Assalamualaikum.....
Semalam, oleh kerana kereta tak boleh start sebab masalah bateri, maka pergi kerja dihantar dan dijemput oleh orang lain. Waktu punch out office pukul 6 pm. Tapi yang berjanji nak jemput balik tu datang lambat. Sampai rumah dah penat. Lepas kemas rumah yang bersepah dengan toys hasil kerja little Iffan, Ian dan Iman, mandi terus Maghrib.
Lepas tu dah penat dan malas nak masak. Baru berkira-kira nak dinner luar, Prosperity Mc D ke. Tapi belum decide. Lepak-lepak dengan boyfriends kecik. Tetiba Iffan cakap...
"Mama. Mama ni gemuklah"
Hah, amek kau. Sentap tak?
Sentap tak bila boyfriend kata kita gemuk?
Dia tak tahu kita gemuk sejak ada dia dan adik-adik dia tu.
Boleh tak salahkan anak bila kita semakin chomel macam dipam-pam?
Dah, tak jadi belanja dia orang dinner. Dinner rumah je, no Mc D.
- Posted using BlogPress from my iPad
24 ulasan:
hihi
trus mama dia merajuk..hiih
erk..sungguh kah dia sound macam tuh....apakah benar...sentap for sure mamanya kan..
hi hi nyesal anak cakap..tak dapat makan McD
Blogwalking dekat sini..
http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/12/permohonan-br1m-30-2014.html
mama merajuk je bila boypren cakap gitoo kan..tak pe gemukk cumill manja2 gitoo kan...
hahaha..boyfriend kecik cakap lagi sentap dari kalau boyfriend besar cakap..
hahaha sentap 100hari dibuatnya :p
haha... kelakar la kamu ni
Gelak kejap bila baca entri ni...
anak lelaki nurul pun br je bbrp hari lepas ada cakap "mama ni dah gemuk la" ish2...
Kena diet ni... :(
sentap hati bila dikata gemok. -_- tak de kias2 dah. huhuu
tapi, kalau gemok nampak comel, apa salahnya kan kak. heheee
nory yang belum beranak lagi ni pon badan macam berpotensi nak gemuk jugak lepas bsalin nanti...huhuhuh...takutnya nak tgk cermin skrg..heee
haha.. mesti sentap habis..
hehehe comel mama merajuk yer... biasalah kak.. pas bersalin mmg badan di pam2 kan.. bukan sebab tak jaga badan ke ape...hormon tu...hehehe
hahahaa..kesian...xdpat mc D.. :)
comey sungguh bf akak.. heee.. pengakuan berani mati yer dia bg kat akak.. ;p
hehe, jom sis kita berdiet. ingat tahun depan nak start diet,.
http://notamanjaku.blogspot.com/
hehe. saya tak de boyfriend
Hahahahaha....selalu jer akak kena. Memang lepas tu merajuk sebulan...hahahaha
Berani sungguh BF kecik akak tu...hihihihi
terus hilang mood nak makan di luar.. budak-budak selalu berani cakap jujur.. kadang tu mereka pun pandai bergurau juga..
hihi sentap gak tu..apa la BF ni..
ahahahaha eksian dorang kak tak dapat mcD...
*kesian
Catat Ulasan