Bahagia. Semua orang nak bahagia. Bahagia ada di mana-mana. Kita kena pandai cari. Bahagia ada untuk semua orang. Kita kena pandai dapatkannya.
Siapa yang boleh buat kita bahagia?
Dari pengalaman msred, dari pembacaan dan pemerhatian, bagi msred, tak ada orang lain yang boleh buat kita bahagia selain dari diri kita sendiri. Mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan, kekasih, belum tentu boleh buat kita bahagia kalau kita tak berusaha nak bahagiakan diri kita.
Mak dan ayah tak boleh buat kita bahagia kalau kita memang jenis yang tak mahu dengar nasihat mak ayah kita, memang tak boleh ngam dengan mak ayah. Macamana nak bahagiakan diri? Kita kena usaha jadi anak yang baik pada mak ayah kita, otomatik kita akan bahagia. Kita kena usaha.
Adik-beradik tak boleh buat kita bahagia kalau kita ada rasa tak suka, irihati dan cemburu dengan adik-beradik kita. Macamana nak bahagiakan diri? Kita kena berusaha jadi adik-beradik yang baik dan saling sayang menyayangi dengan adik-beradik, otomatik kita akan bahagia. Kita kena usaha.
Kawan-kawan tak boleh buat kita bahagia kalau kita ashik nak buruk sangka dan cemburu dengan kawan-kawan dan tak pandai nak hormat kawan-kawan. Macamana nak bahagiakan diri? Kita kena pilih kawan yang terbaik dan berusaha jadi kawan yang terbaik pada kawan-kawan yang terbaik ni, otomatik kita akan bahagia. Kita kena usaha.
Kekasih tak boleh buat kita bahagia kalau ada rasa curiga dan prasangka negatif dalam hati. Macamana nak bahagiakan diri? Kita kena pandai pilih kekasih yang sempurna sikap dah hati baiknya dan berusaha jadi kekasih yang sempurna sikap dan hati baik kita, otomatik kita akan bahagia. Kita kena usaha.
Kesimpulannya, bahagia tak kan datang bergolek bersama mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan kekasih. Kita kena usaha pastikan mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan kekasih mampu bantu kita mencapai kebahagiaan. Kita sendiri kena usaha. Kita sendiri je yang boleh buat diri kita bahagia. Akhir sekali, minta pada yang betul, tuhan kita. InsyaAllah....
- Posted using BlogPress from my iPad
13 ulasan:
bahagia tu suma dari tuhan, just kena sll berdoa je untuk dapat kebahagiaan
untuk usaha lak, just be a better man/woman day by day...insyaAllah ok...
betol msred. kalau kita xberusaha untuk membahagiakan diri sendri,kita takkan behagia
betul tu..bahagia pun boleh dicari,kena sentiasa berdoa.berdoa tanpa usaha pun tak boleh jugak
ada org pelik dia mintak dengan tuhan tapi tak dapat2..jgn sedih sbb tak dapat mungkin ada 2 sebab
(1)salah cara berdoa
(2)Allah always has a better plan for us.So jgn putus asa
selamat beramal :)
setuju yg last tu..bahagia xkn dtg bergolek...
kita sendiri kne berusaha mengecap kebahagiaan tu :)
yup yup..betul betul..eceli kebahagiaan toh ade..kite kene pandai pandai cari..mcm mcm care leh kite wat if na bahagia kan..:)
BAHAGIA memang satu perasaan yang best!haha
semua orang nak bahagia.. bagaimana macam mana kitalah yang kena tentukan.. betul caranya bahagialah hidup.. dalam masa yang sama jangan lupakanNYA kerana dialah tempat paling bahagia untuk kita..
You alls,
Ada yg selalu mengeluh tak happy, rupa2nya dia sendiri tak berusaha nak happy.harap sumer benda datang bergolek.akal yg waras tentu taumitu cara yg salah...
setuju sangat,
apa2 pon, pokok pangkal nya diri sendiri. ;)
Cik siti,
Setuju...hheee
Catat Ulasan