Assalamualaikum.....
Kita sering berdoa kapada NYA, minta sesuatu yang berlaku biarlah yang terbaik untuk kita. Kebiasaannya, bila kita berharap sesuatu yang terbaik dari DIA, kita sering bayangkan sesuatu yang indah.
Contohnya, kalau kita minta apa yang berlaku dalam hubungan kita dengan pasangan, biarlah yang terbaik untuk kita, kita mesti harapkan yang kita akan sentiasa gembira bersama. Bila ianya jadi kenyataan, kita bersyukur.
Tapi, bila apa yang kita harapkan sebagai yang terbaik untuk kita itu tak berlaku, kita terpaksa berpisah dengan pasangan, kita tak gembira dengan pasangan kita, terus salahkan takdir, mengeluh doa kita untuk mendapatkan yang terbaik dari NYA tak termakbul.
Kita terlupa, mungkin kesedihan yang kita alami itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita dari NYA. Mungkin pasangan kita itu ada keburukan yang kita tak nampak dan tak tahu yang akan membuatkan kita derita kemudian hari. Jadi DIA pisahkan kita supaya kita tak derita. Kan itu yang terbaik untuk kita.
Mungkin cuma permulaannya tidak seindah rupa. Kita derita dulu berpisah dengan pasangan, tapi akan berbahagia kemudian bila DIA temukan jodoh kita dengan pasangan yang lebih baik.
Jadi, kalau terjadi perkara yang menyedihkan, jangan kita terus menyangka yang kita tidak dikurniakan dengan takdir yang terbaik. Kerana mungkin DIA akan hadiahkan kita pelangi hanya setelah DIA turunkan hujan dahulu dalam hidup kita. Sentiasalah bersangka baik dengan DIA.
- Posted using BlogPress from my iPad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
11 ulasan:
yup betul sis.
saya pon pernah mgalaminya
mula2 smuanya sedih ibarat ada sja tak kena.
akhirnya tuhan hadiahkan yg lebih bsr gnjarannya.
yg penting sbar dn slalu berdoa padanya :)
redha itu ikhlas, sabar itu tabah... =)
mg betul sgt apa yg msred tulis nie.. tapi tu la kita nie manusia biasa. Kdg2 hati dgn iman nipis sgt. Bila putus cinta ja mula la pertikaikan takdir. Tak sabar dgn dugaan, tak redha. Padahal kita tau yg Dia dh sediakan org yg lebih baik utk kita. Kita ja yg tak sabar. =)
Salam msredcheesecake,
Kalau tiada panas mentari & hujan masakan pelangi akan muncul... Mmg benar, kita perlukan kekuatan & keyakinan yang kuat atas takdir yang Allah berikan pada kita... Mungkin kite bencikan sesuatu itu berlaku tp ia adalah sebenarnya yg terbaik buat kita...hikmah yg kita tidak nampak...betul tak ? :)
berdoa dan memintalah kepada nya apa saja.dia padti mendengar.
betul tu kak, sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia dah tentukan untuk kita..
Dia maha mengetahui.
btol2..
apa pon y berlaku kena terima dgn hati y tbuka n positifkan diri..
sbb kita xtahu takdir kita y sebenar kan..
ye, setuju sgt2... ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. sesungguhnya Allah telah merencanakan sesuatu yg baik utk kita. yg baik datangnya dari Dia, yg buruk dari kita sendiri.
kena bnyak bersabar..
I like your blog.
May God help you and everything goes well for you.
bersangka baik itu mmg perlu waima sesama manusia sendiri..
Setuju...Sentiasa bersangka baik padaNya...
Catat Ulasan