Julai 28, 2011

HUTANG DENGAN TOL GATE GIRL

Salam you alls,

Tadi tetiba teringat kisah lama. Kisah sewaktu berumur setahun jagung, time study dulu.

Pada satu hari Sabtu yang indah, bf ajak dating. Msred cakap sorry tanak, sebab sedang kekeringan saku. Terus terang msred cakap satu hinggit pun takde. Dalam bank pun dah habis. Mr bf cakap tak pe la. Nanti dia bagila duit minyak kereta dengan duit belanja sekali. Mula-mula msred kata takyah la. Dia try pujuk lagi. Msred pun fikir, bukan senang nak dating ngan mr bf ni sebab dia asik busy kerja jer. Ni dah alang-alang dia free dan nak pulak ajak dating, msred pun kata ok.

Lepas bersiap melaram tak ingat, maklumla nak dating, msred pun drive la dari kolej ke Subang Jaya, janji ambik mr bf kat sana. Dari kolej ke Subang Jaya lalu 2 tol. Dekat nak sampai tol pertama Msred terkedu....

Mampos aku nak bayar tol ni pakai duit ape? Nak patah balik memang tak tahu nak ikut jalan mana nak patah balik. Godek-godek tempat duit syiling dalam kereta jumpa lah beberapa ketul syiling cukup nak bayar tol. Lepas tol pertama.

Tapi hati dah tak senang sebab fikir, duit memang dah takde nak bayar tol yang kedua.

Fikir punya fikir, dengan berat hati msred beraturlah kat tol tu sampai giliran msred. Msred cakap sorry kat tol girl tu, terang-terang je cakap takde duit nak bayar tol. Memang kalau tengok muka tol girl tu tau dah dia mesti bengang gila dengan msred. Msred memang rasa bersalah. Kalau msred tau jalan nak patah balik ke kolej memang msred patah balik. Tak kan nak susahkan diri dan nak susahkan tol girl tu. Oleh sebab banyak kereta dah beratur kat belakang msred, tol girl tu terpaksa lepaskan je msred, tapi for sure dengan diiringi sumpah seranah. Mesti dia cakap...

Melaram macam artis, bawak kereta. Duit tol pun tak boleh bayar. Berlagak!!

Bila msred cerita kat mr bf dia boleh layan gelak. Pas tu dia tanya, kenapa tak tanya nama dia? Boleh kita pergi balik tol tu jumpa dia dan bayar balik hutang tol tu supaya tol girl tu tak susah.



Sumpah waktu kat tol tu msred memang tak terfikir langsung nak buat macam tu sebab masa tu tengah tensen menahan malu.

Macamana nak cari tol gate girl tu balik nak bayar hutang. Susah hati lah tak bayar hutang?

13 ulasan:

Aesya Zealous berkata...

wahahha...takotnyee kalau jd cmtu.. satu hari nnt lalu la tol tu..parking tepi jalan then cari tolgate girl tu..hohohoho

kaizen berkata...

nasib baik lepas...

*ade org kate bykn selawat supaya urusan didunia ni dipermudahkan...

entry for today Spontaneous Thursday : Niat & Urban-or-Disaster

Tanpa Nama berkata...

Hehehe~ Lucu jek. :)

Nasib baik dilepaskan. Kenapa x minta mr bf transfer duit sikit sblm bertolok? Preparation masa perjalanan nak date, boleh guna kalau urgent mcm tu. :)

MizzTina berkata...

hehe..dia dh halalkan kot..

safurara berkata...

hah akk?biar betul takkan kot.then cane?bape hengget hutang nya.hope budak tu dh halalkan.heheh

Unknown berkata...

msredcheese..harap2 dia ada baca your blog..nanti boleh dia claim balik duit tu..hahaha..

iyan shazlind berkata...

tergelak baca entry ni...mesti buat muka sehabis baik kan time kt toll tu...nasib baik dia lepaskan :)

Rean berkata...

haha kelakar lah msred, ala tape tak sgajekn? makeup tak lupa tp duit syiling boleh lupa hehe

msredcheesecake berkata...

aesya, masalah nya benda ni dah lama jadi....

kaizen, panik masa tu tak boleh piki da...

mr thinker, bf tatau bank in duit masa tu...hheee

mk, kalau tengok muka marah dia, macam tak je...

rara, rm 1.10....harap gitu lah...

rai, hahaa... macam tak je...

iyan, muka takut sebenarnya....hhee

bobo, tu la pasal, leh lupa lak duit tol...

Tanpa Nama berkata...

Aloloo~ Xpe2, lagipun dah lepas perkara ni. Si gadis penjaga tol pun sudah lupa agaknya. :)

msredcheesecake berkata...

mr thinker, bule ke dia lupa? kalau dia tak halalkan, problem la msred...

Tanpa Nama berkata...

Boleh punya. Saya yakin. Kalau dia x lupa, pasti dia akan memaafkan msred juga. Saya yakin dia mesti faham punya. Mungkin masa tu dia terasa panas. Tapi dari masa ke semasa, pasti dia akan faham juga. Msred berdoa saja semoga si penjaga tol itu menghalalkannya. Amin~ :)

msredcheesecake berkata...

Mr thinker, harap gitula....amin...

ALL TIME FAVOURITE