guna dah, dia orang tak nak dengar. Kalau sampai macam ni, msred keluarkanlah umpan. Either coklat ke atau i pad je. Terpaksalah nak suruh dia orang duduk diam-diam sebelah msred. Tapi jangan terus bagi umpan ni, kena tunggu dah tak boleh nak kawal dia orang baru guna.

Lagi satu msred pesan kat dia orang, kalau ada strangers tegur dia orang, jerit kuat-kuat panggil mama. Terus jerit kuat-kuat. Takut kalau strangers tu berniat tak baik. Tak kira lah malu ke tak, janji budak-budak tu selamat. Tapi setakat ni tak pernah lagi jadi camtu.


Dan kenalah ingat kan diri sendiri, jangan ashik sangat shopping sampai terlepas pandang kat anak-anak. Takut sangat kalau jadi benda tak baik pada dia orang.



MENU LUNCH MURAH

Assalamualaikum....




Menu lunch idaman untuk hari ini nak makan Ayam Goreng Upin Ipin kat Shah Alam ni, tapi ni je ada tengahari ni. Lunch yang sangat berkhasiat.



Ko hado ke?

Foot note: Sebelum makan Sun Maid ni msred dah makan biskut gula cicah air milo o.

TAHNIK BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum....

Semalam, ada jemputan dari Sister In Law ke majlis baca Yasin di rumah dia. My SIL jemput Ustaz Ahmad, yang biasa bagi ceramah di Yayasan Restu Shah Alam untuk mengetuai bacaan Yassin dan mengimamkan solat Zohor di rumah SIL. Jemputannya cuma adik beradik dan keluarga masing-masing je.





Lepas baca Yassin, solat jemaah zohor dan sedikit perkongsian ilmu isu mendidik anak-anak dari dalam perut ibu then ada buat Tahnik kat anak buah msred yang baru 2 bulan umurnya, Safiya.

Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). 

Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar.
Memula Ustaz Ahmad campurkan madu dengan kurma

lepas tu masukkan campuran dalam mulut Ustaz

then baru masukkan dalam mulut baby, gosokkan ke lelangit baby

Kalau tak nak panggil Ustaz atau alim ulamak buat tahnik untuk anak kita, ahli keluarga yang lain pun boleh buat sendiri. 

Lepas selesai majlis, apa lagi. Makanlah. Alhamdulillah.


MY IDEA OF GREAT MORNING

Assalamualaikum....



My idea of great morning. Breakfast and a good read.




Disember 25, 2013

JOKES : LITTLE JOHNNY

Assalamualaikum.....

Bukan kisah benar. Sekadar hiburan.



During an English lesson, the teacher ask the students,
"Now tell me. What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?"
 Little Johnny at the back of the class replied,
"A teacher."



Little Johnny asks a pregnant women,
"What is in your tummy?"
"My baby."
"Do you love him?"
"Of course I do."
"Why did you eat him then?"


Disember 24, 2013

THE HEIRS : BEHIND THE SCENE PICTURES

Assalamualaikum....


Cerita The Heirs ni, most of the time, actors nya semuanya serius je, sedih je. Susah nak senyum. Jom kita tengok gambar The Heirs punya cast tersenyum, having a good time while making the siries. Even si Rachel tu pun senyum and she look gorgeous.



Apa akan jadi kalau dia orang ni couple?










kalau ada The Heirs Season 2, dia orang ni gaduh lagi tak?












Sweet je tengok brothers ni, kat luar abangnya marah2,
dlam hati sayang...



Kalau ada season 2 boleh tak dia orang ni couple balik?





















Ni pun sama, luar gaduh2 dalam hati sayang2....



























BFF yang sangat sweet










ALL TIME FAVOURITE