Julai 09, 2011

NAK MASUK PUN KENA ADA ADAB

Salam you alls,

Duduk rumah je ke hari ni? Ke ada yang sibuk pergi berhimpun? Dulu masa sekolah bukan main malas lagi nak berhimpun di depan sekolah setiap pagi. Hari ni tak de sape suruh berhimpun sibuk pulak nak berhimpun. Sukahati lah. Apa-apa pun buat keputusan dengan bijak ok sebagai tanda kita dah matang.

Dah habih cerita paal berhimpun. Nak cerita pasal lif pulak. 

You all tahu kan nak naik lif ni ada adab dia, cara yang betul dimana kalau kita ikut akan membuktikan kita ni orang yang civilized dan boleh berfikir serta bertidak dengan matang? 

Salah satu tatacara nak naik lif dengan beradab adalah tunggu orang di dalam lif keluar dulu, kalau ada, then baru kita yang kat luar ni masuk. Senang je kan nak ikut tatacara naik lif ni. Kalau kita kat luar, tunggu orang dalam lif yang nak keluar, keluar dulu. Dah habis baru kita masuk. As simple as that.

The problem is, ramai yang tak boleh ikut, tak nak ikut dan tak berminat nak ikut. Apa sebabnya, dia orang jer yang tahu. Pelik betul. Tatacara tu pun adalah untuk mengelakkan kita bersesak kat pintu lif berebut nak keluar lif, berebut nak masuk lif at the same time. Nanti ada pulak yang telanggar lah, terpijak kaki lah, tertinggal anak kecil kat dalam atau luar lif lah sebab sebok sangat nak berebut kat depan pintu lif.  

Siapa susah? Kita jugak kan?

Tata cara ni dibuat untuk menyenangkan kita, bukan nak bagi kita susah. Itu pun ada orang yang tak nak ikut. Tak faham betul. Kenapa msred membebel pasal tata cara nak naik lif di hari sabtu yang tenang ni? 

Pagi tadi, msred naik lif nak turun ke basement parking. Msred berdua jer dalam lif dengan seorang pregger, dalam 6 - 7 bulan kot. Msred nak turun LG, Cik pregger tu nak turun tingkat satu. Tapi, sebaik jer pintu lif terbuka kat tingkat satu, belum sempat Cik pregger tu turun, manusia yang ramai sadang menunggu kat luar lif terus meluru masuk. Dah Cik pregger tu tak dapat turun. Cik pregger tu diam, mengeluh jer. Dia turun tingkat LG ngan msred pas tu terpaksa tunggu dan naik lif balik. Msred terus ke kereta la.

Kesian Cik pregger tu. Oh yea, kebanyakan manusia yang meluru masuk sampai orang dalam lif tak sempat nak keluar kebanyakannya lelaki (releven ker?).

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe..hari ni dok umah diam2 jerlah msred...hehe...erm tula pasal kesian btl kat miss pregger tu...mentang2 lah link (ayat sepah) dye xde sekali...mereka berbuat begitu...x respect lgsg

Unknown berkata...

btol sis. nymph je kdg2 nak rebot2

SheyPull berkata...

nak cepat mcm tu la..:)


JOM singgah blog saya nak...BERSIH kew?

aizamia3 berkata...

nape akak preggy tu senyap je, patutnye tegurlah orang yg meluru masuk tu, biar ada rasa malu sikit..

eee... geram pulak akak dengan keadaan macam tu, tapi dikebanyakkan tempat memang macam tu, semua nak cepat tanpa hiraukan perasaan orang lain..

msredcheesecake berkata...

Manusia pentingkan diri sendiri jer semakin ramai....ni la akibatnya....

Kalau msred jenis berani, msred marah jer dia org tu...tapi msred penakut...hhee

Unknown berkata...

ish..tak baik ah salahkan lelaki je..pompuan pun sama..senang cite orang yg xde adab..xleh salahkan lelaki..gua sopan je masuk lif tau..siap tunduk tgn kt blakang oke..

ALL TIME FAVOURITE