Assalamualaikum.....
Sangat tak suka bila time meeting, bila bincang tentang sesuatu masalah yang timbul, kita bukannya sibuk cari penyelesaian tapi sibuk nak menuding jari. Kenapa kita ni bila ada masalah saja, suka sangat cari orang yang nak disalahkan, sibuk cari siapa punya angkara. Lepas tu habiskan masa berejam bebelkan orang yang buat salah tu. Bukannya sibuk habiskan masa bincang penyelesaian yang sesuai. Apa yang patut kita buat untuk betulkan masalah.
Macam lagu melayu, Bangau oh Bangau. Sibuk cari siapa salah, tak de pulak usaha nak cari penyelesaian. Salahkan orang itu salahkan orang ini. Best ke tuduh menuduh, menuding jari ni? Boleh settle problem ke? Pelik perangai orang kita ni, sampai ada buat lagu yang seolah-olah mengambarkan memang perangai orang kita ini suka menuding jari dari mencari penyelesaian.
Macamana nak ubah habit ini, yang dah berakar umbi dalam masyarakat kita? Akar tunjang. Nak tebang, nak buang pun dah susah. Kuat sangat asasnya. Apa kata kita mula ajar anak-anak kita untuk ubah mentaliti dan cara hidup yang tak berapa bagus ni. Berhenti menuding mencari siapa salah, mula menjemput cari penyelesaian bersama.
Note : Tak mahu jadi bangau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
22 ulasan:
memang masalah besar.sume tau nak salahkan orang lain.bukannya selesai pon masalah kalau camtu.kat tempat saya keje pon sama je.bila boss tanya mula la tuding jari.hmmm
susah kalau kita suka salahkan org lain..sedangkan xcri jalan penyelesaian...seolah2 semua mahu lpskan tangan...
kan bagus lau kita saling kerjasama n baiki dri kita.;)
kalo saling kongsi pndpt n cari idea utk setelkn mslh tu ok gak...ni kalo da asyk duk tuding jari kt org laen slp ary bln company ley 'bungkus'...huhu
tanak jd bangau gak...=]
memang tak suka la. Jenis yg suka menundung jari ni...
situasi yg agak sama.. kdg2 bosan juga bila masuk meeting sbb masalah tak juga ada jalan penyelesaiannya...
tak nak jadi bangau gak.. tolong... tu ler kita kena usahakan ngan anak2 dulu..
kitapun kadang2 selalu gak salah menyalahkan anak2kan... so berubah yang kecik2...
nak jadi jirafah yg ceria dgn warna kuning ~ hehe
nsb bek bangau kak..
kalu langau lg teruk kak..haiz
setuju ngan teyn teyn.. :D
:: payah kak msred nak jadi 1 dalam sejuta tu.. hehe :D
sikap saling menunding jari tu takkan selesaikan apa2 pun..tapi duduk berbincang dan berfikir apa jalan penyelesaian itu yang terbaik!!!
sampai bila pun takkan selesai masalah kalau asyik menunding jari ni....
xmo jadi gitu
hurm masyaaarakat
betul tu stuju2...go ms red... mmg masyarakat kita dr dulu mcm tu ssh nak ubah, kena mula dengan diri sendiri seterusnya keluarga kita...
Jangan asyik nk menuding jari..cari jalan penyelesaiannye..itu adalah yg terbaik..
sifat manusia..menunjukkan kita hamba yg sgt lemah..
hebatnya para2 sahabat..
manusia skrg sllu cenggitu, suke cari slh owg laen. slh sndiri dpn mata xnmpk
yupp kita kena berhijrah minda, macam KrIM, BRiM... walaupun baik tapi sepatutnya kita ajar nelayan tangkap ikan bukan bagi nelayan ikan, ibaratnya, rakyat malaysia jgn asyik disuap, nanti dah kenyang, dia 'salahkan' pulak kenapa dia terlalu kenyang!!!...
dari buang masa mencari kesalahan siapa,bukan lebih baik mencari penyelesaian tu bagaimana..
#masa itu kan emas,jangan siakan2 saki baki masa yang ada...
mmg ta an lari dr mnuding jari uh..
bangau jugak yang akhirnya kena..hahahaha
buat meeting nak cari penyelesian,sudahnya selesai x jugak,lepas meeting pakat masam muka..
pyhla gtu..nak cari slh..mbbel pnjg..xsuka jd bangau.
Catat Ulasan