Januari 31, 2012

KENAPA PEREMPUAN BURUK LELAKI CUTE?

Assalamualaikum....
Selalu juga tengok kes macam ni. Kalau lelaki sedang cemburu, paling kuat pun dia buat muka berkerut je, masam kan muka. Mulut takde lah bebel sangat. Suka kita tengok lelaki buat muka cemburu dia.
Tapi kalau perempuan bila cemburu. Dahlah mulut tak berhenti membebel, marah-marah. Buat pulak muka garang macam tiger, mata sengaja dibesarkan konon garang gila. Yang cun pun jadi tak berapa cun.
Apasal?
Adakah kerana lelaki suka kontrol macho, tak suka nak mengamuk tak tentu pasal nanti nampak tak hensem. Adakah kerana lelaki ego, terasa tak berapa nak macho kalau nak cemburukan lelaki lain sebab nanti dia akan rasa lelaki lain tu lebih hebat dari dia?
Adakah kerana perempuan suka bertindak ikut perasaan dan memang dah tak kisah kalau muka jadi macam tiger kalau tengah marah. Adakah kerana perempuan tak ego, memang suka mengaku dan tak kisah tunjuk muka tiger kalau cemburu?
Entahlah.
Note : Lelaki baran terlampau sungguh tak kiut kalau cemburu, lebih-lebih lagi kalau ada tindakan fizikal.
Note : Lelaki, kalau cemburu jangan mengamuk. Buatlah muka kiut. Kita orang perempuan ni suka muka cemburu kiut ni.

SALAH KAH SAYA SUKA KAT DIA?

Assalamualaikum....
Dalam i pad saya ada wallpaper gambar dia. Saya download clip cerita dia. Beli tau, bukan free. RM 20 untuk 50 episod.
Bukan saya saja suka. Iffan, Ian, Iman pun suka dia. Saya cuba cari stuff toy gambar karakter dia tapi tak jumpa. T shirt ke, key chain ke, beg ke atau apa-apa produk berkaitan dia tak jumpa. Kalau jumpa saya mesti beli (kalau tak mahal sangat).
Saya suka layan cerita dia. Setakat ni tengok dua tiga kali pun belum bosan lagi. Dia cute, pandai, kelakar dan baik hati. Kalau lah dia sudi keluar dengan saya, saya bawak dia pergi tengok wayang. Pergi playground, kedai buku. Lepas tu bila dah lapar pergi makan mekdi. Mesti best.
Saya sukalah kat awak.



Salah ke saya yang dah jadi mak budak ni suka kat dia?

Januari 30, 2012

KENAPA KENA JADI BANGAU?

Assalamualaikum.....
Sangat tak suka bila time meeting, bila bincang tentang sesuatu masalah yang timbul, kita bukannya sibuk cari penyelesaian tapi sibuk nak menuding jari. Kenapa kita ni bila ada masalah saja, suka sangat cari orang yang nak disalahkan, sibuk cari siapa punya angkara. Lepas tu habiskan masa berejam bebelkan orang yang buat salah tu. Bukannya sibuk habiskan masa bincang penyelesaian yang sesuai. Apa yang patut kita buat untuk betulkan masalah.
Macam lagu melayu, Bangau oh Bangau. Sibuk cari siapa salah, tak de pulak usaha nak cari penyelesaian. Salahkan orang itu salahkan orang ini. Best ke tuduh menuduh, menuding jari ni? Boleh settle problem ke? Pelik perangai orang kita ni, sampai ada buat lagu yang seolah-olah mengambarkan memang perangai orang kita ini suka menuding jari dari mencari penyelesaian.
Macamana nak ubah habit ini, yang dah berakar umbi dalam masyarakat kita? Akar tunjang. Nak tebang, nak buang pun dah susah. Kuat sangat asasnya. Apa kata kita mula ajar anak-anak kita untuk ubah mentaliti dan cara hidup yang tak berapa bagus ni. Berhenti menuding mencari siapa salah, mula menjemput cari penyelesaian bersama.
Note : Tak mahu jadi bangau.

WELCOME HANDSOME BOY

Assalamualaikum.....
Last week, hari Jumaat 27 January pukul 630 pm, my little sister Nazatul Amilin selamat melahirkan baby boy. Congrats Alin dan Alif for your newborn baby boy.
InsyaAllah akan diberi nama Ameer. Nama penuh belum confirm lagi. Still open for suggestion. Itu yang msred dan adik-adik yang lain sibuk bagi suggestion dan menghasut mama Ameer supaya memilih nama cadangan memasing. Seronok rasanya kalau ada orang guna suggestion kita untuk namakan anak dia. Bangga. Nanti boleh cerita 1000 kali dekat orang.
Hari Sabtu dan Ahad msred habiskan masa kat Sime Darby Medical Centre melawat baby Ameer. Eksaited rasa macam msred pulak yang baru dapat baby. Nak main dengna baby je.
Aduh.... Tak tahan tengok baby comel ni. Rasa macam nak buat baby sendiri pulak. Hheehee....
Oleh kerana newborn memang tidur 22 jam sehari, ashik dapat ambil gambar dia tidur je. Asal msred datang melawat baby Ameer, tidur je. Adik msred cakap dia suka jaga malam, siang tidur. Sabar je lah. Tak kan nak datang melawat baby Ameer malam pulak.
So, untuk awal tahun ini, inilah cucu mak msred yang kelima. Cucu lelaki yang kelima. Setakat ini semua cucu mak msred lelaki. Pening kepala mak msred tunggu yang pink pulak.

Januari 27, 2012

RUTIN SPECIAL HARI JUMAAT

Assalamualaikum....

Msred dan rakan sepejabat msred, Cik Ina, ada rutin hari Jumaat. Kalau hari biasa, weekdays, kita orang makan simple-simple je untuk lunch. Roti je ke, kopok je ke. Isnin sampai Khamis lunch yang simple.

Tapi hari Jumaat, disebabkan rehat lama, dari 1215 sampai 1445, kita orang suka melepak kat kedai makan yang best-best, lama-lama. Kiranya hari lain kita orang makan simple-simple, hari Jumaat baru kita orang belanja diri sendiri makan best sikit.

Hari ini, msred dan Cik Ina makan kat Noodle Station. Msred order Mee dan black pepper drumstick dan air Mocha Ice Blended with Chocolate Chips.






Rasanya harus lah sedap. Dah bayar mahal-mahal kalau tak sedap, haruslah boikot kedai tu. Hari ini habis RM 25 untuk lunch. Tapi puas hati, tak apa mahal sikit.


- Posted using BlogPress from my iPad

BILA MANUSIA, KURANG SAYANG MANUSIA YANG LAIN

Assalamualaikum....

People are to be loved and things are to be used. The problem arises when things are loved and people are used.


Alangkah indahnya kalau kita manusia ini boleh hidup saling menyayangi. Tak akan ada sebarang bentuk penganiayaan, kecil atau besar.

Tak akan ada yang kehilangan anak, adik beradik dan keluarga kerana harta. Tak akan ada penipuan diantara sahabat kerana rebutkan company. Tak akan ada kahwin paksa kerana harta sendiri belum cukup lagi. Tak akan ada yang kehilangan nyawa hanya kerana seutas rantai di leher.

Banyak keadaan seumpanya dapat dielakkan.

Hanya kerana kalau kita manusia lebih sayangkan manusia yang lain daripada sayangkan material.

- Posted using BlogPress from my iPad

NAK DAPAT BABY

Assalamualaikum.....

Seronok sangat nak dapat baby. Ketuban dah pecah, dah on the way ke hospital. Tak sabar nak tunggu baby lahir. Bertambah meriah lah keluarga besar msred.

