Julai 13, 2011

BILA PEREMPUAN BERBUAL VS BILA LELAKI BERBUAL

Salam you alls,

Msred sedang dalam dilema. Nak potong ke tak rambut msred yang dah panjang sangat ni, dah macam vampire. Sayang nak potong tapi malas dah nak jaga. Banyak gugur pulak tu. Teringat dulu kalau msred potong rambut atau buat style rambut baru, kawan-kawan msred mesti tegur, komen, tanya macam-macam. Lebih kurang cengini...

Miss A..... Hai. Rambut baru ker?
Miss B..... Ha ah. Baru potong.
Miss A..... Potong kat mana? Berapa ringgit?
Miss B..... Kat Sunway, kedai hari tu. RM 250 jer. Potong sekali ngan treatment. Ko try la kat situ. Murah jer. Service dia bagus tau.
Miss A.... Yea ke? Dia punya stylist best tak? Dia payan tak kerenah kita? Dia bagi suggestion tak kita sesuai style macamana?
Miss B.... Dia suggest macam-macam kat aku. Dia kata shape muka aku memang sesuia dengan style macam ni. Muka aku kan bulat, bila buat style macam ni buat muka aku nampak kurus sikit.
Miss A.... Ye la. Muka ko nampak kurus sikit....bla...bla...bla....


Itu kalau perempuan yang tukar hair style dan ditegur oleh kawan perempuan dia. Punya la panjang borak dia orang. Berbeza dengan keadaan ini, bila yang tukar hair style tu lelaki dan ditegur oleh kawan lelaki dia. Perbualan dia orang biasanya macam ni....

Mr X.... Rambut baru ke?
Mr Y.... Ha ah...
End of story.


Betul tak kebiasaannya macam ni?

Perempuan kalau bercerita sesuatu topik tu boleh berjela-jela ntah ke mana tah. Berbeza dengan lelaki, kalau bercerita terus straight to the point.

Tu pasal kalau lelaki berbual dengan perempuan, lelaki suka bersungut...
"Perempuan ni suka membebel panjang-panjang lah. Malas nak dengar."

Dan perempuan pulak bersungut....
"Lelaki ni selalu tak nak dengar bila kita cakap. Ashik ha ah, yelah je. Tu je response dia orang. Macam tak nak layan kita cakap jer..."

Camana? Hheeee

- Posted using BlogPress from my iPad

16 ulasan:

farahin nasir berkata...

hahaha... mmg dah tebiat kita suke bercerite panjang2.. tp okey wat dari lelaki tu ha.. dieorg tak tnye sbb ego ha.. jeles la tuh, rmbut baru.. hahaha..:)

Hafizin Jamil berkata...

lelaki biasala..diorang rasa letih nak cakap benda2 yang panjang2.haha

Hanis MY berkata...

haha betul tu, tapi ada gak yang bergosip2 ok hik2...

Unknown berkata...

tapi kalau orang lelaki sambung lagi teruk..

X: Rambut baru ke?
Y: Haah
X: Harammm..teruk gila gaya..
Y: Ha tu la..haram minah kat kedai gunting tu salah gunting..nasib baik muka cun.ok la..

hahaha...

MizzTina berkata...

lelaki => simple is easy... hehe

msredcheesecake berkata...

Cik farahin... Memang best jadi pompuan ni...leh borak panjang2....hheee

Mr hj...letih ke? Berbual pon letih...hhee

Cik hanis....gosip kena layan.....

Cik rai....ada gak...hhaaa...mulut laki....

Cik mk.... Ya....betul...tapi pompuan mmg suka yg tak simple ni gaknya....hhee

safurara berkata...

hehehehe poton je kak.senang.skg ni musim panas.nk syampoo pon sng.

Zie Madini berkata...

hahaha...tu namanya connection between perempuan sesama perempuan, mesra alam gitu. lelaki sesama lelaki plak...tak mesra alam.

cewahhh akuuu..hahaha

Tanpa Nama berkata...

tu kire ok lah kalau ada yg perasan..hehe

ader jugak yg tak pernah perasan kalau dah potong rambut...huhu macam iklan ridsect tu..=.="

msredcheesecake berkata...

Cik rara...blom abih pk...kalu ikut senang, potong jer...

Cik zie...tu pasal kalu entry pompuan besqnya panjang...hheee

Cik aimie.... Hampeh nyer kawan kalu tak pasan msred potong rambut....hheee

Tanpa Nama berkata...

Jawapan lelaki normal macam tu ler. Kalau jenis yg dok cakap byk2 tu, majoritu adalah kaki ampu. LOL! Betul ke? ^^

msredcheesecake berkata...

mr thinker....msred suka cakap byk...kaki ampukah? hhheeee....

Tanpa Nama berkata...

msred, perempuan yg byk cakap itu normal. Macam kawan sy gak. tp x ada ngampu pn. Saya tujukan kpd lelaki. Hehehe. ^^

Izwa Kamaruddin berkata...

hahahhaa...sgt betul la entry nih!! :)

msredcheesecake berkata...

mrs eady...gitu kan kita pompuan ni...cerita sikit jer tapi berjela2....

Nur Fauzi berkata...

men from mars, women from venus....

ALL TIME FAVOURITE