Disember 26, 2013

TIPS SHOPPING DENGAN ANAK-ANAK NAKAL

Assalamualaikum....

Selalunya bila pergi shopping for groceries msred memang akan bawa Iffan, Ian dan Iman sekali. Nak control 3 boyfriends tu, memang sukar. Sorang lari utara, sorang selatan sorang timur. Memang tak dapat kejar, selalu jerit je. Hahhaaaa...

Baru-baru belajar satu tips macamana nak pastikan anak-anak kita tak hilang dari sisi kita waktu shopping. Sebelum keluar rumah atau waktu dah sampai ke tempat yang dituju, kena clearly set the rules of shopping. Msred bagitau dia orang, tiga-tiga kena jalan sebelah msred atau sebelah troli kat mana msred boleh nampak dia orang. Siapa yang tak mahu dengar cakap msred kena duduk dalam troli.Ala-ala macam ugut. Iffan, Ian, Iman memang tak nak duduk dalam troli.



Tapi kadang-kadang, kalau shopping lama sangat dia orang bosan dan mula langgar shopping ruels msred. Jerit pun tak guna dah, dia orang tak nak dengar. Kalau sampai macam ni, msred keluarkanlah umpan. Either coklat ke atau i pad je. Terpaksalah nak suruh dia orang duduk diam-diam sebelah msred. Tapi jangan terus bagi umpan ni, kena tunggu dah tak boleh nak kawal dia orang baru guna.

Lagi satu msred pesan kat dia orang, kalau ada strangers tegur dia orang, jerit kuat-kuat panggil mama. Terus jerit kuat-kuat. Takut kalau strangers tu berniat tak baik. Tak kira lah malu ke tak, janji budak-budak tu selamat. Tapi setakat ni tak pernah lagi jadi camtu.


Dan kenalah ingat kan diri sendiri, jangan ashik sangat shopping sampai terlepas pandang kat anak-anak. Takut sangat kalau jadi benda tak baik pada dia orang.



17 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

betul tu... kena byk pesan mcm2 kat diaorg... mmg susah kontrol budak lelaki..anak ila yg syfqah sorang pompuan pun sama..,,tp ila mmg ajar diaorg jerit mama n papa kalau terpisah...

Unknown berkata...

deqla xde pengalaman sendiri lagi..tp tgk pengalaman akak .. haha.. ank dia yg kecik tu mmg dia jarang bawak.. slalu meragam time nk soping tu..smua dia nak.. heee..

Myra Jay berkata...

Selalu memang umpan gitu la nak bg diorang behave kat mall kan :)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

pesanan yang terakhir tu sangat2 lah umi setuju ..sebab umi selalu terserempak dengan ibu bapa yang biar je anak2 berlari sana sini ..dunia sekarang dh tak macam dulu .. tak selamat huhu

mummy_ayu berkata...

sama la..tapi mcm Ayu, kalau Iris.dia memang suka duduk dlm trolley walaupun dah besar..sbb dia malas nak jalan..penat. just control Ian jer la...risau gak tapi so far..ok jer sbb suruh dia jalan tolak trolley ngan Ayu

Nurul berkata...

Nrl pun camtu jgk....tapi ada bezanya anak pempuan n anak laki... anak pempuan ni dah disuruh ikut je mama, mmg x lepas dari mamanya... tp anak bujang sorang tu pantang lepa, suka sgt jln sorang2... tu kitorang selalu paksa dia dok dlm troli & umpan dia something yg boleh buat dia diam jap dlm tu...

QasehnyaRania berkata...

nice tips. boleh dipraktikkan satu hari nnti. thanks share.
doakan sy ye. tima kasih

norhasnizakhalid berkata...

nice tips kak, hihih, anak mama pun sama je, boleh pulak main lari-lari celah kain.. uh! geram pun ada

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

Cho Zila berkata...

anak2 saya okler pulak kalau bershoppingni senangler keje...

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bgus tips cmni..hihi

Pha Is berkata...

nice tips.. boleh amalkan bila dah ada anak nnti.. :)

Vee berkata...

sama mcm anak buah saya . klu dgr budak menjerit n kejar2 kat giant , mrk lah tu . si kakak yg selalu kena moniter .

syawalsimpsons berkata...

kena banyak berpesan ngan anak2 ni kan//.

PetakBunga berkata...

skrng anak kecil lg..x reti mintak2 lg. tak tahu lah bila dia dah start mintak2 nanti..haru gak nanti.

Wafee berkata...

Anak2 saya so far tak ada masalah... Baru 2 org, so xde masalah.. tapi kalau saya bwk anak2 buah yang kesemuanya lelaki, memang saya sumbat sume dalam troli... tak kire laaa nak ke xnk kee.. hehe.. sbb mmg xlaratnyeee kalau nk kejar... mcm MsRed ckp la.. sorg lari kiri, sorg lari kanan... Huhu.. Pening den...

Sya berkata...

xtau la anak si Aniq nnti mcm mana..harap2 nya baik aje la..

Affy Afiqah berkata...

sangat setuju dengan ayat last, jangan syok sangat shopping sampai anak entah ke mana..sekarang ni bahaya, zaman org suka culik budak2....

ALL TIME FAVOURITE