Tak sabar nak cubit pipi baby. Tak sabar nak gigit tangan gebu dia. Tak sabar nak borak-borak dengan dia. Tak sabar nak ajar dia panggil Aunty.

Doakan adik msred dan baby selamat boleh?

Note : Tiba-tiba rasa nak balik nak pergi hospital. Tak nak kerja boleh?


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 26, 2012

MAK BUDAK PERASAN MUDA

Assalamualaikum.....

Sekarang ni ada rutin baru. Setiap malam lepas hero-hero tidur, msred akan melayan cerita-cerita melayu kat @tonton.com. Aishiteru, Vanila coklat, Ariana Mikhail, Dingin Lavender. Semua best. Dah start follow dah tak boleh tinggal dah.

Tapi yang paling best, bila melayan cerita orang muda yang dibuat pun untuk orang muda ni, automatik terasa diri macam orang muda remaja gitu. Perasan macam baru belasan tahun, sweet 17.

Dah lah kat pejabat kawan dengan orang muda je semua. Bukan sebab memilih kawan nak dengan orang muda saja. Kat pejabat memang ramai adik-adik, dari yang sebaya dengan atau lebih tua dari msred. Itu yang buat msred selalu terasa dan perasan muda je.

Sampai kan orang ingat umur msred ni 25 tahun. Padahal dah plus lagi 10 tahun dah. Haha.... Jangan menyampah dengan msred ok. Kalau nak nampak muda, petua dia kawan dengan orang muda dan minum air suam banyak-banyak.


- Posted using BlogPress from my iPad

BILA IBU MARAH

Assalamualaikum.....

Situasi 1.

Zikri yang berumur 5 tahun sedang bermain di ruang tamu bersama adiknya. Ibu sudah selesai memasak. Ibu memanggil Zikri dan adiknya untuk makan.

" Zikri, ajak adik makan. Ibu dah siap masak ni." lembut saja suara ibu memanggil.

Situasi 2.

Zikri sedang leka menonton tv selepas makan malam. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Dah tiba masanya untuk Zikri masuk tidur. Esok nak sekolah.

" Zikri, dah malam ni. Jom tidur. Esok nak bangun pagi." panggil ibu dengan senyuman.

Situasi 3.

Dah berkali-kali ibu pesan pada Zikri supaya jangan guna pensil untuk menconteng dinding rumah. Nanti rumah jadi tak cantik. Penat dah ibu memadam contengan Zikri di dinding. Tapi pagi ini, lagi sekali Zikri menconteng dinding, tapi kali dengan marker, tak bolehlah dipadam semula. Ibu mula hilang sabar.

" Mohd Zikri Abdul Rafiq! Kenapa conteng dinding dengan marker ni? " marah ibu.

Soalan. Kenapalah kalau ibu rasa marah saja dengan abang Zikri, mesti nak panggil nama penuh siap dengan Bin sekali? Kalau tak marah, boleh pulak panggil nama pendek.

Note : Ramai juga parents yang punya habit macam ni, yang msred pernah jumpa. Pelik ke tak?

- Posted using BlogPress from my iPad

PERMULAAN PAHIT YANG KURASA

Assalamualaikum.....

Kita sering berdoa kapada NYA, minta sesuatu yang berlaku biarlah yang terbaik untuk kita. Kebiasaannya, bila kita berharap sesuatu yang terbaik dari DIA, kita sering bayangkan sesuatu yang indah.

Contohnya, kalau kita minta apa yang berlaku dalam hubungan kita dengan pasangan, biarlah yang terbaik untuk kita, kita mesti harapkan yang kita akan sentiasa gembira bersama. Bila ianya jadi kenyataan, kita bersyukur.

Tapi, bila apa yang kita harapkan sebagai yang terbaik untuk kita itu tak berlaku, kita terpaksa berpisah dengan pasangan, kita tak gembira dengan pasangan kita, terus salahkan takdir, mengeluh doa kita untuk mendapatkan yang terbaik dari NYA tak termakbul.

Kita terlupa, mungkin kesedihan yang kita alami itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita dari NYA. Mungkin pasangan kita itu ada keburukan yang kita tak nampak dan tak tahu yang akan membuatkan kita derita kemudian hari. Jadi DIA pisahkan kita supaya kita tak derita. Kan itu yang terbaik untuk kita.

Mungkin cuma permulaannya tidak seindah rupa. Kita derita dulu berpisah dengan pasangan, tapi akan berbahagia kemudian bila DIA temukan jodoh kita dengan pasangan yang lebih baik.

Jadi, kalau terjadi perkara yang menyedihkan, jangan kita terus menyangka yang kita tidak dikurniakan dengan takdir yang terbaik. Kerana mungkin DIA akan hadiahkan kita pelangi hanya setelah DIA turunkan hujan dahulu dalam hidup kita. Sentiasalah bersangka baik dengan DIA.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 25, 2012

MARATHON SIRI GEMERSIK KALBU

Assalamualaikum....
Cuti dua hari, Isnin dan Selasa hari itu, msred sibuk melayan Gemersik Kalbu. Cerita yang disiarkan di tv 3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.
Time tu msred memang sibuk uruskan hero-hero msred, prepare dinner, make sure hero-hero makan. Malam hero-hero kena tidur awal. Memang msred tak dapat nak ikuti cerita Gemersik Kalbu time siaran pukul 7 malam. So, msred tengoklah kat @tonton.com.


Semua 14 episod, msred marathonkan dalam dua hari saja dari episod 1. Hebat tak? Msred layan Gemersik Kalbu lepas hero-hero dah tidur dan kerja rumah dah settle, sampai pukul 2 pagi. Itu pasal mata pun dah jadi mata panda.
Best jugak ceritanya. Sedikit klise but overall quite entertaining. Sufiyan memang gila sanggup fitnah diri sendiri sebab nak kahwin dengan Ana.
Mak Ana, walau apa alasannya memang tak patut ada rasa benci kat anak dia. Macamana derita pun dia kerana Ana, janganlah sampai benci macam itu sekali pada Ana. Ana tak salah apa pun. Kesian sangat kat Ana, dibenci ibu sendiri.
Hero-hero dah tidur. Sekarang msred nak pergi buat milo tabur dan melayan Gemersik Kalbu episod 15 pulak.
- Posted using BlogPress from my iPad

SENGATAN BERBISA

Assalamualaikum....

Berbisalah sangat.

Semalam, dah nak tidur dah, pergilah buat air milo (rutin sebelum tidur malam) nak minum. Sekali terasa jari tengah macam kena cucuk jarum dengan kuatnya. Terperanjat msred, terus terjerit. Bukan jerit mengada, tapi jerit kesakitan.

Tengok-tengok ada binatang ni ha. Tak tahulah kena gigit ke kena sengat. First time ni kena attack dengan binatang ni. Mak msred kata tebuan. Gambar ni pinjam lat sini.



Sakit jugaklah. Kat tempat kena gigit tu terasa bengkak (sikit je) dan keras, tak ada darah. Msred punyalah mengelabah mula teringat cerita orang yang mati disengat tebuan. Terus google cari apa tanda alahan kalau kena sengat tebuan. Nak kena pergi klinik amek injection ke? Siap post kat wall fb lagi tanya apa nak buat? Kena pergi klinik ke tak payah?

Melampau mengelabahnya.

Tapi lepas 10 - 15 minit, jari msred dah tak sakit, dah tak bengkak dan tak ada tanda-tanda alahan. Ok je. Sihat je. Adik msred siap gelak lagi.

" Ko ni kena attack ngan tebuan sekor pun mengelabahnya macam kena patuk ular je."

Agak kasar yea gurauan adik lelaki msred tu. Rasa nak tarik je rambut dia.

