Apa yang perlu ada pada pasangan yang baru berkahwin dan apa cabaran yang bakal dihadapi oleh pasangan ini pada tahun pertama perkahwinan mereka.
Atas permintaan seorang blogger, msred nak berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman msred sendiri. Entah kenapa agaknya blogger ni boleh terfikir nak minta pendapat msred. Msred rasa macam tak berapa nak layak jer nak bagi pendapat memandangkan usia perkahwinan msred baru setahun jagung. Tapi untuk tidak menghampakan peminat, erk salah, sahabat blogger msred, msred share je apa yang msred tahu.
First, buat permulaan, niat berkahwin tu kenalah betul. Salah satu niat yang paling baik bagi msred adalah untuk membahagiakan pasangan, keluarga dan diri kita sendiri. Jika kita berkahwin dengan niat tersebut, dan disertakan dengan kesungguhan, insyaAllah, segala perbuatan kita akan kita jaga untuk memastikan pasangan kita bahagia. Bila pasangan bahagia, insyaAllah kita pun akan bahagia.
Second, ilmu. Kalau ada niat dan kesungguhan nak membahagiakan keluarga, tapi tak tahu cara yang betul susah jugak. Pasangan baru berkahwin ni kena tahu bagaimana nak melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cara yang dapat membahagiakan pasangan. Ada orang yang mampu laksanakan tanggungjawab tapi gagal membahagiakan pasangan. Contohnya, suami mampu menyediakan segala keperluan material isteri tapi gagal meluangkan masa berkualiti dengan isteri. Tanggungjawab dilaksanakan tapi bukan dengan cara yang boleh membahagiakan pasangan.
Faham? Macam cikgu pulak. Msred tak suka jadi cikgu. Hheee...
Cabaran yang bakal dihadapi oleh pasangan baru berkahwin ni. Bagi msred, cabaran tahun pertama perkahwinan sangat menduga akal dan hati, mostly hati. Ada orang kata, kalau kita mampu hadapi cabaran tahun pertama perkahwinan dengan sempurna, insyaAllah kita akan dapat hadapi cabaran seterusnya dengan lebih mudah.
Adjustment. Cabarannya kita perlu adjust segala-galanya. Dulu sorang, anak dara, anak teruna. Sekarang berdua. Dulu apa-apa kita buat pun kita fikir diri kita je, buat untuk diri kita je. Sekarang apa kita buat semuanya kena ambil kira pasangan kita sekali.
Ingat senang nak adjust? Susah tau.
Weaknesses, learn to accept and live with it. Bila dah kawin, segala kelemahan, perangai tak berapa nak cantik pasangan mula nampak satu persatu. Contoh, dulu tak tau sekarang dah tau yang isteri kita tak pandai masak. Asal masak je tak sedap. Masak cekodok pun tak sedap. Isteri bukan malas masak, cuma masakan dia tak sedap macam masakan mak kita. Camana nak buat? Satu je peringatan untuk kita semua termasuk msred sendiri.
Setiap kita ni semuanya ada kelemahan masing-masing. Kalau pasangan kita boleh terima kelemahan kita, kenapa pulak kita tak nak terima kelemahan pasangan kita. Kalau suami asik komplen masak tak sedap siap ugut nak makan kat luar lagi, nanti isteri kata cengini...
....eleh....komplen lebih-lebih pulak. Ko ingat ko hebat sangat. Dia tak tau yang dia tidur berdengkur macam beruang menyalak, orang tak suruh tidur luar pun....kecoh je...
Itu je la msred nak kongsi. Apa pun keputusan yang kita buat selepas bertukar status ni, kena hati-hati sebab ianya melibatkan bukan hanya pasangan kita, tapi mungkin juga keluarga pasangan kita. Fikir jangka panjang. Fikir jauh-jauh....
Nota : segala contoh dalam entry ni takde kena mengena dengan hidup msred....
- Posted using BlogPress from my iPad
25 ulasan:
boleh jadi panduan ni (=..
msh mengasah minda utk bersedia menempuh alam rumahtangga...
trm ksh kongsi..
setuju =)
sgt bermakna. err leh x nk aplly dalam khdpn org yg xkawen ag spt cik lieyda ni? hehe
msred.. linda dh lalui semua ni..tp dugaan tu xde hebat mana..biasa je..sebab linda & suami masa bercintan dulu tak HIPOKRIT & bukan talam bermuka2...hihihii...sblm berkahwin masing2 dah tunjuk perangai yg sbnar..so bila dh kawen ni,masing2 dh faham karenah pasangan..jadi bakal2 pengantin,takyah nk kontrol2 lah..tunjuk je sape diri kita sendiri...lebih mudah...
(eh panjangnye komen,,sorry)
nasihat panjang dari msred..dah kawin nanti baru bro tau macam mana...sekarang,senyap dulu..d
ohh miss!!!
cuak plak nk kawen nyh,, hahaha,,
tq Ms red :) ...walaupon komen zippo tak panjang tapi hati ni gembire sebb ade sedikit panduan utk Zippo nanti :)
Faham cikgu!!mekasih cikgu!!hehe
perkongsian yg sgt bermanfaat..=)
btl tu msred
kena la terima hakikat.. muka laki/bini cun macam mana pun kentut tetap busuk..hihihi..
salam kenal...really nice entry!
mis red..kena saling melengkapi kan ;)
tiap manusia ada kelemahan dan kelebihan dan itu la yg melengkapkan pasangan..
kalau dua2 sehati sejiwa pun bosan gak sbb smua pun sama..kena ada yg lain baru sronok..ecehh ;)
cik aimie, cik mk...sama-sama...
cik masni...tq...
cik lieyda...dengan tunang ok kot...hhee
cik linda...panjang pon takpe...
bro...citer pasal kawen panjang sket...hheee
xsaba nk kawen kak.hehe
tu la..bile la gua nk kawen ni..argghhh!
Cik yana,
Jgn cuak nak kawen..kawen best...heee
Mr zippo...nak kawen yea? Heheee...
Cik kh... Sharing is caring...
Mr hamzah....betul...hheee
Cik rai...bila dah tak sayg nanti barulah terbau busuk...
Cik hanis...tengss....
Pinky momma....perbezaan personaliti buat marriage lagi meriah...hhee
Cik rara....Tak lama lagi kan? Hheee.....best kawen ni...
Gua....muda lagi kan? Relax la...
thanks msred kongsi :) wlauo blom ade plan nak kawen. tp leh gune utk mase akn dtg :)
Cik ezan....sharing is sweet....msred kan sweet..hhaaa...
msred dah kawen upenye..betul la nie..bile dah kawin lagi perlu terima seadanye..
Cik anis...betul tu....hheee
Bgs entry ni. sumber rujukan utk org yg jenis bakal pengantin cam zie...hikhikhik
xsabar rasanya nak melangkah kaki ke alam tu, tp bila bace contoh2 msred ni kne pk2 dulu..hehe..
br setahun ea..anak dah bape?hehe
Catat Ulasan