Assalamualaikum.....
Kalau cek keywords untuk blog saya, selalu ada yang cari macamana cara nak kurus. Kita, terutamanya female adults, young adults pressured to keep slim. Macam-macam cara nak cuba nak kurus, kalau boleh nak cuba cara senang. Tak perlu buat apa-apa tapi kurus.
Susah tu. Apa kata try cara yang saya pernah cuba dan berkesan. Saya cuba masa sebelum kahwin, masa anak dara dulu. Mmemang berkesan, alhamdulillah.
1. Satiap hari, bangun awal pagi. Dalam pukul 6 am mesti dah bangun. Bagi yang muslim, selepas subuh tu jangan tidur. Selepas breakfast jangan duduk rehat dulu. Buat apa-apa kerja rumah. Menyapu, mop, basuh baju. Apa-apa kerja rumah yang perlu banyak bergerak. Buat 15-30 minit. Kalau lebih lagi bagus.
2. Setiap kali makan pagi, tengahari, petang dan malam mesti dimulakan dengan buah dan diakhiri dengan buah terutamanya buah serat tinggi. Maksudnya, sebelum mula makan tu mula dengan makan buah dulu. Dah habis makan, makan buah lagi sebelum selesai makan.
3. Setiap kali makan nasi, ambil nasi tak lebih lima suap. Nak ambil lauk dalam portion yang biasa kita ambil boleh. Maksudnya portion nasi je yang kurangkan. Lauknya tak perlu kurangkan pun tak apa. Tapi janganlah sebab nasi dah kurang kita ambil lauk terover pulak. Even nak ambil desert pun boleh, tapi jangan berlebih-lebih pulak ok.
4. Exercise. Ni yang paling susah kan? Alasan kita tak ada masa dan malas. Saya pun malas. Tapi yang ini saya boleh buat. Cara saya, sambil tengok tv saya ber hula hoop. Saya tak pakai lah hula hoop tu, saya buat pergerakannya sahaja. Buatlah 5-10 minit. Nak lagi berkesan buat dari mula cerita sampai habis cerita. Kalau cerita tu dua jam sanggup? Hheeee...
Tips : Amalkan minum air limau, berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar. Minum air limau sewaktu lunch dan dinner.
Tips ini lambat tapi selamat.