Pagi ini msred masih ok dan boleh bangun bersiap pergi kerja. So kiranya memang betul lah semalam msred mengelabah terlampau padahal tak ada apa-apa pun. Rasanya tebuan tu cuma sempat cucuk je tak sempat nak masukkan venom dia kat jari msred. Tu yang ok tu. Kalau tak mesti bengkak dan sakit.

Apa-apa pun lega rasanya masih sihat walafiat.


- Posted using BlogPress from my iPad

SIBUK SAYA SIBUK AWAK

Assalamualaikum.....

Seronok yea cuti raya cina empat hari? Layan apa? Layan movie? Layan tidur? Layan makan? Apa-apa pun mesti best.

Msred cuti 2 hari saja, Isnin dan Selasa. Hari Sabtu dan Ahad kena kerja. Nasib baik bos kasi cuti 2 hari. Memula hari tu bos suruh kerja termasuk Isnin dan Selasa. Means tak cuti langsung. Nasib baik bos tetiba baik hati bagi cuti. Ok lah tu cuti dua hari.

Kita semua ni ada tanggungjawab. Yang muda dan belum kahwin, yang dah kahwin, sama saja. Ada tanggungjawab. Memasing busy.

Yang dah kahwin dah tentulah tak berhenti kerja. Kerja kat pejabat. Balik rumah sambung pulak kerja rumah. Uruskan suami, anak, kerja-kerja rumah. Hari cuti, buat kerja yang tak sempat dibuat weekdays. Basuh baju, kemas rumah, gosok baju, lipat baju. Kalau ada masa bawak anak jalan-jalan, spend quality time dengan anak-anak lepas kena tinggal waktu kita pergi kerja. Kalau fulltime housewife, sentiasa sibuk dengan urusan rumahtangga. Bila dah settle, sibuk nak release tention, tengok tv, tidur, membaca.

Yang belum kahwin pun sama saja sibuknya. Yang study, sibuk dengan kelas, assignment, group project, exam. Weekend pulak sibuk release tention. Hangout dengan kawan, layan movie, pergi makan-makan, tidur puas-puas. Ibarat nak charge bateri mood nak study. Kalau ashik study je nanti bosan pulak, bateri low tak dapat nak study. So, enjoy ni pun penting gak. Yang bekerja samalah juga. Weekdays sibuk kerja, weekend sibuk enjoy release tention.

Nak kata yang dah kahwin lagi sibuk ke atau yang belum kahwin lagi sibuk. Entahlah. Rasanya sama saja sibuk. Sibuk dengan tanggungjawab masing-masinglah. Yang penting, pandai-pandailah bahagi masa dengan tanggungjawab dan keperluan untuk menghiburkan diri sendiri. Jangan tak balance.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 22, 2012

INI KERJANYA KAT PEJABAT YEA

Assalamualaikum....
Hari ini msred kerja dari pukul 8am until 5pm. Tadi masa rehat pukul 1pm, msred pergilah menjamu mata kat mall sebelah pejabat ni. Ada sales CNY. Belilah sepasang seluar jeans untuk Iffan dsn Ian.
Sedang jejalan tu, hidung terbau bau yang sangat memanggil-manggil. Bau pop corn yang sedang di masak ( dimasak ke di bakar ke? Konfius nak panggil apa ). Memang sangat sedap. Dan msred pulak memang gila makan pop corn. Terus laju je kaki melangkah ke kiosk yang ada jual pop corn tu ( dan waffer coklat yang sangat mabeles ).
First time beli pop corn kat kiosk biasa. Selalunya beli kat panggung wayang je. Sedap juga rasanya. Buat bekal kat pejabat. Boleh kunyah-kunyah sambil tengok movie buat kerja. Bungkusannya kecik je. Macam tak cukup je. Nak beli sekali dua bungkus malu lah pulak.
Jemputlah yea. Hheee.....

DAH ADA CERMIN TAPI MASIH TAK CANTIK KAN DIRI

Assalamualaikum.....

Waktu blogwalking ke blog Cik Shera, terbaca entry pasal cermin. Memang sangat menarik dan sangat-sangat kena dengan masyarakat kita.

Kita ni sangatlah rajin pergi belikan cermin, balut cantik-cantik dan hadiahkan pada semua orang di sekeliling. Minta mereka cermin di mana cacat cela diri mereka. Kadangkala dengan nota yang sangat sakarstik minta orang sekeliling cari di mana buruk mereka dan kasi polish bagi cantik.

Tapi kenapa kita sangat malas nak pergi beli cermin, balut cantik-cantik dan hadiah kat diri kita? Kenapa kita tak nak dengan sarkastiknya menyuruh diri kita mencari mana cacat buruk dan lepas tu kasi repair bagi sempurna?

Yang dah beli cermin untuk diri sendiri pulak, tak nak pakai. Kalau pakai pun 2 3 hari saja lepas tu simpan dalam almari biar berhabuk. Jumpa cacat cela, tapi buat-buat tak nampak, buat-buat terlupa.

Usaha untuk beli cermin, balut cantik-cantik dan hadiahkan kepada orang sekeliling diteruskan dengan nota yang sarkastik. Tapi cermin sendiri dibiar dalam almari, berhabuk.

Note : Saya tak rajin beli cermin untuk orang. Saya dah beli cermin untuk diri sendiri. Tapi selalu lupa nak pakai. Pentingnya kalau kita saling mengingatkan.



- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 21, 2012

NAGA-NAGA DI MALAYSIA

Assalamualaikum ......

Di kesempatan ini msred dan keluarga nak mengucapkan Happy Chinese New Year kepada yang beragama Buddha.

Dan happy holiday kepada yang bercuti.

Saja nak share gambar naga yang sedang berkeliaran di Semenanjung.


Sunway Pyramid, Petaling Jaya.




Pavilion, Kuala Lumpur.




Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.



Note : Nak pergi raya kat Korea lah.

- Posted using BlogPress from my iPad

CARA NAK SAMBUNG MIMPI?

Assalamualaikum.....

Siapa kena kerja time cuti Chinese New Year ni? Msred la..... Ada lagi yang kena kerja raya ni? Enjoy k. Hahaaa....

Nak tanya you alls. Mesti pernah tengah syok-syok mimpi benda yang best, contohnya tengah mimpi bersanding dengan Aaron Aziz ke, tiba-tiba terjaga dari tidur. Tak sempat nak habiskan mimpi indah tu. Geram tak? Hheee....

Pernah tak you alls sambung balik tidur dengan harapan dapat sambung balik mimpi indah kita tu? Lepas tu rasa frust sebab walaupun dah tidur balik tapi tetap tak dapat sambung mimpi best tadi.



Mesti ramai kan? Walaupun rasa benda tu macam tak betul je tapi tetap nak buat. Termasuklah msred.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 20, 2012

SELESA ITU SERING BUAT KITA TERLUPA

Assalamualaikum...

A calamity that makes you turn to Allah is better for you than a blessing which makes you forget the remembrance of Allah.


Benar kan?

Bila kita, manusia ini terlalu kerap ditemani kesenangan dan ketenangan kita jadi lupa. Kita sering lupa dari mana asalnya kesenangan dan ketenangan itu. Bila terlalu selesa, kita sering lupakan Dia, menjadi sukar untuk menunaikan kewajipan kita pada Dia.

Fitrah manusia, bila terlalu selesa hingga terlupa mahu bersyukur, mengucapkannya apatah lagi melakukannya.

Terkadang terlintas di hati, andai kesengsaraan itu mampu mendekatkan kita dengan Dia alangkah baiknya kalau kita diduga disaat kita lupa, agar kita kembali mengingati Dia. Daripada terus selesa hingga kita semakin jauh dari Nya.

