Disember 04, 2013

BOLEH TAK JANGAN ASHIK BERKEPIT JE

Assalamualaikum.....

Sayalah orang yang paling busy sekarang ni!!!

Overstatement betul. Hahaa....

Macam biasalah kalau kat tempat kerja msred, kat Account Department ni, awal-awal bulan ni busy terlebih sikit. Nak settlekan account bulan lepas. Nak keluar lunch pun tak sempat. Correction, honestly. Malas nak keluar lunch. Kat sini tak banyak pilihan.

Orang busy ni, sibuklah boyfriend msred kat rumah tu telefon msred dari rumah. Memula si Iffan call, dia cakap....

"Mama, mana ipad?"

Msred jawab...

"Mama dah sorok." Sambil tergelak hahaaa.... " Pergi siapkan buku latihan yang mama bagi tu, baru boleh bagi ipad."

Second, Ian pulak call msred.

"Mama. Mama sorok ipad dalam bilik mama ke?"

"Mana boleh mama bagitau." Sambil gelak hahaaa jugak.

"Alah mama ni."

"Pergi baca ABC dulu baru boleh main ipad."

Dia orang ni ashik main ipad je dari pagi sampai ke petang. Bila msred dah balik memang tak boleh lah main lagi. Bila msred pergi kerja dia orang tinggal dengan nenek dia orang, memang msred bagi diaorang ipad tu. Senang sikit mak msred nak jaga dia orang. Takdelah lasak sangat. Tapi mak msred cakap dia orang tak berhenti main ipad tu. Berkepit je ngan ipad. Stress pulak dengar.

Macam mana ni? Macam mana nak ajar budak umur 7 tahun dengan 4 tahun dengan 3 tahun supaya main ipad 1 jam je sehari?

- Posted using BlogPress from my iPad

6 ulasan:

Anum berkata...

buat jadual

Unknown berkata...

kalau dah jumpa caranya jangan lupa share dgn saya tau msred. hahahaha..

ezyra taharin berkata...

budak2 sekarang memang susah nak berengang gan ipad.hehe semalam sepupu sye belikan anak nmbr2 dia samsung tab for kidz tu..yg abg plak dok main ipad.leps nie tkde da nak berebut..msing2 bkepit gan ipad n tab tu

aizamia3 berkata...

Saya berkeras tak bagi main ipad kat anak-anak kecuali waktu babah dorang ada.. masa tu baru dorang dapat main.. sebab bila bagi dorang akan leka.. sudahnya tv pulak jadi mangsa.. cuma, adalah sesekali bagi dorang main sebab kesian dok asyik merengek je..

Unknown berkata...

samalah mcm anak2 buah deqla kak.. asa jumpa jer laju jer amek henset atau gadget deqla.. pas tu berkepit la ngan mnde tu ke hulu ke hilir.. haih.. mmg kena sorok awal2..

joehaz berkata...

kalau budak bwh 5 tahun, mmg susah nak pisahkan dengan gajet2 ni. kalau umur atas pada tu, kita cakap elok2, mesti diorang faham.

ALL TIME FAVOURITE