Julai 05, 2011

MISS AND MR POPULAR

Salam you alls,

Teringat zaman sekolah dulu. Setiap sekolah mesti ada student yang diiktiraf popular oleh warga sekolah, sama ada lelaki atau perempuan. Popularnya dia orang ni sampai ada yang rasa cemburu. Berbaloikah cemburu dengan mr dan miss popular ni?

Ciri-ciri student popular ni termasuklah...

1. Lawa atau kacak
Kalau student tu masuk kategori paling cun kat sekolah tu, automatik kita akan labelkan dia popular. Semua warga sekolah termasuklah mak cik kantin dan tukang kebun kenal dia. Ada yang berangan nak popular macam dia dan ada yang cemburu dengan kepopularan dia. Otak dia pandai ke tak ke tolak tepi.

2. Hebat digelanggang sukan
Biasanya lelaki yang hebat main bola sepak ke atau perempuan yang hebat main bola jaring ke senang nak popular. Kadang-kadang muka tak de lah cun sangat tapi disebabkan dia hebat di padang, semua orang kenal dia, sampaikan budak sekolah kampung sebelah pun kenal dia.


3. Terlebih pandai dalam kelas
Golongan ni pun senang popular. Dahlah exam jer dia score A je memanjang, selalu wakil sekolah dalam acara pidato lah, berbahaslah sampaikan satu kampungtermasuk kampung sebelah pun kenal dia. Mak cik-mak cik mulalah berangan nak jadikan menantu.

4. Terlebih jahat
Golongan ni pun popular jugak sampaikan semua pak cik polis di balai polis berhampiran kenal dengan dia ni. Semua warga sekolah dan warga kampung kenal dia dan selalu berdoa jangan lah budak terlebih jahat ni mengganggu hidup dia orang.

Sekarang ni, bila msred termenung sorang, ada gak terfikir. Apa jadi kat budak-budak popular masa sekolah dulu? Adakah masih popular macam zaman sekolah dulu? Happy ke hidup dia orang?

Macamana pulak golongan yang biasa-biasa jer, yang tak popular macam msred ni? Happy ke dia orang?

Bagaimana agaknya status popular masa sekolah dulu boleh mempengaruhi kehidupan kita sekarang ni? Adakah status popular masa sekolah boleh menjamin kebahagiaan hidup kita bila dah habis sekolah?

Apa moral dari entry ni? Pendapat you alls?

- Posted using BlogPress from my iPad

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy x ada dalam senarai di atas untuk popular. Macam mana ni msred?? ^^

Kalamhati berkata...

moral op de story, jadilah diri kita seadanya..tho tak glamer pun totap bahagia..hehe

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata...

mase skol rendh ngan uni, maera kat no 3. tapi kalau skol menengah, takde dlm lists = student paling kuat tido dlm kelas.uhuhu~

MizzTina berkata...

sy suam-suam kuku je ms skolah dl.. bila dh hbs skolah ni, siap ada yg xkenal lg pdhal satu skolah..haha

Encik JI berkata...

encik Ji budak paling nsem kt tadika dlu. haha

Zie Madini berkata...

pssstttt back in high school dulu. zie dlm kategori popular student. Ramai laki n jdkn awek...ramai adik² nk jadikan kakak angkat...cewahhh! hahaha

manis wooo kenangan zaman kegemilangan tue..aharkssss! :P

AimiiiLove berkata...

saye dlm kategori...ermmmm...entahlah mrcc.hehe

msredcheesecake berkata...

Femes belaka la you alls ni...ada yg malu nak ngaku femes ...hheee...

AimiiiLove berkata...

MRCC tu MSREDCHEESECAKE lah dear. :)

Fasihah Supian berkata...

balas jejak gegar sini..hehehehe


wah pakai ipad ;)

ALL TIME FAVOURITE