Kalaulah hanya dengan cara itu kita dapat sentiasa mengingati Dia, mahukah jika selesa kita itu sesekali diganggu supaya kita kembali mengingatinya?

Note : Terbaik itu adalah mengingati Dia dikala suka dan duka.

- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 19, 2012

BERHENTILAH HISAP JARI

Assalamualaikum....
Tadi msred terbaca entry Mama Diana tentang cara-cara nak suruh anak berhenti hisap jari. Anak msred, cuma yang nombor 3 tu (15 bulan) yang suka hisap jari. Tapi tak selalu.
Iman suka hisap ibu jari dia setiap kali dia merajuk. Iman ni anak bongsu (bongsu ke? Hheee...). So dia memang manja sikit. Sensitif dan kuat merajuk. Kalau msred tunjuk muka marah je kat dia, (belum marah betul-betul lagi) dia merajuk dan masukkan ibu jari dalam mulut. Hisap je sampai dia berhenti merajuk. Selalunya sekejap je, sebab tak susah pun nak ujuk dia.
Oleh sebab masalah ni tak chronic sangat sebab jarang dia hisap jari dia, msred pun biar saja lah. Itu salah satu cara dia nak confort kan diri dia bila merajuk. Tapi bila baca kesan habit menghisap jari ni kat entry mama Diana, rasa tak best pulak.
Mak msred ajar letak something yang dia tak suka kat ibu jari dia untuk berhentikan habit dia. Letak garam ke. Tapi masalahnya Iman ni jarang hisap jari dia. Camana? Bila masa yang sesuai nak letak something kat jari dia?

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum......

Amalan yang akhir ditinggalkan di dunia adalah SOLAT.
Amalan yang pertama dihisab di akhirat adalah SOLAT.



- Posted using BlogPress from my iPad

PARENTS VS LOVER

Assalamualaikum......

Pernahkah terjadi bila kita terpaksa memilih antara sesorang yang sangat kita cinta dan parents kita?

Dia yang kita cintai, yang sudah saling dah berjanji untuk membina keluarga bersama.

Atau parents kita, yang sejak hari pertama bergelar ibubapa kita, tak pernah berhenti dari terus menjadi ibubapa kita.

Tips? Tak mahu kata tips lah. Msred nak share cadangan saja, apa yang perlu atau boleh kita buat kalau terpaksa memilih antara kekasih dan ibubapa.

First, kita lihatlah pasangan kita tu samada berbaloi ke tak kita nak argue dengan parents kita nak jugak kawen dengan dia. Lihatlah, ada ke ciri-ciri pasangan yang baik mengikut Islam. Kita lihat agamanya, hartanya, keturunannya dan rupa parasnya. Kalau semua dah cukup dan lengkap, barulah berbaloi kalau kita nak argue dengan parents kita.

Then, explain baik-baik dengan parents, kita memilih pasangan kita sebab agamanya kuat, keturunannya baik, dia berharta dan elok pulak rupa parasnya. Minta dengan baik supaya dia terima dan restu hubungan kita. InsyaAllah, parents kita pasti akan setuju.

Tapi, kalau parents kita masih tak setuju, jangan dilawan. Perkahwinan tanpa restu ibubapa biasanya tak panjang bahagianya. Bahagianya tak sampai ke syurga.

Teruskan berdoa untuk dapat pasangan yang kuat agamanya, baik keturunannya, berharta dan elok rupa paras.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 18, 2012

TAK BUAT PUN KENA PUJI

Assalamualaikum...

Malam ini disebabkan msred malas penat sangat nak masak untuk dinner, msred beli saja. Dinner yang simple.
Lagi pun frust sebab kat pejabat tadi boss baru saja announce yang kita orang tak boleh cuti Chinese New Year ni. Kena kerja dari Sabtu sampai Selasa. Memang tak ada cuti langsung. Di wajibkan kerja sebab boss nak habiskan projek ni cepat.
Dinner msred dan keluarga malam dimasak oleh cook kat KFC Section 18 Shah Alam. Jauh dapurnya.
Ini bukan Iffan.... Ini Iman.
Sebenarnya msred nak cerita pasal si Iffan. Iffan ni kalau msred masak dan dia suka dengan masakan msred tu, dia akan puji. Dia suka cakap.... " Emmm... Sedapnya mama masak." banyak kali sampailah habis dia makan. Berkali-kali dia cakap macamlah msred masak sedap sangat. Hheee.....
Masa makan tadi pun Iffan pujilah, " Emmmm.... Sedapnya mama masak." banyak kali. Mula-mula msred biar kan aja dia puji msred masak KFC tu sedap, sambil tersengeh-sengah. Tapi last-last msred cakaplah.... " Iffan, tu mama belilah, bukan mama masak."
Sekali Iffan cakap.... " Emmm.... Sedapnya mama beli." Pulak?

NAK JADI PELAKON

Assalamualaikum......

Pagi ini msred diarahkan oleh boss untuk bantu seksyen lain yang kekurangan pekerja. That mean msred kena buat kerja baru yang msred tak pernah buat sebelum ini. Nasib baik berkaitan dengan kerja asal msred, so bila diajar tak de lah lembab sangat nak faham.

Tapi still stress sebab lambat buat kerja. Ye lah, kalau kita baru first time buat sesuatu benda tu, mesti kurang mahir dan lambat kan. Sampai tengahari, cuma 10% je yang siap. KPI jangan haraplah dapat capai.

Seronok sebenarnya buat sesuatu yang baru ni. Kalau hari-hari buat benda yang sama bosan sampai rasa nak muntah mengadap benda sama. Yang buat stress nya bila KPI tak capai.

Mesti kebanakan you alls punya kerja buat benda yang sama saja setiap hari kan? Bosan tak?

Note : Minggu depanlah baru capai KPI, boleh boss?
Note : tiba-tiba rasa nak tukar profession, jadi pelakon.


- Posted using BlogPress from my iPad

ADIK HANTAR ABANG

Assalamualaikum.....
Ingat dulu masa msred sekolah rendah, adik msred yang masih di kindergarten sibuk nak ikut msred pergi sekolah rendah. Katanya kat sekolah msred ada lagi ramai budak, kat kindy dia tak ramai. Tak best. Sejarah itu berulang lagi.
Tapi kali ini, Ian Syamie adik Iffan Daniel pulak sibuk nak ikut abang Iffan ke kindy. Kalau pagi-pagi masa abang Iffan dan nak ke kindy, Ian dah bangun, dia mesti sibuk nak ikut. Msred cakaplah, ikut tak boleh, kita hantar abang Iffan gi sekolah jelah. Selalunya dengan baju tidur saja. Tapi ada waktu tu Ian tengok abang Iffan mandi dan bersiap, dia pun nak mandi dan bersiap bagai. Jangan harap msred layan. Nanti lambat pulak keluar rumah.
Bila dah sampai kindy, Ian berkeras juga nak turun nak hantar abang Iffan sampai dalam kelas. Bila abang Iffan salam cikgu dia piun nak salam. Nasib baik bila msred ajak balik dia nak, kalau tak tak tahulah pukul berapa msred sampai pejabat.
Note : Pesanan untuk Ian Syamie. Jangan nanti bila dah sekolah Ian malas pulak pergi sekolah yea. Nanti mama babap.

Januari 17, 2012

PUNCA DIET GAGAL

Assalamualaikum.....

Awal tahun hari itu, ada lah buat azam baru kononnya nak mengurangkan berat badan sampai ke tahap BMI yang ideal untuk ketinggian msred. Selalunya follow, kadang-kadang langgar juga. Tapi masih terkawal.

Selalunya, apa yang membuatkan msred langgar azam nak diet, inilah dia puncanya....

