Januari 19, 2012

PARENTS VS LOVER

Assalamualaikum......

Pernahkah terjadi bila kita terpaksa memilih antara sesorang yang sangat kita cinta dan parents kita?

Dia yang kita cintai, yang sudah saling dah berjanji untuk membina keluarga bersama.

Atau parents kita, yang sejak hari pertama bergelar ibubapa kita, tak pernah berhenti dari terus menjadi ibubapa kita.

Tips? Tak mahu kata tips lah. Msred nak share cadangan saja, apa yang perlu atau boleh kita buat kalau terpaksa memilih antara kekasih dan ibubapa.

First, kita lihatlah pasangan kita tu samada berbaloi ke tak kita nak argue dengan parents kita nak jugak kawen dengan dia. Lihatlah, ada ke ciri-ciri pasangan yang baik mengikut Islam. Kita lihat agamanya, hartanya, keturunannya dan rupa parasnya. Kalau semua dah cukup dan lengkap, barulah berbaloi kalau kita nak argue dengan parents kita.

Then, explain baik-baik dengan parents, kita memilih pasangan kita sebab agamanya kuat, keturunannya baik, dia berharta dan elok pulak rupa parasnya. Minta dengan baik supaya dia terima dan restu hubungan kita. InsyaAllah, parents kita pasti akan setuju.

Tapi, kalau parents kita masih tak setuju, jangan dilawan. Perkahwinan tanpa restu ibubapa biasanya tak panjang bahagianya. Bahagianya tak sampai ke syurga.

Teruskan berdoa untuk dapat pasangan yang kuat agamanya, baik keturunannya, berharta dan elok rupa paras.


- Posted using BlogPress from my iPad

10 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

moga yang terbaik utk diri ini..amiiinn..

Anak Wak Mail berkata...

betul2,,apa pon restu ibubapa tu penting..susah senang kita nanti nak mintak tolong kat ibubapa jugak..:)

Tanpa Nama berkata...

restu ibubapa penting sblm kawen kan... :)

cik ika berkata...

yup..setuju..better dptkn restu ibubapa.

Nur Fauzi berkata...

status sebagai suami:
perlu lebih dahulukan ibu bapa daripada isteri. ketaatan suami masih lagi kepada ibu bapanya.

Status isteri:
jika sebelum kawin, ibu bapa menjadi keutamaan. Tapi selepas berkahwin, keutamaan untuk taat berpindah kepada suami. arahan daripada bapa dan arahan daripada suami. mana perlu diikut?
jawapan: selagi arahan suami tidak berlanggar dengan syarak, isteri wajib taat.

itu mengikut hukum fiqh.

Apa pun perbincangan dengan cara yang baik adalah lebih elok. suami tidak boleh menggunakan 'kuasa' tanpa memikirkan orang lain, dalam masa yang sama isteri perlu mentaati suami.

Nur Fauzi berkata...

tertinggal....

jadi kita perempuan sebelum kahwin, wajib taat ibu bapa.

Unknown berkata...

as 4 me.. ibubapa lbh penting.. kekasih boleh dtg dan pergi sesuka hati.. patah tumbuh hilang berganti.. tp ibubapa?? hilang pasti tiada gantinya...

IntaNBerliaN berkata...

restu keluarga tu sgt penting dlm kita membina keluarga bahagia yg kekal hingga akhirat...

KaK LimAh Si SupiR berkata...

limah serahkan pd abah..kerna pilihan ny, pasti direstui dan pilihan limah jgk :P

Ezad Skytech berkata...

restu kedua ibubapa tu paling penting...:D

ALL TIME FAVOURITE