Julai 29, 2011

KALAU TAK SUKA AKU TAK PE

Salam you alls,

Terkejut jugak bila tau dia tak suka kita. Tak tahu kenapa dia tak suka kita. Padahal kita bukannya selalu berbual atau berurusan dengan dia. Tension la kalau office mate tiba-tiba tak suka kita. Tension lagi sebab kita tak tahu kenapa dia tiba-tiba tak suka kita.

Pernah tak you alls alami benda macam ni? Tak ada angin tak de ribut tiba-tiba ada orang tak suka dengan kita, menyampah tengok kita. Ada tak alami?

Tension kan?

Well, dont be. Jadi macam Cik Chika ni. Dia tak layan sangat perasaan tak suka office mate dia. Dia tetap tegur office mate dia tu, bersahaja tanya soalan rutin macam, dah makan? Tadi breakfast kat mane? Just for the sake of saying hi kat office mate dia tu dan tunjuk kat officemate dia yang dia tak de cita-cita nak bermusuh.

Cik Chika tak mahu bermusuh dengan sesiapa, so dia ambil inisiatif untuk menegur officemate dia dengan harapan satu hari nanti akan hilang rasa tak suka tu, timbul pulak rasa suka. Mana tau boleh jadi kawan baik.

Kalau office mate dia tetap tak suka, tak pelah. At least dia dah cuba menjernihkan keadaan. Tak rugi pun kalau dia cuba menghubungkan silaturahim. Yang penting, jangan lah dia pun develop rasa tak suka, benci ngan officemate dia. Nanti sampai bermusuh kan tak bagus.

Note : Perasaan benci dalam hati akan membuatkan kita cepat nampak tua...

12 ulasan:

a.R berkata...

hihi..ada .... tp buat tak tau je..kemudian, baru2 ni baru dapat tau yang ada orang mencucuk... apa pun semoga dia bahagia, aku maafkan dosa dia...!

MizzTina berkata...

dl ada member MK mcm ni, ms kt U dl.. tibe2 tak suke MK.. MK mls lyn, lantak la.. Last2 ssh cri MK gak.. mcm keji je perangai..

Mish Eyryn berkata...

if org ta suke kite. . juz said "ade aku kesa" haha. . abaikan jewp laa. .

Yana Yassin berkata...

buat x tahu ja,.. mmg manusia x senang tgk org lain senang kan,... buat x tahu, lelama nanti dah x jadi hal lah,..

Isteri Encek Bard berkata...

hurmmm klu IEb buat dono jer.... mals nak layan org camtu...

msredcheesecake berkata...

cik muda, tu lebih baik kan?

mk, tak malu plak carik mk balik...hheee

syerz, tak yah layan tul tak?hheee

yy, sampai dia lupa...kalau dilayan bertambah mengada lak nanti...

ieb, betul tu.buat pening je...

Munn Jaafar berkata...

sy pun ada jugak...tah ape ke hey tak suka kat kita...tak cari pasal ape pun...abaikan je makhluk mcm tu

aizamia3 berkata...

sedang melalui keadaan itu.. rupanya dia bermuka2 selama ini..

rasa hormatku pada dia down.. oh! Hati sabarlah dikau..

MizzTina berkata...

mmg xmalu kannn...

msredcheesecake berkata...

munna, tak perlu tensen krn dia...

aizamia, sabar...takyah layan...

mk, jilat ludah sendri...hhee

anismelon berkata...

anis salu cakap gnie msred.."sy tak leh pakse awk tok selalu suke sy..ape yg sy tau..sy tak nak ada musuh..so terserah awak..haaaa..anis gnie la..nak kawan kawan..tak nak lantak situ..

msredcheesecake berkata...

cik anis, direct to the point...hheee... i like...

ALL TIME FAVOURITE