1. Bila kawan cakap, let treats ourself with a good food. Pantang dengar, selalunya fail nak tolak. Memang susah nak tolak bila kawan ajak makan sedap.

2. Bila mak masak, walaupun sambal ikan bilis je pun, mesti nak makan sampai 2 pinggan. Apasal lah kalau mak masak je rasa sedap sangat.

3. Bila stress, walhal orang lain stress tak lalu makan, ni msred stress je nak makan walaupun perut tak lapar pun.

Susunan mengikut tahap kuatnya dugaan pada diri msred yang selalu tak tahan diduga.

So, kawan, tolong support azam msred ni. Mak, jangan masak apa-apa dah. Stress, tolong pergi jauh.

Note : Mr boyfriend selalu gelak bila msred kata nak diet.


- Posted using BlogPress from my iPad

YANG MELAYU PUNYA JUGA YANG PALING BEST

Assalamualaikum......

Antara milo, tea dan coffee, coffee selalu jadiilihan terbaik msred. Dari zaman belajar dulu suka minum coffee. Setiap hari mesti nak kena coffee bercawan-cawan. Kalau tak minum rasa tak bertenaga. Tak tahulah betul ke coffee tu buat msred bertenaga, atau phsycologically sahaja msred rasa bertenaga lepas minum coffee.

Selalu temankan mr bf layan coffee starbucks ke, coffee blended ke, cappucino ke, tapi coffee yang paling mengancam pada msred tetap kopi melayu. Kopi melayu lah, yang ada kat Kedai Kopi Pak Mat ke, Gerai Nasi Lemak Mak Timah ke atau Kopitiam Ali ke.



Yang paling teruja bila minum kopi o macam ni. Dengan aromanya yang memikat, memang layan je.

Tadi berakfast Kopi o suam dan Nasi Lauk Ayam best.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 16, 2012

CIKGU PAKSA BUDAK BELAJAR

Assalamualaikum.....
Dah masuk minggu ke tiga Iffan Daniel mula bersekolah di kindergarten. Masih bersemangat bangun pagi dan bersiap untuk ke kindy. Senanglah msred, tak payah paksa dia bangun pagi pergi sekolah.
Salah satu habit dia sejak join kindy ni, Iffan rajin lukis gambar cikgu yang sedang mengajar. Msred balik kerja je dia tunjuklah gambar cikgu yang dia lukis. Suka sangat dia dengan cikgu dia tu. Sampaikan dia tukar cita-cita nak jadi angkasawan sebelum ni kepada nak jadi cikgu.
Lagi satu habit dia, Iffan tersangatlah rajinnya jadi cikgu kat rumah, mengajar murid dia. Siapa lagi kalau bukan adik dia, Ian Syamie. Kadang-kadang Ian malas nak layan Iffan, Iffan akan paksa Ian belajar.
Iffan akan cakap.... " Meh sini abang ajar A B C. Kalau tak nak abang babap nanti. Macamana nak jadi pandai macam abang kalau tak nak belajar."
Kesian Ian kena melayan abang dia yang perasan dia cikgu. Hhheee......
Note : Kat rumah takde white board ke black board ke. Iffan guna kalender lama yang besar tu sebagai white board. Seb baik dia tak guna dinding rumah jadi white board.

KEKASIH MACAM ADI PUTRA

Assalamualaikum.....

Rasanya ramai yang setuju, tak salah kalau nak memilih boyfriend. Kita kena lah memilih, tak kan nak tangkap muat saja kan? Mesti ada ciri-ciri tertentu pada dia sebelum kita terima dia jadi boyfriend kita.

Saya suka kalau boyfriend saya.....

1. Ada rupa..... Tak perlulah handsome sangat macam Brad Pitt, cukuplah kalau sedap mata memandang macam Adi Putra.

2. Ada suara..... Tak perlulah kalau nyanyi suara romantik macam Anuar Zain, dapat sedap macam Adi Putra pun oklah.

3. Ada gaya.... Tak perlulah badan taugh berketul-ketul macam Aaron Aziz, dapat yang sedang-sedang macam Adi Putra pun dah seksi dah.

4. Ada harta.... Tak perlulah kaya raya macam Datuk K, dapat yang sederhana macam Adi Putra pun dah rasa terjamin.

5. Ada pangkat.... Tak perlulah tinggi sangat macam Barack Obama, dapat pangkat Pelakon Pembantu Filem Terbaik macam Adi Putra pun dah cukup dah.

Note : Adi Putra memang best, tapi yang paling best mestilah mr boyfriend msred. Banyak benda yang mr boyfriend msred ada Adi Putra tak ada.

- Posted using BlogPress from my iPad

DIA TAK SETUJU

Assalamualaikum...

Kesinambungan isu menghantar ibu bapa ke Day Care. Bukan hantar terus, tapi hantar disiang hari waktu kita bekerja, bertujuan untuk menjaga kebajikan ibu bapa kita dan keselamatan mereka sewaktu kita bekerja.

Mak msred tak bersetuju kalau anak-anak hantar ibu bapa ke Day Care. Bukannya msred ada cita-cita nak hantar mak ke Day Care. Cuma kita orang berbual pasal topik ini minggu lepas. Msred memang faham kenapa dia tak nak dihantar ke Day Care. Msred pun tak suka nak hantar dia ke situ sebab nanti msred dah tua pun tak nak anak hantar msred ke Day Care. Kalau boleh dielakkan memang akan dielakkan.

Msred cakap dengan mak, kalau mak sihat, bolehlah msred tinggalkan dia di rumah sorang-sorang waktu msred bekerja. Tapi macamana waktu dia dah tak kuat lagi dan kalau dia selalu sakit-sakit. Tak kan nak tinggalkan dia sorang-sorang di rumah. Bahaya tu. Masalahnya, mak msred tak suka ada maid di rumah. Dia tak suka ada orang lain dalam rumah, dia kurang percaya dan rasa tak selesa. So, mak tak nak pergi Day Care dan tak nak maid. Camana?

Kalaulah msred tak bekerja, bolehlah msred jaga sendiri mak. Tak payah orang lain jaga.

- Posted using BlogPress from my iPad

KERANA SAYANG, DIA TERPAKSA REDHA

Assalamualaikum.....

Muzik dalam hidup kita memang dah sangat sinonim. Tak boleh dipisahkan. Kita jadi suka mendengar muzik atas banyak sebab. Sebab ia menenangkan, menggembirakan, menghiburkan, mengurangkan tekanan dan macam-macam sebab lagi.

Msred suka dengar muzik terutamanya yang boleh buat msred happy sampai terasa suka sangat nak ikut nyanyi, goyang kepala. Msred sangat suka muzik dan sangat suka nyanyi kadangkala kerana perasan suara sedap macam Ella, si rockers jelita.

Kerana terlalu suka kan muzik, msred ada satu habit yang buat mr boyfriend geleng kepala. Kalau dalam kereta, lagu kegemaran msred sedang berkumandang di radio, msred akan dengar sampai habis. Walaupun waktu tu dah sampai ke tempat yang dituju. Terpaksalah mr boyfriend temankan msred dalam kereta menunggu lagu itu habis sebelum dapat turun dari kereta.

Terpaksa redha saja dia tunggu. Tapi sebab dia sayang sangat kat msred, dia cuma geleng kepala, mulut cakap, mengada betul msred ni. Macamlah lain kali tak boleh dengar lagu tu. Bukannya tak keluar kat radio lagi.

- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 15, 2012

KERANA RASA BERSALAH

Assalamualaikum....

Minggu lepas, setiap hari msred kena kerja lebih masa sampai pukul 8 malam. Balik, lepas mandikan Iffan, Ian dan Iman dan make sure they take their dinner, msred akan paksa dia orang tidur. Tak dapat nak main-main dengan dia orang. Hari Sabtu pun kerja.

