Disember 26, 2013

TAHNIK BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum....

Semalam, ada jemputan dari Sister In Law ke majlis baca Yasin di rumah dia. My SIL jemput Ustaz Ahmad, yang biasa bagi ceramah di Yayasan Restu Shah Alam untuk mengetuai bacaan Yassin dan mengimamkan solat Zohor di rumah SIL. Jemputannya cuma adik beradik dan keluarga masing-masing je.





Lepas baca Yassin, solat jemaah zohor dan sedikit perkongsian ilmu isu mendidik anak-anak dari dalam perut ibu then ada buat Tahnik kat anak buah msred yang baru 2 bulan umurnya, Safiya.

Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). 

Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar.
Memula Ustaz Ahmad campurkan madu dengan kurma

lepas tu masukkan campuran dalam mulut Ustaz

then baru masukkan dalam mulut baby, gosokkan ke lelangit baby

Kalau tak nak panggil Ustaz atau alim ulamak buat tahnik untuk anak kita, ahli keluarga yang lain pun boleh buat sendiri. 

Lepas selesai majlis, apa lagi. Makanlah. Alhamdulillah.


14 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum msred...alhamdullilah...:)

Unknown berkata...

kakak saya cerita. kalau di hospital HSA johor. Ada ustazah meround kat wad bersalin untuk tolong tahnik anak.. bagus sangat kan..

ayunidati berkata...

rai ourkizuma : wah baguskan kalau macam tu kan...

Sweetamieda. Blo berkata...

syukur alhamdulillah bila semua dah buat hehe

matahati-aishahazhar berkata...

akak pun dulu abah akak yg tahnikkan.. tapi abah akak just bw gula dari rumah... hehehe

Kayu Manis berkata...

Alhamdulillah syukur..

Mell Mariann berkata...

Alhamdulillah.. sy pun ustaz yang tahnikkan anak sy.. semoga menjadi anak yg solehah.. :)

aizamia3 berkata...

psstt: takde gambar close up ke baby tu.. ;)

+ e.z + berkata...

bertahnik yer? alhamdulillah :)

Nadia Johari berkata...

bertahnik baby..memang baik

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah

Pha Is berkata...

waa.. bagusnya, ikut sunnah nabi..

syawalsimpsons berkata...

alhamdulillah....teringat zaman syawal ngan izz..maktok dorang yang settlekan

PetakBunga berkata...

sara buat masa Luth umur 7 hari, ambil sunat.
diam senyum2 je luth masa orang selawat kat dia.
lepas orang turun balik, terus melalak..
depan orang ramai baik jer

ALL TIME FAVOURITE