So, untuk menghilangkan rasa bersalah msred sebab kurang spend time dengan dia orang, walau pun msred ada banyak kerja rumah nak dibuat (lipat baju seminggu punya stock) dan sangat malas nak keluar, msred bawa juga dia orang keluar. Dekat Shah Alam saja. Lunch di Section 3 then pergi window shopping di Plaza Masalam, Section 9.















Window shopping la sangat. Heheee..... Semua dapat something.

Kenapa agaknya budak kecil suka naik kereta ni? Walaupun tak masukkan syilling dan kereta ni tak bergerak pun, dia orang tetap suka naik. Msred pun tak tahu apa nama benda ni. Ada ke sesiapa yang tahu apa nama kereta ni?

Lepas dah penat dan dah habis duit, kita orang pun balik.

Note : Hati automatic rasa happy dan bahagia bila tengok Iffan, Ian dan Iman happy hari ini.

- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 14, 2012

NAK IKUT CAKAP MAK KE NAK IKUT CAKAP KITA?

Assalamualaikum.....

Semalam, hari Jumaat, Hot Chat di Hot FM membincangkan topik berkenaan isu menghantar ibu bapa ke Nursery atau Day Care waktu kita pergi kerja.

Patut ke kita buat macam tu?

Personally, msred rasa itu salah satu cara terbaik untuk menjamin kebajikan dan keselamatan ibu bapa kita sementara kita pergi kerja. Terutamanya kalau ibu bapa kita itu dah tak berapa kuat nak buat kerja sendiri.

Tujuan kita hantar ibu bapa kita ke Day Care itu untuk memastikan supaya makan mereka terjaga dan on time. Dan kita juga nak pastikan keselamatan mereka. Kalau kita tinggalkan ibu bapa kita di rumah tanpa pengawasan, takut terjadi apa-apa pada mereka dan tak ada sesiapa yang tahu.

Itu pandangan kita sebagai anak-anak. Bagaimana pula pandangan dan perasaan ibu bapa?

Pasti ramai ibu bapa yang kurang setuju dengan cara ini. Kita kena ingat, orang tua ni sensitif. Takut mereka terasa hati kalau kita hantar mereka ke Day Care. Memanglah niat kita anak-anak ni baik, tapi ibu bapa tetap akan terasa hati, terasa macam mereka ni menyusahkan anak-anak ke, terasa anak-anak kurang sayang mereka ke.

Penyelesaiannya, kalau kita anak-anak nak hantar ibu bapa ke Day Care, berbincanglah dari hati ke hati dengan mereka samada ibu bapa kita ni setuju ke tak dihantar ke sana. Explain baik-baik kenapa kita nak hantar mereka ke Day Care, jangan sampai mereka terasa hati. Kalau kita dah explain, ibu bapa kita masih tak setuju, kalau msred, akan ikut kan kemahuan mereka. Pandai-pandailah kita pastikan kebajikan dan keselamatan ibu bapa kita terjaga sewaktu kita inggalkan mereka di rumah.

Yang penting, hati ibu bapa kita tak terguris dengan tindakan kita.




- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 13, 2012

PENING FIKIR TITLE ENTRY INI

Assalamualaikum....

Anda yang bekerja mesti best hari ini sebab last kerja, esok dah weekend. Cuti. Boleh tidur sepuasnya, boleh dating, boleh shopping, boleh balik kampung, boleh...... Macam-macam lah aktiviti kegemaran yang boleh dilakukan.

Msred?

Sekarang ini masih di pejabat, terpaksa ot sampai pukul 8 pm. Dan esok hari sabtu, kenalah rajin kan diri untuk ke pejabat, kerja dari pukul 8 am ke 5 pm.

Dah lah balik kena kerja shift malam pulak, jadi surirumah. Uruskan rumahtangga. Terasa penat. Sedang cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluh.

Note : Otak dah penat, tu pasal tak leh fikir dah nak letak tajuk ape entry ini.
Note 2 : Nak tanya, Supplement apa yang boleh bantu tambah tenaga?

- Posted using BlogPress from my iPad

YOU ALL NAK RUGI KE?

Assalamualaikum......

Memang tak mengapa, jika kita dikurniakan Allah umur yang panjang, bertaubat kemudian hari. Kamu kata, biar lambat asalkan bertaubat juga.

Tapi percayalah, kalau lambat kita menyerahkan diri kita padaNya, rugi. Cuba bayangkan kalau kita beramal seawal usia kita lagi, berapa banyak amalan telah kita lakukan? Betapa dalamnya cinta kita kita padaNya?Betapa kuatnya rindu kita untuk bertemuNya?

Kalau kamu sedari mula sudah mendekatkan diri denganNya, beruntunglah kamu. Kerana jika kamu lewat, takut sewaktu sudah sampai masa kamu kembali mengadap Dia, rasa cinta dan rindu kamu padaNya tidak seteguh dan sehebat batu karang dilautan ombak. Kalau cinta kamu padaNya tidak teguh dan kuat, bagaimana kita nak melangkah gagah melintasi sirat al mustaqeem?

Note : 'Kamu' itu adalah anda dan saya sendiri.

- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 12, 2012

TAK PERNAH RASA LAGI

Assalamualaikum....
Ada kawan msred tanya, apa msred buat bila msred putus cinta dulu? Lama tak layan nangis dan sedih-sedih?
Msred cuma jawab, aku belum pernah rasa putus cinta.
Dia balas balik, waaa.... Beruntungnya kau. Aku dah banyak kali frust dah sampai rasa nak give up je cuba bercinta.
Persoalannya,
1. Betul ke msred bertuah? Tak bertuah ke kalau kita pernah rasa pengalaman putus cinta?
2. Perlu ke kita give up bercinta kalau dah banyak kali kecundang?
- Posted using BlogPress from my iPad

RAMAI RUPANYA YANG GGRRRRR....

Assalamualaikum....
Kelakar jugak baca komen entry WW msred semalam. Rupanya ramai jugak yang grrrr.... Ingat awal tahun ni semua relax je kat opis, keje belum banyak. Ingat cuma msred je yang stress keje bertimbun. Rupanya ramai yang senasib. Sama-samalah kita sabar yea.
Kenapa msred stress? Kenapa ggrrrr...?
Sebab, sejak dari bulan 11 2011 memang sangat banyak kerja di pejabat yang harus diselesaikan. Semua officemate msred dah stress dan kepenatan, termasuklah bos-bos msred. Hari-hari kena balik pukul 7 atau 8 selagi projek ni tak settle. Sabtu dan/atau Ahad kena kerja 8-5 . KPI melampau tingginya, nak kena capai hari-hari. Mau tak stress. Mau tak gggrrrr....
Keadaan ini akan berterusan sampai hujung Januari ini. Next month, back to normal. Tak jadi bangla dah. Jadi orang Malaysia balik, kerja normal hours balik, 8-5 dan boleh cuti weekend.
Msred memang workaholic. Sebelum kawen dulu memang gila kerja. Tapi bila dah tukar status, dah jadi mama, priorities dah berubah. Quality time dengan family jadi nombor 1, then baru kerja. Bila busy sangat di pejabat dan tak dapat spend time dengan family, memang sedikit terkilan.
Tapi tak apa. Sampai hujung Januari saja, lagi tiga minggu. Oleh sebab msred sayang bos msred, msred rela berkorban untuk tiga minggu ini.
Note : Dengan harapan bos msred baca entri ini, ngeheheee....

Januari 10, 2012

BABY IFTI INSYIRAH

Assalamualaikum....
Minggu lepas hari Rabu 4 Januari 2012, my Sister in Law, Nor Azizan selamat melahirkan bayi pertama, perempuan seberat 3 kg di Hospital Sungai Buloh. InsyaAllah, bayi pertama mereka ini akan diberi nama Nor Ifti Insyirah. Nama yang indah dan bayi yang sangat comel.
Msred dah pergi melawat baby Insyirah di hospital Sungai Buloh. Seronok dapat anak buah baru. Rasa macam dapat anak sendiri juga. Tengoklah pipi dia yang chubby tu, rasa nak gigit-gigit.
Bila pegang baby ni, adalah timbul rasa nak ada baby lagi. Tapi di atas beberapa sebab, kena lah tangguh dulu. Kalau ada rezeki nak dapat nombor 4, ada lah. Kalau tak ada, Dia maha mengetahui.
Tahniah buat my SIL dan suami. Sekarang ini my SIL sedang berpantang di kampung halamannya. Maka, tak dapatlah msred jumpa baby Insyirah sampai ibunya habis berpantang. Tengok gambar saja lah.

SURAT CINTA YANG PALING MENYENTUH HATI

Assalamualaikum.....
Semalam Iffan Daniel demam sikit, dan cukup gagah nak pergi kindy jugak. Balik dari kindy tengahari, dia dah ok sikit. Suhu dah turun. Cuma badan lemah sebab penat pergi kindy dan makan pulak sikit saja.
Msred terpaksa ot semalam sampak pukul 8 pm, tak boleh elak. Kesian Iffan dia kurang sihat msred tak dapat teman dia. Rasa bersalah juga.
Tapi bila msred balik kerja, Iffan bagi msred surat cinta. Terbaik. Inilah surat cinta paling best msred pernah dapat.
First time Iffan buat sesuatu yang sangat sweet macam ini. Memang rasa macam dapat surat cinta. Happy sangat. Terharu. Rasa macam nak frame kan je surat ni. Walaupun dia tulis nama msred dengan 'z' yang terbalik, tapi tak kisah lah. Tetap surat cinta yang paling best.
Korang ada?

Januari 09, 2012

SAYA NI BUSY BODY KE?

Assalamualaikum....

Sedang saya tenang menyiapkan kerja macam biasa di pejabat, tiba-tiba ada sedikit kekecohan berlaku. Puncanya tak berapa pasti. Tapi dari apa yang dapat dilihat dan didengar, pertengkaran kecil antara dua pihak melibatkan satu rumahtangga dan seorang orang luar dari rumahtangga tersebut.

Terkejut saya bila ada orang yang membawa masalah rumahtangga hingga ke pejabat. Suasana tenang jadi kecoh sekejap.

Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan. Sedang saya dalam perjalanan ke bawah menaiki lif, ada rakan sekerja yang beria-ia tanya pada saya, apa yang terjadi tadi? Kenapa kecoh-kecoh? Siapa yang bergaduh?

Sumpah saya pun tak pasti apa sebenarnya berlaku. Yang saya nampak si penyerang, tapi tak pasti siapa yang diserang. Dan saya cakap pada yang bertanya itu....

" Sorry, saya tak tahu apa jadi dan siapa sebenarnya yang berselisih faham."

Dalam ramai-ramai yang menyaksikan insiden itu, kenapa lah tanya dengan saya? Saya ini ada rupa atau gaya busy body ke?


- Posted using BlogPress from my iPad

PROUD OF HIM

Assalamualaikum....

Hari ini, bangun pagi tadi Iffab Daniel demam. Agak panaslah badan dia. Msred suruhlah dia tidur balik, tak payah pergi kindy hari ini. Biar dia rehat di rumah.




Tapi, Iffan bangun jugak, mandi macam biasa dan bersiap nak pergi sekolah. Dia berkersa nak pergi sekolah. Tiba-tiba msred rasa sedih, kesian dia demam-demam pun nak pergi sekolah. Tak kisahlah kalau dia beria nak pergi sebab nak main saja ke, tapi msred bangga sebab dia kuat. Hati dia kuat. Kalau dia rasa nak buat sesuatu tu, tak kira demam pun dia buat.

Susah juga hati msred masa hantar dia kindy tadi, takut jadi apa-apa. Tapi msred dah bagi tahu Teacher Iffan demam dan minta dia call msred kalau ada apa-apa.

Harap-harap Iffan Daniel ok kat kindy. Harap-harap kuranglah demam dia.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 08, 2012

UNTUK ORANG DEWASA SAHAJA

Assalamualaikum.....
Tadi pergi lunch dengan Iffan, Ian dan Iman. Makan Pizza Hut je. Msred tak ada lah lapar sangat. Saja nak bawak the boys lunch kat luar, lepas shopping barang keperluan kat Tesco.
Oleh kerana tak nak makan banyak, msred pun orderlah set untuk kids, ada small spaghetti, air dan ice cream. Sekali waiter tu cakap,
" Akak, set ini hanya untuk kanak-kanak bawah 13 tahun yea." sambil jari dia tunjuk note kat menu itu. Note itu berbunyi....
Age 12 and below ( limited to 1 meal per kid ).
Sumpah msred tak tahu adult tak boleh order kid's meal. Ingat boleh je macam Mc D ke KFC ke.
Msred dah order 2 set Kid's Meal untuk Iffan dan Ian. So msred tak boleh lah nak order set yang ketiga untuk msred. Kalau msred cakap order yang ketiga itu untuk Iman yang baru setahun tu nanti dia tak percaya pulak.
Last-last, msred order Seafood Lasagna je.
- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 06, 2012

KERANA AIRMATA DIA

Assalamualaikum....

Korang tau, dulu masa sekolah, msred malas sangat belajar. Main je hari-hari. Homework, jangan harap la. Lebih selalu tak buat daripada buat. Mak bising hari-hari tapi msred tak layan je.

Korang tau, oleh kerana malas belajar, msred punya PMR hancus! Tak de A pun. Tak belajar, camne nak dapat A kan?

Korang tau, msred tak pernah tau ada airmara mengalir dek kerana buruk nya result PMR msred, sampailah msred form 5. My sista citer, mak nangis sebab result PMR teruk.

Speechless. Tak dapat ditahan, mengalir jugak airmata msred waktu tu.

Korang tau, sejak hari tu, msred cuba la rajin-rajin belajar untuk SPM. Alhamdulillah, result SPM ok dan msred berjaya masuk IPT.

Korang tau, ada airmata mengalir jugak. Tapi kali ni diiringi dengan senyuman dan syukur. Mak msred paling happy, lebih happy dari msred.

Korang tau, kerana airmata itulah yang membuatkan hidup msred sempurna sekarang. Kalau bukan kerana airmata tu, ntah camana la hidup msred?

Peristiwa yang tak mungkin msred lupa sampai bila2.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 05, 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Assalamualaikum.....

Orang cakap pasal azam tahun baru, msred pu. Sibuk nak cakap pasal azam tahun baru. Tapi orang lain dah renew azam untuk tahun 2012 ni, msred punya azam masih sama dengan tahun lepas punya azam. Dan sama dengan azam 4, 3, 2 tahun lepas.

Nak dapatkan berat badan ideal dengan ketinggian msred yang tak berapa nak tinggi ini. Kalau ikut kiraan BMI, berat ideal msred 45-50 kg. Tapi dah terlebih 5 kg. So, azam nak buang 5 kg ni tapi tersangatlah liatnya disebabkan msred sangat cinta gila dengan makanan.

Oleh itu, sekarang ini msred mengambil keputusan nak tukar menu lunch dari KFC atau Mc D atau nasi campur ke buah-buahan. Baru start minggu ini. Semangat berkobar lagi, tapi tak tahulah sampai bila. Harap biarlah berkobar sentiasa sampai bila-bila.

Untuk mengisi masa lapang waktu lunch kat pejabat, msred main game. Sekarang ini tengah addicted dengan game ni, 'Where is my Water', mengisahkan usaha saya nak memandikan buaya ni. Nak kena make sure buaya hijau ini dapat bekalan air yang mencukupi untuk mandi setiap hari.




Harap-harap dapatlah kurus macam Lisa Surihani atau pun orang lidi. Sekian terima kasih.

- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA MESTI TERUSKAN HIDUP

Assalamualaikum....

When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us.


- Helen Keller

Si Gadis sedang bersedih. Hancur hatinya bila cinta dua hati akhirnya terpisah. Bukan kerana benci keluarga Si Lelaki atau tiada restu keluarga Si Gadis. Cuma kukuh cinta mereka goyah akibat sentuhan gadis lain.

Si Gadis jatuh, terduduk. Tak berhenti merenung di mana silap, apa yang kurang? Hanya kerana sentuhan lembut gadis lain, sekukuh batu cinta mereka berderai juga.

Tak berhenti merenung dalam. Terus terduduk, tiada daya mahu bangun lagi. Si Gadis menolak untuk dibantu, tangan dihulur dibiar. Lebih rela duduk bersimpuh kemas, dari gigil lutut cuba berdiri semula.

Alangkah ruginya pintu bahagia yang baru terbuka dibiar sepi. Hati keras mahu terus merenung pintu duka.

Jika mahu terus rugi, wahai Si Gadis yang kecewa, teruskanlah duduk bertimpuh. Teruskanlah kemaskan simpuhmu sampai selesa, dan akhirnya tak boleh berdiri lagi.

Note : Pada 'Si Gadis' yang kecewa, janganlah terus kecewa. Bangunlah. Bagaimana kuat sekali pun gigil lutut mu, bangunlah.

- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 04, 2012

MAKSUD SAYA CINTA KAMU

Assalamualaikum.....

Seronok bila dengar si dia cakap, 'saya cinta kamu' kat kita. Rasa macam melayang-layang. Lebih-lebih lagi kalau itu pertama kali dia ucapkan cinta pada kita. Hati mula pasang angan-angan. Ada yang jauh sampai ke fasa kahwin.

Kalau dia ikhlas ucapkan cinta pada kita dan tak ada maksud tersembunyi memang best, memang beruntung. Tetapi, kebanyakan (bukan semua) pasangan kita ucapkan cinta kerana ada agenda tersendiri. Kalau difikirkan memang menakutkan tapi itulah kenyataannya.

Ada perempuan yang mulut cakap 'I love you' tapi dalam masa yang sama hati kata...

.... Sebab duit kau banyak, bolehlah aku hidup senang tak payah fikir nak kerja.
.... Sebab kau ada kuasa, bolehlah aku gunakan kau untuk majukan kerjaya aku.
.... Sebab kau ada kereta, bolehlah kau hantar aku pergi kelas setiap hari.
.... Sebab kau ada abang yang handsome, bolehlah aku rapat dengan abang kau.

Ada lelaki yang mulut cakap 'I love you' tapi dalam masa yang sama hati kata....

.... Sebab body kau cun, aku nak pegang-pegang.
.... Sebab kau bodoh, bolehlah aku tipu duit kau.
.... Sebab kau cantik, bolehlah aku tayang kau kat kawan-kawan aku, boleh berlagak sikit.
.... Sebab kau dara lagi, bolehlah aku....

Spesis ini memang menakutkan, tapi kita kena terima hakikat yang mereka wujud dan semakin bertambah. So, kita kena berhati-hati dengan perkataan cinta ini. Jangan sampai makan diri.

Note : Spesis yang bila dia cakap 'I love you' dan dalam hati kata, 'ikhlas kerana Allah' tak tahulah seramai mana yang tinggal? Jangan biarkan spesis ini pupus.


- Posted using BlogPress from my iPad

MAK LEBIH MENGADA DARI ANAK

Assalamualaikum.....

Pagi tadi waktu hantar Iffan Daniel ke kindergarten, lepas salam dia dan cikgu, msred terus lah ke pejabat. Tak dapat nak tunggu, semalam waktu sessi suai kenal dah tunggu.

Iffan Daniel memanglah exited, suka nak jumpa kawan-kawan nak main. Dia ok je, tak ada nangis ke takut ke. Handsome je dia dengan uniform dia.



Tapi, mama dia pulak yang layan nak genang-genang air mata masa nak tinggalkan Iffan. Over pulak layan perasaan. Mama dia masa first day masuk sekolah dulu tak ada nangis-nangis. Bila hantar anak sekolah pulak nak layan nangis. Mengada.

Pst.... Ni rahsia. Jangan bagitau orang mama Iffan nangis masa hantar dia kindergaten tadi.


- Posted using BlogPress from my iPad

Januari 03, 2012

SAYA TAKUT

Assalamualaikum....

Hari ini Iffan Daniel mula sekolah tadika. Mama dia nervous. Entah berapa kali mama dia pesan macam-macam sebelum pergi tadika. Bukan hari ini saja, dah seminggu dah. Hari-hari mama dia pesan macam-macam, all the dos and donts bila pergi tadika nanti. Sampai Iffan Daniel rimas dengan macam-macam pesanan mama.



Kenapa mama Iffan tak berhenti pesan itu ini pada Iffan Daniel? Sebab mama dia takut lah. Apa yang mama Iffan Daniel takutkan? Kalau berani, baca lah list ni. Baca sampai habis pun tak apa.

1. Takut Iffan kena buli
2. Takut Iffan kena tumbuk
3. Takut Iffan takut pergi toilet
4. Takut Iffan nangis kena marah dengan cikgu
5. Takut Iffan jatuh waktu main kat playground dan lutut berdarah
6. Takut Iffan kena culik
7. Takut Iffan lari sekolah sebab merajuk dengan cikgu ke kawan-kawan ke
8. Takut Iffan menangis dan mama tak ada nak pujuk dia
9. Takut Iffan kena umpan dengan orang jahat bagi coklat suruh ikut orang jahat tu
10. Takut Iffan terkencing dalam seluar sebab takut nak cakap dengan cikgu nak pergi toilet, lepas tu kena marah dengan cikgu, lepas tu kena boo dengan kawan-kawan.

Melampau? Mama Iffan memang mengada melampau suka fikir bukan-bukan, suka fikir yang buruk. Takut sangat jadi apa-apa kat Iffan Daniel.


Note : Iffan yang nak masuk tadika, tapi Mama Iffan yang lagi nervous dari Iffan. Normal ke tak normal kalau mama Iffan rasa macam ni?


- Posted using BlogPress from my iPad

DIA BARU NAK MULAKAN HIDUP DIA

Assalamualaikum....

Hari ini,pagi ini, permulaan tahun 2012, Iffan Daniel buat pertama kalinya dibenarkan oleh mamanya untuk menghadirkan diri ke kelas tadika. Sebelum ini mama dia tak benarkan sebab mama dia takut nak lepaskan dia ( mama dia tak nak mengaku yang dia takut nak lepaskan Iffan Daniel pergi sekolah sendiri ).

Iffan Daniel sungguh eksaited. Pukul 630 am dia dah bangun walhal jam loceng dia mama kunci pukul 7 am. Pukul 715, lepas breakfast Iffan Daniel dah sibuk ajak mama dia pergi sekolah walaupun sekolah start pukul 800 am.



Untuk tidak menghampakan Iffan Daniel, mama dia pun bawa lah dia ke tadika lebih awal dari perancangan. Waktu sampai di tadika, belum ada sorang student pun yang dah sampai. Cikgu pun baru sampai.

Bersambung.....

Note : Betul ke ada sambungan?


- Posted using BlogPress from my iPad

ALL TIME FAVOURITE